Trip memancing menggunakan rumah bot atau boathouse sememangnya popular di Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor. Bagi yang belum pernah mencuba, eloklah ketahui serba sedikit tip sebelum menempah mana-mana rumah bot.
Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti rumah bot yang ingin ditempah. Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti rumah bot tersebut.
Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha rumah bot. Lazimnya sekitar RM1500 hingga RM 2500 per malam. Bukan dalam kiraan hari. Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah rumah bot, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Ads
Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.
Ads
Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma. Dan pastikan tekong rumah bot tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.
Walaupun setiap rumah bot menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.
Ads
Pastikan juga pangkalan yang betul di mana anda akan naik rumah bot tersebut kerana ada lebih dari satu pengkalan di terutamana di Tasik Kenyir.
Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa rumah bot elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
MYH : Bermula pada tahun 2008, saya mula serius memancing terutama dalam pertandingan-pertandingan kolam air tawar.
Namun kebanyakan joran yang terjual di kedai pancing tidak dapat memenuhi citarasa saya.
Oleh yang demikian saya pelan-pelan mencari maklumat tentang joran. Blank yang berkualiti. Ciri-ciri blank. Material yang digunakan begitu juga dengan guide.
Belajar perlahan-lahan dari seorang pembuat joran kecil-kecilan tentang teknik memasang guide. Reel seat handle dan aksesori.
Saya bertugas sebagai perfusionist (pembedahan jantung dan paru-paru) pada waktu siang. Pada waktu malam memenuhi masa lapang dengan hobi membuat joran custom.
Bukan untuk berniaga pun. Hanya sekadar membantu sahabat sama hobi dengan kadar bayaran yang sangat rendah. Tanpa memikirkan keuntungan.
Hanya sekadar upah kerja yang berpatutan. Bayangkan upah custom sebatang joran bagi spek yang biasa untuk blank buatan Malaysia hanya RM250. Dan maksimum sehingga RM300 untuk blank buatan Jepun dan USA.
Awal 2016 saya kian serius tetapi hanya sekadar hobi memenuhi masa lapang. Saya mula membeli mesin untuk wrapping dan dryer khas untuk joran custom.
Berita mengenai rod custom buatan sendiri cepat merebak dan sahabat terdekat mula menghantar joran untuk baik pulih.
Dan ada juga yang membuat joran custom harga bajet di bawah RM700 untuk kategori spinning kegunaan kolam air tawar.
Setelah beberapa bulan permintaan membuat joran custom bertambah dan saya mula mencari stok barang-barang custom seperti blank, cincin, butt cap, benang dan lain-lain.
Setelah itu mula menghantar hasil-hasil buatan dan gambar di Facebook maka dengan lebih cepat lagi dikenali di seluruh Semenanjung.
Selepas itu mulalah serius dalam hobi membuat rod custom sehingga ke tahap mengimport secara terus blank dan cincin dari Jepun dan USA.
Biasanya selepas jam 10.00 malam barulah saya membuat joran sehingga jam 4.00 pagi setiap hari.
UMPAN : Kenapa anda memilih usaha ini?
MYH: Saya memilih melakukan custom rod ini hanya untuk sekadar hobi yang bermanfaat untuk memenuhi masa lapang.
Malah sedikit menampung perbelanjaan harian walaupun tidak banyak. Namun lebih baik ada daripada masa lapang terbuang tanpa apa-apa aktiviti.
Hobi diisi dengan aktiviti berfaedah malah ada sedikit kemasukan kewangan walaupun hanya di rumah. Selain itu juga kerana minat. Joran-joran yang dihasilkan setakat ini spinning, Jigging dan casting.
Namun saya menolak untuk membuat bottom rod kerana barang-barang sangat mahal bagi mengeluarkan modal untuk stok simpanan.
UMPAN : Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
MYH: Pada waktu sekarang harga barang terutama yang diimport sangat tinggi. Tambah pula dengan caj perkapalan yang tinggi dari luar negara terutama USA dan cukai import yang tinggi.
Saya juga terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan dari kenalan satu hobi. Disamping itu juga perlu menjaga kualiti hasil custom itu sendiri. Kos membuat
sebatang joran buatan dari USA sangat mahal sehingga mencecah RM1500 makanya pemilik joran mahukan hasil yang terbaik.
Harapan saya semoga pengguna lebih memahami kos modal untuk satu-satu joran itu tanpa ada tanggapan pembuat joran hanya mengambil keuntungan yang lebih.
Malah saya berharap lebih ramai pembuat joran muncul agar persaingan secara sihat untuk meningkatkan kualiti dan memajukan dunia custom dan malah dunia memancing.
UMPAN : Boleh tak jelaskan apa keistimewaan joran yang anda custom?
MYH : Kelebihan tiap-tiap custom rod adalah berbeza antara satu sama lain. Kerana seseorang yang mahu membuat custom maka dia mahukan yang istimewa.
Berbeza dengan yang lain. Yang memenuhi ciri-ciri kehendak seseorang. Dari segi action (lb) gabungan cincin yang dikehendaki dan aksesori tiap-tiap joran yang dihasilkan boleh dipilih dengan selera masing-masing.
Dan yang paling penting, setiap batang joran yang dihasilkan itu adalah sangat istimewa kerana hanya sebatang joran itu di dalam dunia.
UMPAN : Boleh ceritakan sedikit pengalaman anda memancing?
