Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam.
Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing.
Ads
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok.
Ads
Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Ads
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Boleh tak admin huraikan cara-cara umpan tapa Kemboja dibuat dan bagaimana untuk menggunakannya.
Saya ada dengar member cakap, kat Kemboja sana diorang makan umpan tapa ni macam kita makan ikan pekasam. Betul ke admin?
JAWAPAN:
Dipercayai, umpan tapa Kemboja dibawa masuk ke Malaysia oleh pendatang dari negara tersebut yang bekerja di negara kita.
Dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika benar umpan tapa tersebut merupakan ikan pekasam yang dijadikan pembuka selera untuk dimakan bersama nasi.
Ini kerana di negara kita sendiri juga ada sendiri ikan pekasam yang hampir sama baunya dengan umpan tapa tersebut.
Berbalik kepada persoalan utama, umpan tapa Kemboja ini diperbuat daripada spesies ikan belanak yang dijeruk dalam satu tempoh tertentu di dalam tempayan atau bekas kedap udara untuk mendapatkan bau yang sangat busuk.
Cara memancing ikan ini sangat mudah iaitu menggunakan set ringan dan perambut setengah depa serta batu ladung hidup sudah cukup untuk menarik spesies baung keluar
dari sarangnya seperti di tunggul kayu dan timbunan ranting yang terbenam dalam sungai ataupun lombong.
Tidak dinafikan bau umpan ini sangat tidak menyenangkan. Senang cakap memang busuk sehingga turut dipanggil sebagai umpan busuk.
Bagi mereka yang tidak sanggup untuk menyentuhnya, perlulah memasang umpan di mata kail dengan menggunakan sarung tangan getah.
Sekali tercalit pada jari, memang melekat padu bau dia hingga hendak makan nasi pun terasa baunya.
Baunya yang kuat inilah membolehkan baung dalam masa singkat mengesan umpan ini.
Keberkesanan umpan tapa nyata lebih efektif berbanding umpan lain untuk memancing baung seperti cacing atau cengkerik.
Sebaliknya, umpan tapa berkesan untuk memancing ikan baung, ia juga boleh digunakan untuk memancing ikan lain seperti patin, keli dan juga udang galah.
Bau tengik yang dikeluarkan oleh umpan ini sememangnya disukai oleh ikan-ikan yang mencari makanan menggunakan misainya.
Perambut merupakan kombinasi tali pancing dengan mata kail, batu ladung atau pelampung, yang disambungkan dengan tali utama adalah peralatan penting untuk memancing.
Kegunaan jenis-jenis perambut dipengaruhi beberapa faktor tertentu seperti spot memancing, spesies ikan yang ditangkap, waktu memancing, keadaan kejernihan dan arus air serta banyak lagi.
Perambut berdasarkan ikan sasaran
Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘floating’ jika arus perlahan. Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3 meter atau 3 depa lebih. Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah pancingan dasar.
Perambut bagi lubuk berstruktur
Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup. Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu ladung dan kili apabila perambut putus.
Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus. Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul.
Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kurang dari 3kaki bagi mengelakkan ia dari bersimpul dengan tali utama.
Perambut berdasarkan waktu
Jika memancing waktu siang, gunakan leader bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan. Seandainya memancing pada waktu malam, perambut yang lebih kasar bolehlah digunakan.
Perambut untuk air jernih
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan.
Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1 meter sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik. Setakat umpan biasa-biasa (umpan mati), ikan takkan layan punya!
Jika air kelihatan keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan. Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.
Perambut berdasarkan faktor arus
Ketika arus agak laju, sebaiknya gunalah perambut yang lebih panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang. Ketika arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul bersama umpan dan tali utama.
Mata kail saiz 6 atau saiz mata kail untuk pancing gelama pun boleh
Batu ladung (batu mati) saiz 2 atau 3 (lebih kecil lebih bagus tetapi tengok arus juga)
Kita boleh buat perambut hidup (guna batu hidup) atau gantung terpulang kepada selera pemancing, tetapi bagi aku perambut gantung (guna batu mati) lebih sesuai kerana senang nak lontar umpan dengan perambut panjang dan ladung yang kecil.
Kenapa aku katakan perambut gantung ini lebih sesuai?
Pertama, korang kena tahu bahawa ikan talang makan umpan sambil bergerak. Kalau batu perambut berat maka umpan akan tercabut dan tidak akan dapat hook up.
Biasanya anak talang hanya menggonggong sebahagian badan umpan, bukan terus menelannya. Sebab itu jika kita pakai ladung besar umpan selalu habis tetapi tidak ada sebarang hasil.
Kedua, perambut yang kecil dan lembut sangat perlu kerana ikan ni dah biasa sangat dengan manusia serta mata kail. Perambut yang kasar dan besar membuatkan ikan tu naik cuak apabila ternampak perambut yang kasar serta bunyi perambut berdengung dalam air.
Aku pernah mendengar ada orang memancing senangin dengan perambut 10lb sahaja. Katanya ikan kurang ragut jika guna perambut besar. Cara nak naikan ikan tu terpulang kepada pemancing sendiri la.
Ketiga, mata kail yang kecil juga perlu kerana mata kail yang besar lebih berat. Mata kail yang berat membuatkan umpan tamban hidup berenang tidak cergas. Umpan yang cergas membuka lebih peluang untuk ikan meragut umpan.
Keempat, kenapa kita nak membazir membeli ladung dan perambut yang lebih besar kalau kita dapat menaikan ikan dengan menggunakan perambut yang ringan dan murah?
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...