
SOALAN:
Jika memancing tenggiri pakai umpan ikan hidup, biasanya saya akan guna wayar steel. Tapi kalau jigging tenggiri, kalau saya pakai cara sama ok ke? Saya takut nak cuba sebab takut kena gelak.
JAWAPAN:
Kena gelak kerana mempraktikkan sesuatu di luar kebiasaan sudah menjadi perkara lumrah dan ia berlaku tidak hanya dalam dunia memancing saja. Kesan daripada gejala ini menyebabkan kita tidak berani untuk mencuba.
Tidak dinafikan penyambungan wayar steel atau kabel ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi aksi sebenar sesuatu jig yang digunakan. Namun pada saya, kesan tersebut terlalu kecil hampir tidak menjejaskan langsung aksi jig. Melainkan jika menggunakan poundage kabel yang terlalu besar.
Saya sendiri jika jigging tenggiri pada waktu, wajib saya akan menggunakan kabel. Biasanya saya guna kabel 20-40lb. Panjang kabel tidak akan lebih dari sejengkal. Saya lebih rela kena gelak tetapi dapat ikan daripada kena gelak kerana jig lebuh dihentam tenggiri kerana tak pakai kabel. Dah lah ikan terlepas, jig pulak melayang.
Malah saya juga pernah menggunakan kabel ketika bermain jigging perlahan pada waktu siang hari. Saya percaya ramai yang tahu betapa pentingnya perlu memainkan jig dengan aksi sebenar dalam aplikasi jigging perlahan.
Malah kabel yang digunakan adalah dari jenis keras berkekuatan 60lb. Dan saya berhasil mendapat ikan!
AMARAN ANGIN KENCANG MINGGU INI

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, barat laut Bunguran, Condore dan barat laut Reef North sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui, utara Tioman, tenggara Bunguran, tengah Reef North, Layang-layang, barat laut Reef South dan barat laut Palawan sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan utara Samui, tenggara Reef North, tenggara Reef South, Labuan dan Palawan sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMAS KINI Ribut petir di perairan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-layang, Palawan, Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 11 Januari 2018. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I)AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. (II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan kelantan sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. (III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan sehingga Ahad, 14 Januari 2018. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula pada Khamis, 11 Januari 2018 sehingga Ahad, 14 Januari 2018. (IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – KEMAS KINI Ribut petir di perairan Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah (Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 11 Januari 2018. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. (Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia) |
Teknik Alternatif Mancing Belut

Saya percaya ramai pemancing tidak tergamak untuk menggunakan katak sebagai umpan memancing. Berikutan timbul rasa geli dan tidak tergamak untuk membunuh seekor katak, kemudian dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan memancing belut, saya mengambil keputusan untuk melakukan satu ujikaji umpan.
Memang tidak dinafikan daging katak merupakan umpan yang paling berkesan berbanding umpan-umpan lain. Namun saya lebih yakin bahawa belut tertarik keluar dari lubangnya adalah disebabkan oleh rangsangan deria getaran dan bau.
Bukannya melalui deria penglihatan. Dalam erti kata lain, apa saja objek yang menghasilkan bau seperti bau diet makanannya yang digoncang pada mulut lubangnya, pasti akan menarik belut keluar untuk menyiasat.
Oleh kerana itulah saya terfikir untuk mengujinya dengan menggunakan gewang soft plastic dan minyak perisa aroma katak. Kebetulan saya ada bawanya bersama yang lazimnya digunakan untuk casting haruan.
Untuk itu saya terpaksa korban seketul gewang soft plastic kerana perlu dipotong-potong kecil. Ketulan kecil soft plastic itu kemudiannya dilumurkan dengan minyak berpirasa dan beraroma. Saya percaya ia bukanlah berperisa katak atau berbau seperti katak. Jika betul, pasti saya tidak akan mencubanya.
Kaedahnya sama sahaja jika menggunakannya untuk casting haruan. Bezanya cuma soft plastic perlu dipotong kecil bagi memudahkan belut menelannya. Saya tidak pasti jika umpan ujikaji ini berkesan jika dilakukan pada siang hari. Ini kerana belut mungkin dapat lihat rupa bentuk soft plastic cacat itu.
Tapi ujikaji pada malam tersebut ternyata berkesan. Walaupun nisbah purata strike agak ketinggalan berbanding katak sebenar, namun ia terbukti berkesan untuk dicuba sebagai umpan alternatif bagi penggeli katak seperti saya.
Korang Tanya Umpan Jawab – Warna Jig Yang Sepadan Dengan Kedalaman Lubuk??

SOALAN: Boleh tak admin buat huraian sedikit tentang warna-warna jig dengan kedalaman yang sepadan dengan warna jig tersebut. Terima kasih admin!
JAWAPAN:
Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing masa kini. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan penggunaannya terbukti berkesan.
Jig direka dengan kepelbagaian bentuk, aksi dan mempunyai tarikan warna yang memukau. Jig tidak diberikan sentuhan warna hanya untuk merambang mata pemancing untuk memilihnya.
Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut.
Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu.
Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air.
Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman
MERAH (Red) – 0 – 30 kaki
JINGGA (Orange) – 0 – 45 kaki
KUNING (Yellow) – 0 – 60 kaki
HIJAU (Green) – 0 – 80 kaki
BIRU (Blue) – 0 – 100 kaki
UNGU (Purple) – 0 – 120 kaki
Perak (Silver) – 0 – 120 kaki dan ke atas
Bercahaya (Luminous) – Waktu Malam Atau Lebih 120 kaki
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan.
Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
baca juga tip jigging pulau jarak
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan