
SOALAN:
Saya nak tanya beberapa soalan mengenai teknik jigging. Saya ni baru nak berkecimpung dalam speed jigging. Nak mintak tips sikit teknik nak mengarau dan memilih bentuk jig dan mata kail yang sesuai untuk memburu ikan pelagik. Jig apa yang sesuai untuk air dalam kedalaman 20 hingga 30 meter?
JAWAPAN:
Speed jigging merupakan salah satu penggayaan dalam teknik jigging. Ia lebih merujuk kepada gaya karauan berkepantasan tinggi. Dalam penggayaan ini, jig dimainkan seumpama gerakan ikan-ikan pelagik bagi memperdaya ikan-ikan predator perenang pantas terutamanya tenggiri.
Kunci utama dalam penggayaan speed jigging ini terletak kepada kekili dan juga jig. Kedua-dua jenis kekili iaitu kekili menegak dan mendatar boleh digunakan. Namun kekili mendatar dengan gear ratio berkelajuan tinggi (ratio 6:1 dan ke atas) adalah lebih praktikal. Nisbah gear yang lebih rendah akan menyebabkan pemancing dahulu keletihan mengarau sebelum memperoleh hasil.
Selain karauan laju, aksi joran juga perlu dimainkan sedikit bagi mempengaruhi renangan jig agar tidak terlalu statik dan pegun. Karauan juga tidak seharus dilakukan berterusan tanpa henti. Seeloknya lakukan karauan pantas sekitar 10-20 pusingan sebelum berhenti sekitar 1-3 saat dan menyambung lari karauan.
Bentuk jig untuk teknik speed jigging haruslah jig yang nipis dan melonjong agar ia dapat membelah arus dengan baik. Jig yang melebar dan pendek pula akan menyebabkan banyak rintangan sekaligus membebankan pemancing. Saiz berat jig yang sesuai untuk kaedah ini sekitar 30-80gm.
Faktor kedalaman air tidak menjadi persoalan, sebaliknya faktor arus yang lebih mempengaruhi saiz jig yang perlu digunakan.
Trip Memburu Spesies Kelah Made In Sabah

Bagi kaki pancing, dapat merasai pengalaman memancing tangkap dan lepas di kawasan tagal ini pastinya sesuatu yang sering diimpikan. Begitu juga bagi saya. Apa yang menarik tentang sungai yang saya terjah ini adalah, ia merupakan sungai bertagal yang 5 hingga 10 tahun tidak pernah dituai langsung!
Mujurlah ada kenalan dari Sabah yang mempunyai akses untuk memancing di kawasan tagal ini dan sudi membawa saya dan orang beberapa orang rakan pemancing lain memancing di syurga sungai pergunungan di kaki Gunung Kinabalu ini. Ikuti ekspedisi saya bersama beberapa orang rakan menerjah Hulu Sungai Kiulu yang terletak di daerah Tuaran.
Hari Pertama
8.00 pagi – Inilah hari yang saya nanti-nantikan. Segala persiapan untuk mendapatkan lesen pelian Sabah sudah lengkap dipersiapkan.
11.00 pagi – Perjalanan menuju ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuatkan hati lebih membuak-buak.
1.00 tengah hari – Berlepas dari KLIA menuju ke Kota Kinabalu. Jam 3 petang, saya selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan seorang rakan telah pun menanti saya dan membawa saya hotel di Tuaran.
4.00 petang – Selesai sesi ‘mengeteh’ dan beramah mesra dengan rakan lain, saya pulang semula ke hotel dan merehatkan badan untuk berjuang keesokan paginya.
Hari Kedua
5.00 pagi – Seawal jam 5 pagi kami sudah bangun untuk bersiap sedia ke lapangan pancing.
6.00 pagi – Kebanyakan ahli komplot sudah berkumpul untuk bersama-sama menuju ke lokasi tagal ini.Trip kali ini turut disertai Pemburu Sungai, Rogon Besar, Kadie Calvin, Richard, Ezar, Buinaga Caster dan juga Rosdi Lusi selaku guide kami ke sini.
6.15 pagi – Dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda, kami bergerak dari Tuaran menuju ke lokasi tagal di Kiulu. Perjalanan ke lokasi tagal ini memakan masa lebih kurang 45 minit.
7.00 pagi – Tiba di Kiulu. Selesai meletakkan kenderaan, kami meneruskan perjalanan untuk trekking ke lubuk-lubuk pilihan pula. Untuk ke lubuk pilihan ini, perjalanan mungkin memakan masa 35 minit lagi bergantung kepada lubuk yang ingin dituju.
7.30 pagi – Kami mula berpecah untuk ke lubuk pilihan masing-masing. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang begitu mempesonakan. Memang benarlah kami seakan-akan berada di syurga.
