Susah juga untuk menjawab persoalan ini kerana tidak dijelaskan bentuk perbezaan apakah yang diinginkan. Oleh yang demikian, saya jawab berdasarkan apa yang saya faham. Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan di sini ialah leader yang disambung bagi menghubungkan tali utama (tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang mengikat mata kail.
Ini kerana leader itu sendiri ada pelbagai jenis iaitu monofilament leader (perambut biasa), shock leader (perambut kejutan) dan fluorocarbon leader. Selain material yang berbeza, kegunaannya juga berbeza-beza.
Ads
Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.
Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan kemusnahan. Sama ada mata kail akan melurus atau patah, joran akan patah atau gear kekili akan rosak.
Ads
Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada beberapa kategori sama ada nylon atau polymer sepenuhnya, campuran nylon dan fluorocarbon atau dan fluorocarbon sepenuhnya. Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.
Ads
Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan. Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.
Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan. Diharap penjelasan ini menepati soalan anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang
tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.
Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo.
Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat.
Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka.
Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter.
Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Spesies C. carpio ni jugak dikenali dengan nama Inggerisnya sebagai common carp dan taburannya merata di seluruh dunia! Di Malaysia… ikan common carp ini dikenali sebagai ikan lee koh atau leekoh dan likoh. Dah nama pun carp… jadi ikan ni memang keturunan ikan kap.
Ikan leekoh ini bukanlah ikan native Malaysia… sebaliknya ianya juga ikan pendatang. Ia berasal dari China dan diternak di China sejak dari tahun 457 selepas Masihi dan dibawa ke Eropah pada tahun 1150 masihi, dan dibawa ke England pada tahun 1946 masihi dari Austria.
Di Austria pulak ia diternak sejak tahun 1227 masihi! Bayangkan la… orang putih pun makan ikan yang terlantar kaku atas meja ni… kita pun sama hebat dengan warga England… Austria… hahaha!
Di Malaysia… ikan leekoh ini banyak berada di kolam, lombong dan sedikit di sungai. Memandangkan ianya sejenis carp dengan tabiat pemakan rumpair dan tanaman dalam air… ianya adalah omnivor.
Ikan leekoh ini aktif makan pada waktu siang… namun ianya boleh berubah tabiat makan ikut waktu persekitaran. Ikan leekoh yang sihat dan hidup di persekitaran yang baik biasanya cantik warnanya.
Ikan leekoh ni agak unik di mana walaupun ianya hanya sejenis tetapi ianya boleh menghasilkan anak yang berwarna berbeza (variati atau ras). Ibu yang berwarna emas boleh menghasilkan ikan leekoh yang berwarna hijau zaitun dan adakalanya berwarna putih berkilat (dipanggil kap cermin).
Sedangkan ianya spesies yang sama… seperti kucing hitam yang melahirkan anak berwarna oren… sedangkan dari induk yang sama.
Ikan leekoh ini mempunyai badan yang bulat… sisik yang besar… dan mempunyai ekor V yang tebal pangkal ekornya. Ia mempunyai sirip dorsal yang sangat panjang… dan sirip bawah yang pelvik.
Mulutnya terkehadapan dan menjuih sikit ke bawah menunjukkan ianya adalah jenis bottom feeder.
Isi ikan leekoh ini sangat lembut dan cepat rosak. Kompartment perutnya pnn besar dan tebal dan lembik. Disebabkan ikan leekoh ni isinya lembut… sebab itulah warga Eropah dapat terima ikan leekoh ni dalam senarai menu mereka.
Jenahak merupakan salah satu spesies ikan pancingan yang cukup dikenali di negara kita. Spesies ini merupakan antara spesies ikan yang menjadi idaman kepada mana-mana kaki pancing. Kehebatan tentangan di hujung kail spesies jenahak bukanlah merupakan sebab utama spesies air masin ini menjadi buruan, sebaliknya nilai komersial spesies Lutjanus johnii ini melonjak ialah dek kerana rasa isinya yang sedap.
Bagi pemancing yang mempunyai obsesi yang tinggi terhadap spesies ikan jenis snapper ini pastinya pernah mendengar gelaran seperti jenahak bantal atau bantal emas yang merupakan nama timangan khas ikan bersisik emas ini.
Biarpun tidak memiliki abiliti melawan yang luar biasa seperti spesies ikan sukan yang lain, mana-mana pemancing yang berjaya menaikkan si bantal emas ini pastinya merasakan kepuasan yang tersendiri. Ibarat sudah boleh tidur lena dengan ‘bantal emas’ tersebut.
Secara global, spesies jenahak dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran yang sama di sesetengah tempat.
Sesetengah kawasan seperti Australia menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, merujuk kepada tanda tompokan hitam pada badannya. Selalunya, John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies L. johnii yang besar atau dewasa sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.
Keadaan ini serupa dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan ikan tetanda merupakan spesies yang sama atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini, dapat disimpulkan jenahak dan tetanda merupakan spesies ikan yang sama.
TABURAN SPESIES
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.
Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas. Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka.
Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka, batu karang antara spot pilihan kaki pancing mencari si bantal emas ini.
MORFOLOGI
Daripada segi morfologi luaran, spesies jenahak mempunyai warna badan yang agak memukau. Sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal lembutnya. Tompokan hitam ini biasanya bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa. Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14.
Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal. Terdapat juga kekeliruan antara spesies L. johnii dan Lutjanus ehrenbergii namun pengelasan saintifik oleh Bock pada 1996 mengatakan keduanya merupakan spesies berbeza. L. ehrenbergii hampir menyerupai L. johnii, seperti ikan tetanda yang kita sering lihat. Namun garisan sisik dan warna spesies ini berbeza.
HABITAT DAN EKOLOGI
Habitat bagi spesies ikan tropika ini lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga kawasan perairan yang mempunyai struktur bagi jenahak dewasa. Bagi jenahak juvenil pula, lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus. Jadi, spesies ini boleh dikategorikan kepada spesies ikan marin dan air payau (brackishwater) bergantung kepada tumbesarannya.
Spesies jenahak merupakan spesies ikan yang bersifat oceanodromous di mana spesies ikan begini merupakan ikan yang bermigrasi bergantung kepada kitaran hidupnya. Selalunya, migrasi jenahak berlaku ketika mengawan serta disebabkan kawasan pemakanannya. Oleh itu, terdapat pola taburan yang merata-rata spesies ini di kebanyakan perairan di seluruh dunia.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.
Spesies ini yang menghuni ke dalam lebih 10 meter biasanya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
DIET
Dalam rantaian makanan dalam persekitaran ideal, si bantal emas ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam piramid makanan. Ini bermaksud, jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthos seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...