Soalan:

Admin, sekiranya saya pakai mainline braided 15lb, leader berapa lb yang sesuai untuk disambung? Atau ada tak nisbah kiraan yang sesuai untuk seimbangkan sambungkan braided dengan leader?

 

Satu lagi, kalau saya guna tali tangsi biasa sebagai leader untuk jigging atau bottom kat laut dalam boleh tak?

baca juga masalah mainline bersambung

 

Jawapan:

Sebenarnya tiada nisbah kiraan tetap bagi sambungan tali utama (braided) dengan leader atau perambut.

Tidak kiralah ia untuk kegunaan casting, jigging ataupun bottom fishing. Apa yang penting ialah pemilihan ketebalan serta kekuatan pada tali leader tersebut.

IKLAN

 

Sekiranya tali leader itu terlampau tebal maka jarak balingan akan berkurangan dan sekiranya pilihan tali leader itu terlampau nipis mungkin terputus apabila menggunakan gewang terlampau berat dan sebagainya.

 

Bagi saya nisbah yang saya pakai adalah maksimum dua kali berat tali utama. Misalnya saya menggunakan sambungan leader 30lb untuk casting ikan air tawar serta muara sungai dengan braided 15lb.

 

Dan ia bergantung juga kepada rintangan dan halangan di padang pancing tersebut. Jika tiada banyak halangan, ada kalanya saya menggunakan tali utama 15lb dengan leader 20lb sahaja.

IKLAN

 

Manakala untuk aktiviti memancing yang lebih lasak seperti popping GT, saya sepadankan  leader 80-100lb dengan tali utama braided 50lb.

baca juga apa dia perikanan rekreasi

 

Namun, sebaiknya juga guna leader yang lebih rendah sedikit kekuatannya berbanding tali utama.

Ini kerana jika berhadapan dengan umpan atau gewang tersangkut, adalah lebih baik leader yang putus berbanding mainline yang putus.

IKLAN

Terutamanya jika jigging di laut yang memaksa untuk buat sambungan leader.

 

Bagi soalan bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa semasa memancing di laut jawabnya memang boleh tetapi carilah tali yang kuat dan kurang meregang (low strech).

 

Namun sebaik-baiknya gunalah leader dari jenis fluoroucarbon sebagai perambut. Walaupun ia agak mahal berbanding tali tangsi biasa namun fungsinya jauh lebih bagus dan berkesan.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI