Para pecinta pancingan laut dalam yang menetap di Lembah Kelang pastinya sudah terbiasa dengan perairan Pelabuhan Kelang.
Perairan Selat Melaka sememangnya sentiasa sibuk dengan kapal-kapal dagang, feri, bot dan sampan para nelayan dan juga pemancing.
Banyak operator bot memancing yang boleh anda tempah bersesuai dengan citarasa dan konsep pancingan yang dipraktikkan.
Begitu juga dengan servis memancing yang ditawarkan oleh tekong Wali Saiko ini. Sama ada ingin berjigging atau pancingan dasar semuanya boleh dilakukan.
Info Tekong
Nama bot : Jep Sparrow
Nama pemilik bot : Ellyias Jaffree
Ads
Nama tekong : Mohd Nazri Kasim (Wali Saiko)
Usia tekong : 28 tahun
No h/p : 01114674423
Pengalaman : Dari kecil hingga dewasa ke laut
Spesifikasi luas bot: 33 kaki
Ads
Enjin : 150 hp Mercury
Kapasiti pemancing : 6 orang
Jeti : Jabatan Laut, Marina Pulau Indah
Kawasan memancing : Paloh, laluan kapal, sempadan Malaysia-Indonesia
Teknik pancingan : Bottom, jigging, casting, trolling
Ads
Sewa (Harga) : RM 1250
Pakej Termasuk : Ais, sonar, gps, mineral
Waktu memancing : 8 pagi – 8 malam
(Saksikan tekong popular ini beraksi membantu pelanggan mendaratkan ikan)
GALERI
Antara pemancing yang pernah menggunakan khidmat Wali Saiko
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika merujuk kepada berat jig (60g-120g) yang anda ingin gunakan untuk jigging, ia bolehlah dikategorikan dalam teknik light jigging.
Bagi teknik light jigging ini saya lebih gemar menggunakan kekili bersaiz siri 2000 hingga 4000, joran PE 0.5-1.0, 0.8-1.5 atau 1.0 – 2.0 dan tali 15lb hingga 30lb.
Sementara leader pula bergantung kepada lb tali utama. Jika tali utama 15lb-20lb, leader pula 20lb-25lb. Jika tali utama 25lb-30lb, leader pula 30lb.
Dari segi penggayaan jig pula, anda bolehlah mainkannya mengikut spesies sasaran. Sekiranya ingin menjerat spesies demersal atau ikan dasar, jig perlulah digayakan dengan perlahan di kawasan lantai laut.
Sekiranya ingin menyasarkan ikan pelagik yang berada di pertengahan air hingga sub permukaan, jig perlulah digayakan dengan lebih pantas meniru renangan ikan-ikan pelagik (mangsa) di kawasan tersebut.
Kefahaman anda tentang saiz lb tali ditentukan oleh jenis ikan yang berlainan itu adalah tidak tepat.
Pemilihan lb tali haruslah dipadankan dengan joran dan kekili yang digunakan. Dan merujuk ke kapasiti tali yang diperlukan untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan, tali sepanjang 200 meter itu sudah lebih dari cukup.
Purata kedalaman bagi light jigging sekitar 50 meter sahaja. Dan kekili yang anda gunakan itu boleh memuatkan tali sehingga 400 meter jika menggunakan tali berdiameter lebih kecil.
Kali ini, kita cuba menyelami dengan lebih mendalam tentang pemilihan enjin sangkut yang sesuai sama ada baru ataupun terpakai.
Terdapat senarai kuasa kuda boleh dipilih mengikut kehendak pemancing atau penggunanya tetapi semakin besar kuasanya, semakin besarlah juga duit poket yang perlu dikeluarkan untuk memilikinya. Sama ada tujuan untuk komersial atau untuk digunakan sendiri sudah pasti kemampuan pemilik itu sendiri perlu dititik beratkan.
Memilih membeli Enjin sangkut baru.
Mungkin bagi sesetengah pemancing yang mempunyai duit yang lebih melihat enjin baru lebih berbaloi dimiliki. Harga pasaran yang masih konsisten membolehkan pemancing memilih untuk membelinya.
Terdapat pelbagai jenama seperti Yamaha, Suzuki, Mariner, Mercury, Johnson, Honda dan lain-lain jenama seperti Hidea keluaran China terdapat di pasaran tempatan. Enjin 2 lejang atau 4 lejang boleh dipilih mengikut kehendak pemancing tetapi mungkin cuma harganya sedikit berbeza.
