Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang
tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.
Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo.
Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat.
Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Ads
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka.
Ads
Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter.
Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Ads
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Taksonomi:
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Perciformes
Family : Lutjanidae
Genus : Pinjalo
Species : Pinjalo pinjalo
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebelum keluar memancing, ada baiknya kita ambil tahu sifat dan tabiat ikan yang akan dipancing. Perkara paling asas yang perlu diketahui ialah cara ikan berenang. Tahukah korang bahawa corak renangan ikan juga terbahagi kepada beberapa kumpulan.
Ada spesies ikan yang sentiasa berenang laju meredah laut dan ada yang berenang dengan minima dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kekal pada satu tempat di dasar lautan. Kenali ikan dan perlakuannya agar anda tidak pulang dengan tangan kosong.
Kawanan (Schooling)
Kebanyakan ikan bertulang yang kecil akan berenang bersama-sama dalam koordinasi tertentu dan dipanggil berkumpulan atau kawanan (schooling). Sebab utama berenang dalam kumpulan ialah adaptasi untuk mengelakkan daripada pemangsa selain dapat menakutkan mangsa. Kalau anda nak tahu, berenang dalam kawanan akan memberikan lebih daya hidrodinamik dan meningkatkan peratus persenyawaan.
Kewilayahan ( Territorial)
Pelbagai jenis ikan mempunyai sifat kewilayahan. Namun kadangkala sifat kewilayahan mereka ini berbeza dan unik. Ikan damselfish yang kecil amat berani dan menakutkan dalam mempertahankan wilayahnya sendiri manakala kebanyakan kerapu atau grouper yang lebih besar akan berundur dari wilayahnya apabila didatangi oleh haiwan lain.
Hubungan simbiosis
Sesetengah spesis ikan kecil akan melekat pada badan ikan yang besar dan membersihkan badan ikan besar dengan memakan parasit pada tubuh ikan tersebut. Simbiosis dapat dilihat pada ikan jerung, paus atau penyu. Ada juga ikan yang bersimbiosis dengan spesies yang bukan ikan seperti clownfish dan timun laut yang mana timun laut akan menjaga ikan tersebut daripada serangan pemangsa.
Penghasilan bunyi
Eh, macam pelik pula? Ikan mengeluarkan bunyi ke? Yang sebenarnya banyak spesis ikan menghasilkan bunyi sama ada dalam situasi ketika pembiakan, sosial, kewilayahan atau sifat agresif. Bergantung kepada spesies, ikan bertulang mampu menghasilkan bunyi dengan melagakan giginya, getaran daripada udara atau dengan meregang dan mengecutkan ototnya. Kebanyakkan bunyi yang terhasil di bawah 10.000Hz.
Ia tidak akan dinamakan sebagai giant jika saiznya hanya sekadar ikan lais. Mekong giant catfish adalah spesies ikan catfish (spesies keluarga ikan bermisai termasuklah spesies tempatan iaitu patin dan keli) dikelaskan berada dalam genus Pangasianodon dan di dalam keluarga besar Pangasiidae (shark catfish family), dengan membawa nama saintifik, Pangasianodon gigas.
Di Malaysia, Mekong giant catfish ini dipanggil patin Mekong, manakala di negara asalnya Thailand, ia dipanggil pla buk (sebutan – pla buek). Spesies ikan yang tergolong dalam ikan bersaiz besar ini berasal dari Lembangan Mekong di Asia Tenggara dan bersebelahan dengan negara China.
Dan ramai yang tidak menyangka, spesies yang kian mendapat tempat di hati penggemar aktiviti sukan memancing ini disenaraikan sebagai spesies yang diancam kepupusan pada tahap kritikal di habitat asalnya.
Dari segi sejarah, spesies ini berasal dari Sungai Mekong yang lebih rendah di Vietnam (di kawasan air payau yang berpengaruh di delta sungai) sehingga ke arah utara sungai di wilayah Yunnan China, yang merangkumi hampir 4,800 kilometer panjang sungai.
Berikutan ancaman kepupusan, spesies ini tidak lagi mendiami sebahagian besar habitat asalnya. Kini dipercayai hanya wujud dalam populasi kecil dan terpencil di rantau Mekong tengah.
Ikan patin Mekong berkumpul semasa permulaan musim hujan dan bermigrasi ke hulu untuk membiak. Mereka hidup terutamanya di sistem utama sungai, yang mana kedalaman air adalah lebih dari 10 meter.
Melihat pada saiznya, seperti sukar untuk percaya bahawa spesies ini memakan zooplankton di sungai sebagai diet utama walaupun turut dikenali sebagai kanibalisme.
Memasuki usia juvenil atau selepas kira-kira satu tahun, ikan ini akan bersifat herbivor dan ikan ini mungkin mendapat makanannya daripada alga yang tumbuh di atas permukaan berbatu, berikutan ia merupakan spesies ikan yang tidak memiliki gigi.
Dari aspek penampilan dan saiz, ikan patin Mekong lazimnya berwarna putih kekelabuan dan kekurangan corak pola badan. Ikan patin Mekong dibezakan daripada spesies ikan patin besar lain di Sungai Mekong ini dengan hampir ketiadaan barbel (misai atau sesungut) dan ketiadaan gigi.
Patin Mekong kini memegang kedudukan utama Guinness World Book Of Record sebagai ikan air tawar terbesar di dunia. Ikan ini mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan ia boleh mencapai berat sehingga 350 kilogram.
Tumbesaran Ikan patin gergasi Mekong ini sangat cepat, ia mampu mencapai berat 150 hingga 200 kilogram dalam tempoh enam tahun.
Tangkapan terbesar yang pernah direkodkan di Thailand adalah seekor pla buk betina sepanjang 2.7 meter dan seberat 293 kilogram.
Spesimen ini ditangkap pada tahun 2005 dan diiktiraf secara meluas sebagai ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap walaupun spesies sturgeon terbesar dapat melebihi saiz ini, namun tiada pengesahan tangkapan.
Memancing pla buk di habitat liar adalah haram di Thailand, Laos dan Kemboja, tetapi larangan itu kelihatan tidak berkesan dan ikan terus ditangkap di ketiga-tiga negara. Walau bagaimanapun, sebagai pengiktirafan terhadap ancaman kepada spesies, ramai nelayan Thai bersetuju untuk berhenti menangkapnya pada 2006.
Spesies patin gergasi ini perlu mencapai 50-70 kg untuk membiak, dan ia tidak membiak di tasik. Jabatan Perikanan Thailand telah memulakan program pembiakan untuk mengembalikannya semula ke Sungai Mekong.
Hampala ialah genus bagi 6 spesies ikan dalam keluarga besar Cyprinidae (kap). 3 Spesies utama daripada genus ini ditemui Asia Tenggara.
3 Daripada spesies ini boleh ditemui hanya di Kepulauan Borneo dan perairan Indonesia itu Hampala macrolepidota, Hampala bimaculata dan Hampala ampalong.
Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak.
Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan).
Selain ditangkap sebagai sumber protien, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
“SEBARAU DUA TOMPOK DI SUNGAI TENGI, SELANGOR – Di semenanjung Malaysia, Ikan sebarau lazimnya memiliki satu tompok atau garisan hitam di tepi badannya, manakala di Sabah, Sarawak dan Borneo terdapat Ikan sebarau yang mempunyai dua tompok di badannya. Ikan Sebarau boleh membesar hingga menjangkau saiz 8kg. Ikan Sebarau juga turut di komersialkan sebagai ikan hiasan.
Ini fakta ringkas mengenai sebarau dua tompok. Tapi yang pasti baru-baru ini saya telah berjaya mendaratkan sebarau dua tompok ni di Semenanjung Malaysia. Bermakna ikan ini pun boleh di dapati di sini… cuma habitat dan populasinya tidak di ketahui umum.
Saya sendiri pun tidak yakin dengan spesis ini di Semenanjung. Memandangkan caster-caster dari sini akan keluar ke Sabah atau Sarawak untuk merasa tarikan spesis jenis ini.
Saya yakin sebarau yang saya dapat ini boleh membesar ke size mega seperti mana sebarau biasa memandangkan tangkapan saya agak besar dan sihat.
Saya yakin mesti ada size-size idaman… cuma perlu saya teroka lagi kawasan tersebut lebih jauh ke dalam lagi.. Insyallah satu masa saya akan menjejak habitat sebarau dua tompok ni.”
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Hampala (Kuhl & van Hasselt in van Hasselt, 1823)
Type species : Hampala bImaculata
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...