IKLAN

 

SOALAN:

Betul ke kalau nak memancing ikan siakap atau jenahak kat kolam pancing air masin pun kita kena tengok faktor air juga? Kalau betul, bila waktu yang sesuai untuk turun memancing dan dapat hasil yang baik?

 

JAWAPAN:

Sebagaimana yang diketahui, ikan siakap atau jenahak yang diletakkan di dalam kolam memancing bukanlah berasal dari ikan-ikan liar yang ditangkap di muara sungai. Sebaliknya ia merupakan ikan yang diternak dan membesar di dalam sangkar ternakan.

 

IKLAN

Sebagaimana resam ikan yang membesar di dalam kurungan, maka ia akan terbiasa dengan makanan yang disediakan oleh pengusaha sangkar seperti ikan-ikan buangan dan pelet makanan ikan.

Walau bagaimana pun ia tetap tidak kehilangan naluri asal sebagai ikan pemangsa yang akan membaham ikan-ikan kecil serta krustasea.

 

Oleh kerana demikian, umpan terbaik untuk memikap siakap dan jenahak di dalam kolam pancing terdiri daripada hirisan ikan, ikan belanak serta udang. Sementara waktu yang sesuai untuk menarik perhatian ikan-ikan ini memakan umpan agak subjektif.

Mungkin waktu terbaik ialah waktu yang sama ketika ia diberi makan ketika berada di sangkar. Atau mungkin juga sewaktu ia dilepaskan dari sangkar kurungan di kolam pancing.

IKLAN

 

Lazimnya ikan-ikan ini akan dilepaskan dalam keadaan kelaparan. Oleh yang demikian, apa saja bentuk makanan yang berdekatan akan dibahamnya. Begitu pun ada juga yang berpendapat, pengaruh pasang surut air laut turut memainkan peranan keaktifan ini memburu makanan.

Sekiranya ia aktif memburu makanan ketika air laut sedang bergerak surut, maka memancinglah pada waktu berkenaan.

 

baca juga Korang Tanya Umpan Jawab – Konsep Kolam Pancing Berbayar?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan