SOALAN:

Hai admin… saya teringin nak try mancing ikan kanai. Masalahnya saya tak tau di mana lubuk yang ada ikan kanai. Boleh tak admin bagi cadangan lubuk kanai yang ada untuk saya?

 

JAWAPAN:

Sebelum admin bagitau di mana lubuk yang anda boleh cuba untuk pancing ikan kanai, biar saya jelaskan sedikit taburan ikan ini. Di Malaysia, ikan black bass atau Papuan black snapper (dipanggil tembaring, kanai di Sabah) memang terkenal di perairan Sabah.

IKLAN

 

Status spesies Lutjanus goldiei ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan ikan snapper dan merupakan spesies endemik di Papua New Guinea serta spesies natif di Pulau Ryukyu, Jepun.

 

IKLAN

Spesies endemik (endemic) agak unik kerana hanya boleh ditemui di lokasi tertentu sahaja walaupun dalam perairan yang sama manakala spesies natif (native) bermaksud spesies asal sesebuah negara atau tempat tetapi masih boleh ditemui dalam banyak perairan.

 

Selain Papua New Guinea dan Jepun, hanya terdapat dua lagi negara yang direkodkan kehadiran spesies ini iaitu Indonesia (kebanyakannya di Borneo) dan Malaysia. Status kehadiran L. goldiei ini di Indonesia masih lagi status persoalan (questionable) manakala di Malaysia pula dengan status berkeliaran (stray).

IKLAN

 

Pengkaji cenderung mengatakan kanai di Indonesia kemungkinan merupakan spesies yang dibawa masuk (introduced) dan kehadiran spesies ini di Sabah kerana berkongsi jajaran perairan yang sama.

 

Kesimpulannya, hanya di Sabah dan Indonesia saja anda boleh cuba untuk pancing ikan kanai. Jika di Sabah, Delta Sungai Kinabatangan merupakan lubuk paling popular memburu spesies ini.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI