Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Ads
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Ads
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Ads
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Langkah 2
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Langkah 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Langkah 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Langkah 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Langkah 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Sebagaimana manusia yang tidak akan membuat rumah di tengah jalanraya, begitu jugalah dengan ikan. Untuk mencari ikan ikan di tengah-tengah laluan sungai tentu sukar.
Berikut disenaraikan beberapa panduan atau tip mencari lubuk ikan di sistem sungai.
Kawasan yang banyak reba pohon tumbang ke dalam sungai– Ikan gemar bermain dikawasa berstruktur seperti ini untuk menghendap mangsa.
Kawasan-kawasan yang ditumbuhi pohon rendang dan buahnya boleh dimakan oleh ikan – Cari kawasan pohon rendang seperti pokok ara kerana kebiasaannya ada ikan seperti patin yang menanti buah-buahan gugur dari pokok.
Kawasan tunggul kayu yang biasanya tegak di tengah-tengah sungai – Ikan kelah amat gemar bermain arus pada tempat begini sambil menangkap buih-buih yang terhasil daripada kesan arus yang “membelah” tunggul tersebut.
Kawasan yang dalam dan airnya kelihatan agak gelap– Ikan gemarkan tempat dalam kerana arusnya tidak terlalu laju berbanding kawasan cetek.
Kawasan arus yang mengalir agak perlahan atau lambat dan terdapat air yang berpusar.
Kawasan air berpusar membawa makanan masuk ke dalam air dan sudah pasti ada ikan menanti di kawasan seperti ini.
Kawasan yang dilitupi atau ditumbuhi hidupan air seperti kangkung, teratai – Kawasan persembunyian ikan untuk menghendap mangsa.
Rumpun buluh yang menganjur ke dalam sungai– ikan seperti lampam dan kelah amat gemar memakan ulat buluh yang terjatuh ke dalam sungai.
Kawasan yang mempunyai timbunan sampah yang tersekat di dalam sungai– Ikan keli, Kaloi amat gemar lokasi yang sebegini.
Kawasan tebing yang kelihatan berlubang-lubang pada musim kemarau– Ikan baung biasanya bersembunyi di dalam lubang-lubang tersebut pada musim air kering dan akan keluar apabila air besar.
Kawasan tepi jambatan, jeti, sangkar ikan atau empangan– Ikan gemar bermain di kawasan seperti ini.
Memancing boleh menjadi antara aktiviti sukan yang paling mengujakan, namun boleh juga menjadi aktiviti yang paling mengecewakan kalau tak dapat walau seekor anak labi-labi! Antara sebab tak dapat ikan adalah kerana kesilapan yang dilakukan sebelum atau semasa memancing.
Mari tengok kesilapan dan cuba elakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh dielak ketika anda menyertai trip pancing.
Tali Pancing Mereput
Ramai yang tidak mengambil serius keadaan tali utama. Tali yang telah lama kebanyakan akan luka atau berbulu. Mungkin keadaan tali tidak mempengaruhi peratus strike, namun menjadi faktor utama kegagalan anda untuk mendaratkan ikan terutama bersaiz besar.
Mata Kail Tak Sesuai
Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yang berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz. Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yang bersesuaian.
Set Pancing Tak Sepadan
Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yang sesuai untuk memancing. Anda tentu tidak menggunakan set bangla untuk memancing puyu bukan?
Kapasiti Tali Tak Cukup
Kuantiti tali utama perlulah bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yang sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya. Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi juga sering kali membuatkan anda menepuk dahi setelah ikan terlepas.
Tali Tak Seimbang Dalam Spool
Pastikan susunan tali di dalam spool tidak bersilang atau bertindih dalam aturan yang tidak betul. Keadaan ini sering kali membuatkan anda berputih mata. Jika anda merasakan ada yang tidak kena ketika balingan, periksa kembali tali utama anda terutama bagi kaki casting.
Tali Terbenam Dalam Spool
Ramai yang masih tak menyedari pentingnya memasukkan tali ke dalam spool dengan betul-betul kemas dan ketat. Terutamanya pada reel BC, tali yang tidak padat ini akan menyebabkan ia akan terbenam dan bersilang sekaligus tersangkut apabila menarik beban yang besar.
Cara Pengendalian Tangkapan
Ikan yang tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun ia masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail. Pengendalian tanpa sarung tangan bukan sahaja mampu membuat anda berputih mata, namun meninggalkan anda dengan kecederaan akibat sirip atau gigi yang tajam sebagai salam perkenalan.
Tak Percaya Pada Tekong
Ketika trip memancing, amat penting untuk mendengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide. Ini kerana, mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yang dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer seolah-olah anda tahu segalanya atau seolah-olah anda telah memancing di situ setiap hari.
Banyak Buang Masa
Memancing memang aktiviti untuk baik untuk mengisi masa lapang. Namun jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum, itu membuang masa namanya. Walaupun bersantai, pastikan anda tahu objektif utama anda.
Asyik Tukar Gewang
Ya, anda mempunyai banyak koleksi gewang di dalam kotak gewang anda. Namun, ketika memancing, menukar gewang anda sepantas kilat dan terlalu kerap merupakan kerja sia-sia. Secara tidak langsung, terlalu sekejap gewang anda berada di dalam air dan membuatkan ikan target anda hilang minat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...