MYH : Saya gemar memancing dan menyertai pertandingan kolam air tawar dengan serius. Saya pernah pernah juara pada 28.11.2010 dengan membawa pulang hadiah RM28 ribu bersama hadiah iringan sebuah motosikal.
Tempat kedua pada 2014 di Seri Bayu Tekala dengan membawa pulang RM 14 ribu. Dan juga juara di kolam Peragap pada 2018 dengan membawa pulang RM20 ribu.
Boleh tak admin jelaskan dengan baik kepentingan shock leader? Kalau tak guna shock leader tak boleh ke bagaimana?
JAWAPAN:
Fungsi utama shock leader atau perambut kejutan amat mudah iaitu menyerap dan memberi tekanan ketika sambaran mengejut dan bertarung dengan ikan.
Penggunaan perambut kejutan amat meluas sekarang berikutan kebanjiran penggunaan tali sulam.
Tali sulam seperti yang diketahui tidak mempunyai spring atau titik anjal. Jadi, ia tidak boleh berfungsi untuk menyerap tekanan terutama secara tiba-tiba dikenakan.
Konsepnya adalah mudah seperti mana kita melihat kereta yang dipasangkan absorber dan spring.
Absober berfungsi menyerap dan spring pula akan bertindak memberi dan mengurangkan tekanan melampau terhadap absorber.
Dalam perambut kejutan pula kita hanya menggunakan satu bahan iaitu monofilament atau polymer yang disambungkan pada tali sulam.
Saiz tali yang kita namakan ia sebagai perambut kejutan itu harus lebih kuat daya ketahanannya daripada kekuatan tali sulam.
Sebagai contoh, jika tali sulam yang digunakan 60lb, perambut kejutan yang disyorkan ialah 80lb.
Panjang perambut kejutan paling elok ialah 4 hingga 5 depa kerana yang panjang mampu menyerap lebih tenaga/ kejutan melampau berbanding perambut kejutan yang pendek.
Perambut panjang juga dapat mengelakkan cincin joran kaki jigging daripada terkena jig.
Dengan ini perambut kejutan yang digunakan akan bertindak sebagai pedoman kepada pemancing yang sedang melakukan aksi jigging supaya memperlahankan kelajuan karauan
jigs atau berhenti sebaik saja ia sampai pada perambut kejutan kerana menandakan jig sudah hampir ke permukaan.
Selain itu, perambut kejutan mengurangkan kebarangkalian kehilangan jigs atau gewang kerana keupayaannya terhadap geseran dan calar adalah jauh lebih baik dari tali sulam.
Sebarang jenis polymer atau fluorocarbon boleh digunakan sebagai perambut kejutan namun disebabkan faktor kualiti dan daya ketahanan.
Jika kita menggunakan tali tangsi sebagai tali utama, perambut kejutan ini adalah sama sekali tidak perlu kerana tali tangsi sendiri akan bertindak seperti perambut kejutan.
Daripada Syaddad RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan atas setiap perkara. Maka apabila kamu membunuh, bunuhlah dengan baik.
Dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan baik. Tajamkanlan alat sembelihan dan tenangkanlah haiwan sembelihan”.
Justeru, tanggungjawab manusia selaku khalifah di atas muka bumi ini adalah membunuh dengan baik dengan meminimumkan penderitaan haiwan yang disembelih atau dibunuh. Bahkan jika bunuhnya itu untuk hiburan atau sia-sia, maka hukumnya haram dan dilaknat.
Dari Ibnu Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Janganlah kalian menjadikan makhluk hidup yang bernyawa sebagai sasaran latihan senjata.”
Ini merupakan peringatan keras kepada mereka yang gemar berburu bukan untuk tujuan makan, atau menghilangkan mudarat, sebaliknya seronok menyeksa dan terhibur membunuh seperti mana yang menjadi adat di sebahagian tempat.
Adapun soalan yang diajukan, yakni menggunakan umpan hidup daripada haiwan yang tidak haram dibunuh, seperti katak yang haram dibunuh berdasarkan nas, tetapi menggunakan udang atau ikan hidup, atau cacing, maka ini memerlukan perincian.
Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (5/131) ada menyebut:
“Jika diambil ikan itu secara hidup-hidup tidak boleh memakannya sehingga ia mati atau dimatikan, seperti mana yang disebut oleh Hanafiyyah dan Hanabilah.
Dan dimakruhkan jika dimakan hidup-hidup kerana hal itu mengazab tanpa keperluan kerana ia mati dengan cepat justeru elok ditunggu sehingga mati dengan sendiri.”
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu` (9/73):
“Kalau seseorang menelan seekor ikan hidup-hidup atau memotong sebahagian daripadanya kemudian memakannya maka terdapat dua wajah.
Wajah yang asal ialah ianya makruh dan tidak haram, manakala pandangan yang kedua adalah haram sepertimana yang diputuskan oleh Abu Hamid (Imam al-Ghazali).”
Berdasarkan keterangan ini, diqiyaskan bahawa tidak haram menggunakan umpan udang hidup, atau cacing, tetapi makruh kerana demikian membuatnya mati dengan lambat
namun atas keperluan yang betul yakni memburu ikan bagi tujuan makan atau tujuan lain yang halal.
Ini kerana manusia adalah makhluk yang lebih mulia dan haiwan-haiwan lain diciptakan untuk kegunaan manusia jua.
(sumber muftiwp.gov.my)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...