Sekiranya wujud lure yang betul-betul killer khusus untuk sesuatu spesies ikan, sudah pastinya industri pembuatan lure atau gewang tidak akan berkembang pesat seperti sekarang. Dan mungkin juga ikan siakap akan pupus umpama ditangkap menggunakan racun tuba atau bahan peledak.

 

Jikalau memang ada gewang yang betul-betul berkesan untuk siakap sekalipun, admin masih tidak berani untuk melabelnya sebagai killer. Ini kerana sekiranya anda menggunakan gewang tersebut dan kumpau, ia akan menjejaskan reputasi admin pula.

 

IKLAN

Walau bagaimana pun admin boleh mencadangkan untuk anda memilih gewang berdasarkan pengalaman dan teori. Saya mencadangkan gewang jenis minnow. Pilihlah gewang minnow jenis deep diver yang berbadan sedikit slim berbanding gewang crank.

 

IKLAN

Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Atau gewang minnow yang agak panjang melebihi 80mm. Gewang minnow yang agak pipih tetapi panjang ini lebih menyerupai ikan belanak yang merupakan diet utama ikan siakap.

 

IKLAN

Contoh gewang yang banyak digunakan untuk casting siakap antaranya ialah Rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain lagi.

 

Dalam pada pemilihan gewang perlu mengikut faktor keadaan dan warna air juga. Selain itu faktor warna gewang dan kesesuaian dengan faktor air perlu diambil kira juga. Kesimpulannya, anda perlulah banyak melakukan ujian lapangan sendiri untuk mencari gewang yang betul-betul killer untuk siakap.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI