Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Langkah 2
Ads
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Langkah 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Ads
Langkah 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Ads
Langkah 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Langkah 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spesies asli yang ditemukan di lembangan sungai Mekong, Chao Phraya dan Meklong ttu juga telah diperkenalkan keluar termasuk Filipina, Indonesia, Myanmar, Singapura, Sri Lanka, dan Palm Beach County, Florida, Amerika Syarikat. Populasi ini berkembang biak ada di Sarasota County, Florida.
Ia adalah spesies yang popular dalam akuakultur dan perdagangan akuarium di mana sering keliru dengan Chitala chitala; spesies yang sangat jarang dalam perdagangan akuarium. Disebalik populariti ikan belida bintik mampu mencapai panjang 1 meter.
Ikan belida bintik sangat jelas perbezaannya, dengan warna kelabu keperakan, tubuh panjang seperti pisau (laterally compressed) dan sirip anal panjang yang memberi nama umum ikan ini.
Ikan dewasa biasanya memiliki lima hingga sepuluh (bahkan lebih) bintik hitam dengan warna putih yang biasanya berkurang ukurannya ketika ikan membesar. Juvenil tidak memiliki bintik-bintik, tetapi bergaris keseluruhan.
Sirip anal panjang mereka digunakan untuk membuat gerakan maju dan mundur yang anggun. Bintik-bintik bulat dan kurangnya garis-garis samar di bahagian belakang memisahkannya dari Chitala chitala; spesies yang sering dikelirukan.
Ikan clown knifefish ini mampu membesar melebihi 5kg di alam liar. Ia memiliki dua tentakel hidung di atas mulutnya yang besar dan bergigi. Di bahagian tengah tubuh terdapat sirip dorsal seperti bendera dan tidak memiliki sirip ventral. Sebahagian besar ikan belida bintik memiliki warna mata keruh saat mereka menua.
Mereka aktif pada malam hari dan biasanya bergerak keluar dari sarangnya ketika senja. Mereka biasanya memburu mangsa hidup dan akan mencuba ikan yang sepadan dengan saiz mulut mereka.
Ikan belida bintik juvenil biasanya berkumpulan dekat batang kayu dan tumbuhan untuk keselamatan, sedangkan spesimen yang lebih dewasa biasanya menjadi teritorial dan akhirnya menjadi penyendiri.
Ikan ini juga boleh menghirup udara untuk bertahan hidup di perairan yang stagnan dan sedikit oksigen. Spesies ini lebih suka air di sekitar pH neutral dan suhu berkisar antara 24 hingga 29 ° C. Ikan ini biasanya ditemukan di tasik, rawa, dan kawasan aliran sungai.
Ikan belida bintik dijual sebagai ikan eksotik di kedai haiwan peliharaan, tetapi mereka membesar terlalu besar untuk rata-rata akuarium rumah.
Ikan ini memiliki periods of retreat, jadi akuarium yang memiliki gua, tanaman, atau tempat persembunyian lainnya lebih disukai. Mereka adalah pelompat, jadi penutup akuarium harus tetap tertutup rapat.
Pencahayaan redup dapat membantu mengurangi lompatan. Selama beberapa hari pertama, ia pemalu dan cenderung bersembunyi. Ketika mereka tumbuh lebih besar, mereka cenderung sebaliknya.
Belida bintik adalah pemakan yang sihat, dan akan mengambil makanan hidup seperti ikan-ikan kecil, udang, dan cecacing. Seiring waktu, mereka dapat disesuaikan dengan makanan seperti hati lembu dan kadang-kadang akan belajar menerima pelet makanan komersial. Mereka sebahagian besar aktif pada malam hari, sehingga lebih suka makan ketika lampu dipadamkan.
Pada umumnya ikan belida bintik tersenarai dalam masakan Thailand dan negara-negara Asia Tenggara lainnya. Di Thailand, menu popular Pla krai thot krathiam disajikan dengan sos pedas, selain sambal yang dihasilkan dengan menumbuk akar ketumbar, cabai burung dan bawang putih, dan mencampurkannya dengan sos ikan, jus kapur dan gula. Ikan ini juga juga merupakan ikan utama yang digunakan dalam produksi bebola ikan.
Umpan patin ini terhasil dari bahan-bahan perisa umpan yang digabungkan untuk mendapatkan aroma dominan durian tetapi mempunyai rasa yang variasi. Aroma durian yang kuat dan tengik ini sebenarnya mendorong ikan untuk mendekati umpan sekaligus mengambil dan memakan umpan tersebut.
Untuk menghasilkan gabungan umpan ini perlulah sukatan yang betul dan tepat. Bau dan rasanya tidak boleh terlalu lemah atau kuat.
BAHAN-BAHAN:
2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong (500 ml) untuk campuran umpan.
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini.
Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
NOTA:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwich, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga pelet. Untuk ujian ini pelet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
CARA PENGGUNAAN UMPAN:
Rendam dan tos dengan segera 1 kg pelet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga pelet menjadi lembut.
Tuangkan umpan durian strawberi (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas pelet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada pelet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal pelet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan pelet.
Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesis ikan tertentu. Program tagging ikan layaran serta tagging ikan kelah di Sungai Tahan adalah dua contoh program ini.
‘Tag’ adalah satu jarum plastik yang dimasukkan ke badan ikan, selalunya di bawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini di badan ikan, sila ikuti prosedur di bawah:
Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.
Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang ada pada tag seperti berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan.
Lepaskan semula ikan berkenaan dan hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan di atas.
Sekitar Kebersihan
Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
Bila memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg plastik dan batu-batu ladung kecil. bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
Tin kosong serta beg plastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bawanya ia pulang!
Menjaga Kualiti Perairan
Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya di dalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
Di perairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak ‘umpan saham/rasuah’, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat ke dalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.
Menjaga Persekitaran Dan Tumbuhan
Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapak khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak ke pokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
Di tapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ia ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ke tanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...