Pada asasnya, assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar. Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar. Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam.
Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan besi (jig) atau jigging. Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.
Ads
Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan. Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.
Ads
Selain itu penggunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid. Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula. Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.
Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.
Step 2
Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.
Step 3
Masukkan pula Strawbery Killer sebanyak 6 penutup botol.
Step 4
Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.
Step 5
Tuangkan pula esen nanas sebanyak 3 penutup botol.
Step 6
Seterusnya masukkan pula esen badam sebanyak 2 penutup botol.
Step 7
Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua). Umpan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.
Saya baru nak belajar casting. Boleh tak admin beritahu saya rod mana yang lebih sesuai untuk casting, rod pendek atau panjang?
JAWAPAN:
Setahu admin, sehingga kini belum ada satu standard bagi menetapkan saiz bagi mengkelasifikan sesuatu joran atau rod itu layak dipanggil joran pendek atau panjang. Namun untuk keselesaan memancing dan casting, secara umumnya joran yang lebih panjang dari ukuran ketinggian badan memancing dianggap lebih sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh, jika kita memiliki ketinggian 5 kaki maka joran yang ideal ialah 5 kaki 6 inci.
Sebenarnya dalam teknik casting ini kedua-dua joran pendek dan panjang boleh digunakan. Apa yang membezakan dalam pemilihan joran pendek atau panjang tertaktuk kepada situasi dan lokasi. Sebagai contoh, sekiranya anda casting secara menebing atau landbase casting maka joran yang ideal ialah joran yang lebih panjang dari ketinggian anda. Joran sepanjang 6 hingga 7 kaki lebih pratikal untuk capaian lontaran gewang yang lebih jauh.
Sekiranya anda casting di atas sampan atau bot pula tidak perlulah menggunakan joran melebihi 6 kaki panjang. Terutamanya jika terpaksa casting sambil duduk. Joran yang panjang akan menyulitkan keadaan untuk menggayakan gewang khususnya gewang permukaan. Begitu juga casting di kawasan lubuk yang sempit di mana tidak perlu melontar gewang dalam jarak jauh.
Jika ingin dibuat rumusan, secara peribadi saya mengesyorkan anda memilih joran 6 kaki hingga 6 kaki 6 inci. Ia tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek serta boleh digunakan di pelbagai lokasi dan situasi.
Kampung Beng yang terletak lebih kurang 23 KM dari Pekan Lenggong merupakan sebuah kampung traditional berkedudukan di pinggir Tasik Cenderoh dan Hutan Simpan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa. Boleh katakan di sini cuacanya agak dingin dan sejuk.
Ia juga merupakan lubuk atau syurga kepada kaki pancing untuk berentap menaikkan pelbagai spesis ikan seperti Toman dan Sebarau. Tempat ini melengkapkan lagi Lenggong sebagai destinasi percutian dan pengembaraan yang menarik dan unik yang harus dikunjungi oleh semua orang.
Kampung Beng terletak bersebelahan dengan Kampung Batu Ring yang dipisahkan air tasik kira-kira satu kilometer dikatakan menerima beberapa ketul batu dari Gunung Ring di Jeli, Kelantan dibawa Sang Kelembai sebelum dihuni manusia satu ketika dulu.
Ia dikatakan berlaku disebabkan Kampung Beng dan Kampung Batu Ring memiliki bentuk muka bumi yang indah sehingga menarik Sang Kelembai menjadikan perkampungannya yang strategik.
Nama Kampung Beng adalah bersempena nama orang pertama yang membuka kampung ini iaitu Tok Beng yang berasal dari Thailand.
Kampung Beng yang terletak di Mukim Durian Pipit adalah sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh.
Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan Simpan Bintang Hijau.
Kampung Beng terdiri dari 6 buah perkampungan kecil iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Kampung Batu Ring. Rata-rata penghuni Kampung Beng terdiri dari kalangan warga emas dan kebanyakannya adalah saudara mara.
Uniknya, kehidupan damai penduduk di kedua-dua perkampungan ini dan kuat berpegang amalan tradisional termasuk berulang-alik dengan menggunakan sampan atau rakit sebelum ini amat sinonim.
Jarak kampung ini dari Ipoh adalah kira-kira 60 kilometer, manakala dari Kuala Kangsar 35kilometer serta mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke sini.
Keindahan dan keunikan Homestay (rumah inap) Kampung Beng menjadikan penginapan desa ini popular di kalangan penerbit filem untuk dijadikan lokasi penggambaran filem dan iklan. Antara filem popular antarabangsa yang pernah menjalani penggambaran di sini adalah seperti “Anna And The King”.
Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini penduduknya sudah menggunakan bot bagi mempercepatkan perjalanan bukan saja untuk berulang-alik antara kedua kampung berkenaan tetapi juga bagi pelbagai aktiviti harian mereka seperti ke kebun untuk menoreh getah, menjadi nelayan tasik, berkebun sayur, ke ladang ternakan lembu dan rusa serta ada yang menternak ikan dalam sangkar.
Bagi yang gemar memancing, sudah tentu pelbagai spesies ikan terutama bernilai tinggi seperti tengalan, kerai, kelah, sebarau, baung, lampan jawa dan patin selain spesies ikan kecil lain yang sering dijadikan pekasam oleh penduduk kampung mudah ditangkap.
Tasik Beng yang bersambung dengan Sungai Perak sering dikunjungi pelancong termasuk dari luar negara yang menginap secara ‘homestay’ disediakan penduduk sekitar Tasik Beng dan Tasik Raban berhampiran.
Menghirup udara segar di pengkalan Tasik Beng di depan Sekolah Kebangsaan Beng (SK Beng) sambil menyaksikan panorama keindahan bukit-bukau dan Tasik Beng semula jadi sudah cukup menenangkan fikiran.
Jika mahu meronda di tasik yang tenang air khususnya antara Kampung Beng dan Kampung Batu Ring, terdapat banyak bot sewa disediakan penduduk. Ia pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Digelar “Mini Amazon Malaysia” kerana lokasinya yang terpencil dan tasiknya mempunyai suak-suak kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...