7.45 pagi – Sedang melalui sebuah jambatan gantung, kami dapat melihat dengan jelas di bawahnya beribu-ribu ikan pelian berenang betul-betul di bawah kami. Perghh… Memang gigil tangan dan kepala lutut dibuatnya!
8.00 pagi – Sesi pancingan bermula. Semua ahli komplot mempertaruhkan pelbagai jenis gewang untuk menjerat sang raja sungai ini.
8.05 pagi – Tak perlu menunggu lama untuk ikan pertama berjaya saya daratkan. Biarpun saiznya sekitar sekilogram sudah mampu membuatkan saya tersenyum lebar. Ikan yang didaratkan ini juga selamat di CnR.
8.30 pagi – Suasana menjadi semakin riuh-rendah. Kebanyakan geng komplot berpesta mendaratkan hasil tangkapan. Ada juga geng yang sudah tidak kelihatan kerana meneruskan perjalanan trekking mencari lubuk yang lebih baik.
12.00 tengahari – Sesi memancing masih berterusan. Namun, ada juga ahli geng yang sudah melepak di tepi untuk merehatkan badan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menambah tenaga dengan bekal yang dibawa.
2.00 petang – Meneruskan perjalanan ke hulu sungai untuk mencari lebih banyak spot berpotensi.
2.15 petang – Melalui sahaja kawasan yang berpotensi kami terus melemparkan gewang. Jika tiada sambaran kami meneruskan perjalanan ke lubuk lain pula. Atau dalam erti kata lain ‘cast & go’.
3.00 petang – Sesi casting semakin meriah. Di satu lubuk yang kami singgahi banyak kali berlaku kejadian double dan triple hook up! Memang mengasyikkan melayan ikan-ikan yang tidak segan silu menyambar gewang di sini.
4.30 petang – Singgah di sebuah kawasan air terjun yang sangat cantik. Kesempatan ini kami ambil untuk bermandi-manda sambil menyejukkan badan. Kepenatan trekking ke lubuk-lubuk ini bagaikan tak dirasa bila berdepan dengan panorama alam semula jadi yang begitu indah ini.
6.00 petang – Kami mengambil keputusan untuk menuju pulang ke kawasan parkir kereta. Bagaikan tak disangka impian untuk memancing di kawasan tagal menjadi kenyataan.
Harapan untuk renew lesen pelian di Sabah juga sudah termakbul. Spesimen yang terberat berjaya dinaikkan sewaktu trip ini ialah 3.7kg. Memang betul-betul monster! Bagi yang berhajat untuk merasai pelian di sini, boleh sahaja berhubung dengan ketua tagal. Apa yang pasti ia sangat berpatutan dan murah. jika dibandingkan dengan tempat lain.
HARI KETIGA
Saya melalui lagi momen yang sama seperti hari kedua. Walaupun berlainan arah sungai, hasilnya tetap mantap seperti mana anda boleh lihat melalui gambar-gambar yang tertera. Apa yang boleh disimpulkan melalui trip ini ialah ia betul-betul memuaskan hati semua geng-geng komplot.
Biarpun hanya dua hari memancing di sini, namun pengalaman bertarung dengan si raja sungai yang semakin sukar didapati di Semenanjung ini benar-benar memberikan impak kepada kami. Apa yang pasti, saya akan kembali lagi ke sini suatu hari nanti.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN AMCT X 2018

Trivia / Info
Seramai 224 peserta telah mengesahkan penyertaan termasuk dari Korea, Thailand, Brunei, Singapura, China dan Malaysia.
Sebanyak 13 buah houseboat dan 115 buah bot fiber akan digunakan sepanjang kejohanan berlangsung, termasuk penggunaan 2 bassboat dan 8 kayak.
Majlis Pelepasan Peserta di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pada 1 Disember 2018, jam 9.00 pagi.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pada 3 Disember 2018 jam 1.30 petang di Tasik Kenyir (atas houseboat).
Penaja Utama:
Supratechnic (M) Sdn Bhd – Mercury Marine
Khairol Fiber
Daiwa Sports (M) Sdn Bhd/ Daiwa Malaysia
Trojans Boat & Gigamate
Penaja-Penaja Rasmi
Ikanz Clothing
AzuYie Resources
Din Labatta
Kail Apparel
Seven Trick Adventure
Lipakz Creation
Monster Craft Fishing
Damiki Malaysia
BoatYard My/Gomo Kayak
Poktam Caster
SA Fishing
Amy Foggy
Malaysia Fishing Addicts (MFA)
MhMh Tackle
Bekeng Apparel
Awood Workshop
Keropok Sri Sura Dungun
Ima Sportfishing
Ezry Fishing Boat Charter
Black Stone Boat Charter
Boat Explorer
Fresqura Malaysia
Katana Fishing Accessories
Hi Tech Plus Lubricant
East Borneo Sport Fishing/EBSF
Hook Ups Clothing
Epol Craft
G9 Product (Thailand)
Angler Skin
Euromag Internasional (Pancaran Iqtisad Sdn Bhd)
Terminal Tackle
Eupro China
Korea Sportfishing Association
MAKLUMAT PENGANJURAN DAN HADIAH
Kategori yang dipertandingkan :
Kings of AMCT 2018
King of Sebarau
King of Toman
King of Special
Best of Barramundi (Siakap)
Best of Boatman/Guide
Best of International Angler
Best of Kayak/Fly Fishing Angler
Best of Sponsorhip Team
Hadiah keseluruhan bernilai RM44,000.00 berupa enjin bot, bot aluminium, bot fiber, motor elektrik, produk dan aksesori memancing sumbangan penaja-penaja.
JUMLAH TANGKAPAN
Hari Pertama (1 Disember / Sabtu)
35 ekor ikan yang didaftarkan di meja urusetia
Hanya 24 ekor ikan yang layak bertanding
Sebarau – 12 ekor
Toman – 6 ekor
Baung – 1 ekor
Haruan – 3 ekor
Lampam – 2 ekor
Hari Kedua ( 2 Disember 2018 / Ahad)
124 ekor ikan yang didaftarkan di meja urusetia
Hanya 80 ekor ikan yang layak bertanding
Sebarau – 55 ekor
Toman – 12 ekor
Baung – 6 ekor
Haruan – 3 ekor
Ketutu – 2 ekor
Kelisa – 1 ekor
Seluang – 1 ekor
DAIWA LURE BATTLE (3 Disember / Isnin)
16 ekor ikan didaftarkan di meja urusetia (yang layak bertanding)
Sebarau – 9 ekor
Toman – 7 ekor
BEST OF INTERNATIONAL ANGLER
TEMPAT PERTAMA
DENGAN TANGKAPAN TERPANJANG 1 EKOR TOMAN 78 CM
NAMA KUMPULAN : KSA SPORTFISHING
NO BOAT : 116
NAMA PEMANCING 1 : KIM DONG HOON
TEMPAT KEDUA
DENGAN TANGKAPAN TERPANJANG 1 EKOR TOMAN 70 CM
NAMA KUMPULAN : BRUNEI LANUN PRIMA
NO BOAT : 32
NAMA PEMANCING 2 : ALIFF MARZUKI
TEMPAT KETIGA
DENGAN TANGKAPAN TERPANJANG 1 EKOR SEBARAU 41 CM
NAMA KUMPULAN : G9 THAILAND
NO BOAT : 55
NAMA PEMANCING 3 : PICHIT UEAHIRUNYANON
BEST OF KAYAK ANGLER
DENGAN TANGKAPAN 1 EKOR SEBARAU SEPANJANG 42 CM
NAMA KUMPULAN : KB GOMO ANGLERS
NO BOAT : 88
NAMA PEMANCING : MOHD ZAWAWI RAMLAN
KING OF SPECIAL
DENGAN TANGKAPAN 1 EKOR KELISA SEPANJANG 38 CM
NAMA KUMPULAN : SYSIK A
NO BOAT : 97
NAMA PEMANCING : MOHAMAD ABDUL HALIM B RAHMAN
BEST OF SPONSORSHIP TEAM
TANGKAPAN KESELURUHAN 7 EKOR YANG LAYAK BERTANDING DIMENANGI OLEH TEAM : MHMH SPORTFISHING
PENAJA : TAUFIK EMAS SPORTFISHING
BEST OF TEKONG
NAMA : SUHAIDI HANIMI
TEAM : MERCURY TROJAN BOAT
KING OF TOMAN
DENGAN TANGKAPAN 1 EKOR TOMAN SEPANJANG 79 CM
NAMA KUMPULAN : BEKENG B
NO BOAT : 64
NAMA PEMANCING : MOHD TARMIZI B MOHD NOOR
KING OF SEBARAU
DENGAN TANGKAPAN 1 EKOR SEBARAU SEPANJANG 50 CM
NAMA KUMPULAN : MHMH SF 3
NO BOAT : 46
NAMA PEMANCING : MOHD ROSMIZAN
KING OF AMCT 2018
TEMPAT KETIGA DENGAN 354 MATA
TANGKAPAN
SEBARAU – 1.(48 CM) 2. (41 CM) 3.( 41 CM)
TOMAN – 1.(74 CM) 2. (74 CM)
SPECIAL – 1.BAUNG (40 CM) 2. BAUNG (36 CM)
NAMA KUMPULAN : BEKENG B
NAMA PEMANCING:
- MOHD TARMIZ BI MOHD NOOR
- MOHD FAIZAL FIDRI
- MOHD NAZRIN B ABDRAHMAN
- WAN MOHD SHAHIR B MUSA
- MOHD JAMIAN B MAHARAM
- MOHD SUKRI B HAROM
TEMPAT KEDUA DENGAN 381 MATA
TANGKAPAN
SEBARAU – 1. (47 CM) 2. (45 CM) 3. (48 CM)
TOMAN – 1.(75 CM) 2. (75 CM)
SPECIAL – 1. HARUAN (51 CM) 2. HARUAN (40 CM)
NAMA KUMPULAN : SYSIK A
NAMA PEMANCING:
- MAHADI B HASSAN
- MOHD HAFIZAN B JUSOH
- LOKMANULHAKIM B JAAFAR
- MOHD ABDUL HAIM B RAHMAN
- MUHAMMAD AFFAN B KHAULUDDIN
- AMIRUZAIDY B AZIZ
TEMPAT PERTAMA DENGAN 433 MATA
TANGKAPAN
SEBARAU – 1.(44 CM) 2. (43 CM) 3. (40CM)
TOMAN – 1. (77 CM) 2. (74 CM) 3. (71 CM)
SPECIAL – 1. HARUAN (28 CM) 2. BAUNG (20 CM) 3. BAUNG (36 CM)
NAMA KUMPULAN : REBER TRIPLE C
NAMA PEMANCING :
- ZAINUDDIN B IBRAHIM
- MOHD ZULKARNAIN B NOORZALI
- ABDULLAH B ISMAIL
- MOHD IRFAN
- MAHADIR B YAACOB
- AHMAD JAMALI B YUNUS
DAY WINNER/PEMENANG HARIAN
DAY 1.
PEMENANG : MOHD ROSMIZAN (MHMH SPORTFISHING)
DAY 2.
PEMENANG : ZAINUDDIN B IBRAHIM (REBER TRIPLE C)
DAIWA LURE BATTLE
PEMENANG PERTAMA :
SUKRI HADI (TEAM REBER TRIPLE C) – TOMAN 80 CM
PEMENANG KEDUA :
KAMAL POKDIK (GIGAMATE EXPLORER TROJAN) – TOMAN 75 CM
PEMENANG KETIGA
SHAZRI SHUIB (NTA) – TOMAN (73 CM)
GALERI
Trip Trobek – Lambaian Kakap Kuala Selinsing!!

Kuala Selingsing merupakan satu lubuk yang menjadi kegilaan bagi pemancing-pemancing tempatan. Macam-macam teknik boleh digunakan dilubuk ini. Lain padang lain belalang… lain lubuk lain tekniknya. Bagi Kuala Selinsing, teknik yang saya selalu guna adalah casting menggunakan umpan udang hidup. Balingan dibuat ke atas reba dan tarik atau karau perlahan tanpa henjut.
Bagi Spesis MJ atau siakap merah, ia adalah spesies yang suka membawa dan melilitkan tali pancing kita pada kayu-kayu dan ranting-ranting yang berada disekitarnya setelah ia menyambar umpan kita. Ia juga pemangsa yang ganas dan rakus, mempunyai gigi yang tajam adalah kelebihan spesis ini untuk memotong tali pancing (leader) kita.
Oleh itu kita haruslah tarik secepat yang mungkin bagi mengelakkan ianya kembali ke dalam reba dan memotong tali pancing. Siakap putih (barramundi) pula sikapnya yang selalu terbang di permukaan air untuk menanggalkan mata pancing anda. Ia tidak punya gigi tetapi spesies ini mempunyai permukaan bibir yang kasar. Lambat tarik pun boleh putus jua.
Bagi siakap putih ini, jangan sesekali anda angkat hujung rod ke atas kerana ianya akan memberi peluang untuk ikan naik dan terbang di permukaan air. Semasa karauan dibuat, tali pancing anda haruslah sentiasa tegang dan selam hujung rod anda ke dalam air bagi mengelakkan ianya naik di permukaan air.
Oleh itu, saya sarankan kepada caster-caster yang ingin memujuk spesies ini gunalah peralatan pancing yang sesuai sebelum anda berputih mata. Para caster juga perlu memilih tarikh air yang sesuai untuk memburu pemangsa-pemangsa di lubuk sungai air masin ini.
Tekong dilubuk ini juga banyak memberi peranan dengan meronda mencari lubuk berpenghuni dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Beberapa kali saya turun memburu di lubuk ini ia tidak pernah menghampakan saya. Dari dulu sampai sekarang saya masih menggunakan teknik yang sama.
Antara spesies yang ada di lubuk ini kerapu, siakap putih dan siakap merah. Mana-mana caster yang ingin memburu di lubuk ini bolehlah berhubung dengan tekong-tekong handalan Kuala Selinsing di FB seperti Amir Hamzah, Herry Ramly, atau Azeem Asyraf.