Sebenarnya kedua-dua jenis cold box yang disebutkan itu boleh digunakan asalkan ia memenuhi keperluan kita terutama jika dilihat dari sudut kos mampu milik.
Tetapi dari segi penggunaan cold box yang mampu menahan ais daripada cepat cair adalah yang baik. Namun yang berengsel lebih elok kerana penutup boleh cerai mudah hilang atau melayang ditiup angin ketika atas bot.
Ads
Ais kalau benar-benar masak (dibekukan dalam tempoh yang cukup) boleh bertahan sehingga seminggu jika kekerapan buka-tutup cold box adalah minimum dan tidak terdedah kepada persekitaran yang panas.
Ads
Ini berdasarkan pengalaman saya membawa seketul ais kiub sebesar 54 liter. Trip memancing selama lima hari di kawasan pedalaman hulu sungai. Sewaktu pulang baki ais yang beku berkurang kira-kira 20 liter dan masih mencukupi untuk kami menyejukkan ikan untuk dibawa pulang ke ibu kota.
Ads
Bot nelayan pula mampu menyediakan bekalan ais yang cukup untuk dua minggu di laut dengan syarat disimpan dalam bekas yang kedap udara.
Terdapat empat jenis ais yang biasa digunakan iaitu jenis kuib besar, ais mesin atau kisar, ais kiub berongga serta ais tiruan (bahan kimia atau air disimpan dalam bekas tertutup). Paling sesuai ialah ais kisar kerana ia boleh menjimatkan ruang dan boleh dipadatkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kebanyakan ikan bertulang yang kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling). Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa. Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.
Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik. Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.
Sesetengah spesies ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut. Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.
Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif. Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.
Ikan kitang bergerak dalam kumpulan kecil. Ia boleh dijumpai bersama-sama dengan ikan buntal sungai, anak todak dan ikan-ikan pelagik yang turut mendiami muara sungai.
Ikan jenis lebar ini apabila menelan umpan, pertarungan sungguh menyeronokkan lebih-lebih lagi peralatan pancing adalah jenis aksi ringan dan beradu di kawasan terbuka.
Kitang adalah salah satu spesies yang boleh memberikan kepuasan. Ia cukup pada larian serta tekanan yang diberikan ketika merentang badan (mereng) boleh membuatkan riak wajah pemancing ceria, senyum kemerahan di tengah panas.
Secara amnya teknik memancing ikan kitang adalah lebih kurang sama seperti ikan bermulut kecil yang lain. Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama. Cara terbaik, mudah dan dipraktik dengan meluas teknik perambut apollo.
Di antara umpan yang biasa saya gunakan ketika memancing ialah perumpun atau ruat sarang, hirisan ikan seperti sotong pasar, kembung, selayang dan selar. Udang mati dihiris kecil sesuai untuk mata kail halus.
Jangan terlalu besar umpan sebab lihat saja mulutnya mana mampu makanan di telan. Ia spesies ikan pengutis makanan. Jika air cetek umpan boleh dilabuh terus ke dasar dan kawasan air dalam boleh guna pelampung atau hanyutkan umpan di permukaan air.
Kitang seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah perambut stail apollo yang memiliki perambut 10-15lb dengan mata kail saiz 8.
Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk meningkat selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air. Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.
Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah menggunakan dedak.
Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil di hulur di kawasan yang dikerumuni ikan ini.
Ikan kitang seperti ikan muara bermulut bukanlah ikan idaman oleh hampir semua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing.
Jika berhajat menggunakan set apollo lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut. Setelah saiz mata dipilih, perambut 15lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.
Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Kalau nak ummp lagi guna peralatan ultra light (aksi ringan seperti joran udang) dengan kapasiti tangsi 6lb. Baru syok layan kitang apabila ia rembat pancing kecil anda sampai berdenyut rasanya bertarung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...