Di Malaysia, tiada had penggunaan kuasa kuda terhadap perairan padang pancing kita namun sesetengah negara luar, terdapat penguatkuasaan undang-undang terhadap had penggunaan kuasa enjin sangkut.
Memilih membeli enjin sangkut terpakai
Sebenarnya ramai nelayan atau pemancing menjual dan mencari enjin sangkut terpakai. Berbeza dengan membeli enjin sangkut baru, pembeli haruslah meneliti dan melihat sendiri enjin terpakai tersebut supaya tidak kecewa setelah memilikinya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti:-
Memeriksa badan enjin sangkut.
Memeriksa kipas enjin.
Meneliti kebocoran head enjin.
Memastikan tangki minyak dalam keadaan baik.
Memastikan hose penyalur minyak tidak bocor.
Bunyi rod tidak bising.
Enjin tidak bergegar.
Gear mudah dimasukkan ke hadapan dan mengundur.
Ia tidak mungkin 100% sempurna namun pembeli harus tahu penyelenggaraan enjin sangkut ini bukan mudah. Bayangkan enjin sangkut berkuasa 15 hp baru sama nilainya dengan sebuah motosikal kapcai. Teliti keadaan enjin sangkut luar dan dalam dan pengetahuan selok-belok alat ganti amat membantu dalam memilih enjin sangkut yang masih elok.
Terdapat penjual enjin sangkut individu dan kedai membaiki enjin sangkut di pasaran. Enjin sangkut yang bermasalah dapat dikesan dengan mendengar bunyi yang agak bising apabila dihidupkan. Sistem rod dan piston mewujudkan bunyi yang agak kasar menandakan enjin sangkut ini dalam keadaan kurang memuaskan.
Kuasa kudanya akan menurun dan tolakan sampan menjadi kurang bertenaga sekiranya digunakan. Ditambah lagi penggunaan minyak akan menjadi lebih kuat berbanding enjin yang masih baik.
Sistem coil api juga perlu dilihat supaya enjin sangkut terpakai ini boleh menyalurkan api yang kuat untuk disalurkan kepada plug. Alat ini amat penting dan adakala ia mudah rosak dan harga alat gantinya boleh tahan juga!
Walau apa jua pilihan pemancing sama ada ingin membeli enjin sangkut baru atau terpakai, penyesuaian terhadap bot amat penting. Padankanlah enjin sangkut sepadan dengan sampan yang digunakan.
Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 120 spesies ikan buntal yang tergolong dalam 20 genera.
Ikan ini banyak ragamnya di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan son sederhana dan tidak ada di perairan sejuk.
Mereka memiliki ukuran kecil hingga sederhana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100 sentimeter.
Secara morfologi, ikan-ikan yang termasuk dalam famili ini hampir serupa dengan ikan landak laut yang memiliki tulang belakang luas yang besar (tidak seperti tulang belakang
Tetraodontidae yang lebih tipis, tersembunyi, dan dapat dilihat ketika ikan ini mengembungkan diri).
Walaubagaimana nama ilmiah bagi spesies ini merujuk kepada empat gigi besar yang terpasang pada rahang atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang krustasea dan moluska, mangsa alami mereka.
Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata paling beracun dan menduduki carta kedua di dunia selepas golden frog (katak racun emas).
Organ-organ dalam seperti hati dan kadang-kadang kulit mereka sangat beracun bagi
sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan di Jepun (disebut fugu) atau Korea (disebut bok) dan disiapkan oleh tukang
masak yang pakar mengenai anggota badan yang selamar dimakan dan seberapa banyak kadarnya.
Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembungkan badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap jaring.
Ikan buntal biasanya juga mengganggu pemancingan karena ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskan tali pancing pancing anda sekaligus.
Ikan ini tidak dapat diambil sebagai tangkapan karena beracun dan berduri banyak sehingga para nelayan atau pemancing biasanya membuangnya saja.
Ikan buntal memiliki nama umum seperti porcupinefish (ikan landak, kerana berduri seperti landak) dan balloonfish dan globefish karena bentuknya yang mampu membesar seperti balon.
Hal itu berlaku pula saat ia berada di perairan di dalam laut, dimana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti balon untuk menakuti musuhnya.
Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...