Bila saja umpan dibawa lari, berikan masa beberapa saat supaya confirm umpan masuk mulut barulah buat hook up.
Bila dah kena biarkan ia lari dengan kekalkan drag 5lb sehingga ia berhenti tapi perlu sentiasa tegangkan mainline. Jangan paksa ia berhenti.
Bila berhenti, cepat-cepatlah karau sehingga ia berhenti untuk berpusing dan lari keluar semula. Ia akan berulang sebanyak 3 kali lepas tu ia akan menyerah.
Sekiranya kita menggunakan paksaan semasa menahannya lari keluar atau karau ia pasti akan terus lari menuju ke halangan (unjam atau sebagainya).
Ads
Ketika mengarau tali menghela ia datang, amatlah penting memiliki kekili kadar kayuhan tinggi agar tidak memberi ruang kepada tenggiri untuk memutuskan mainline yang kendur.
Ads
Kelainan pada tenggiri pada peringkat permulaan sahaja dimana bila saja umpan dimakan hook up terus dilakukan dengan kuat kerana tenggiri merupakan spesies bergigi tajam dan akan meludah kembali umpan sekiranya ia terasa benda asing pada umpan.
Jadi hook up dibuat dengan seberapa segera jika tak mahu berputih mata.
Ads
Ikan sebegini kita kena belai barulah ia mudah menyerah. Kalau dipaksa tenggiri boleh memutuskan steelwire 100lb dengan mudah tetapi kalau dibelai ia boleh dinaikkan menggunakan steelwire 20lb.
Bagi kebanyakan pemburu tenggiri terutamanya di Sedili, mereka menggunakan setting mainline 20lb, perambut 20lb, steelwire 20lb dan matakail no. 2/0 sahaja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya memancing di kawasan pantai berpasir, buat survey dulu jadual air pasang besar kerana pada ketika air bergerak pasang dan penuh kawasan yang berpasir tadi akan menjadi kawasan yang agak dalam.
Ketam pada kebiasaannya akan lebih menggemari bermain atau mencari makanan di kawasan tersebut hingga ke pantai. Bagi pemancing di pantai, sebaiknya mula memancing 3 jam sebelum air mula bergerak pasang penuh dan 2 jam selepas air mula bergerak surut.
Penggunaan rod yang sesuai adalah dari 12 kaki ke atas. Tujuan penggunaan rod surfcasting bersaiz 12 kaki ke atas adalah spot balingan dan jatuhan jaring ketam yang agak jauh dari pantai. Sebaik-baiknya jika di pantai terdapat jeti atau batu-batu pemecah ombak, ia memberikan advantage bagi para pemancing ketam untuk membuat lontaran lebih jauh dari kawasan pantai dan berpotensi untuk mendapatkan ketam yang lebih bersaiz besar dan banyak.
Bagi pemancing di atas rumah rakit, kelong atau jeti, pilihan rod terpulang kepada pemancing sama ada mahu menggunakan rod surfcast 12 hingga 15 kaki atau rod bersaiz 6 hingga 10 kaki (mengikut kesesuaian tempat).
Sebaiknya survey dahulu jadual air kecil atau jadual air pasang berarus perlahan kerana jaring Ketam Drone ini disebabkan apabila jaring berada di dalam dasar air masin ia akan mengembang dengan baik.
Air pasang besar amat tidak sesuai digunakan semasa berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti kerana arus air yang kuat serta laju akan menghanyutkan jaring tersebut biar pun batu ladung yang besar digunakan sebagai pemberat namun akan menyebabkan jaring tidak betul-betul berada di dasar air laut.
Saiz batu ladung yang disyorkan bagi pemancing di pantai adalah bersaiz 6 begitu juga jika berada di atas rumah rakit, kelong atau jeti bergantung pada arus air.
Umpan yang disyorkan adalah ikan sardin atau Selayang. Umpan tersebut tidak semestinya segar sebaiknya pilihlah ikan yang agak lama sedikit atau mendapati perutnya hampir pecah ini kerana ketam amat tertarik pada umpan yang agak lama dan sedikit berbau hanyir ikan dan saiznya tidak perlu terlalu besar. Selain itu umpan kulit ayam juga boleh digunakan untuk memancing ketam.
Semasa umpan mula dikutis oleh ketam, di hujung rod akan berlaku sedikit pergerakan naik dan turun (terhangguk-hangguk) seperti memancing udang galah.
Perkara utama sebelum mula menarik jaring dari dasar, biarkan dahulu jaring tersebut dikutis ketam selama 4 ke 5 minit tujuannya adalah bagi memastikan ketam telah mula terperangkap di jaring dan jika anda menariknya dengan cepat, besar kemungkinan ketam tersebut boleh terlepas dari perangkap jaring.
Drag spinning reel haruslah dalam keadaan sedikit longgar, ini kerana jaring tersebut bila-bila masa sahaja ikan akan masuk perangkap jaring, dibimbangi ikan besar yang masuk perangkap jaring ketam. Jadi sentiasa berhati-hati jika drag spinning reel terlalu ketat peratusan rod terbang masuk ke dalam air.
Umpan harus dipantau selalu, andai terlalu lama umpan di dalam air kemungkinan besar umpan hanya tinggal tulang sahaja dan jangan sama sekali memancing ketam di kawasan berbatu kerana jaring ini mudah sangkut pada batu-batu karang di dalam laut dan juga bahaya pada keselamatan diri anda.
Saya dan team saya baru masih baru dalam hobi memancing dan kami ada memancing ke Pulau Jarak (trip pancing bottom). Kami menggunakan tanduk besi. Hasilnya agak kurang.
Bila balik, rakan lain ada beritahu, jangan guna tanduk besi/tembaga… sepatutnya guna tanduk plastik kerana besi berkilat di dalam air. Tapi saya musykil, kerana rakan yang mengesyorkan guna tanduk besi kerap pulang dengan hasil lumayan.
JAWAPAN:
Kenyataan seumpama itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia memancing ini. Semua orang mahu berlagak sifu walaupun kurang tahu.
Kenyataan yang dibuat tanpa sebarang fakta sebaiknya diabaikan saja kerana sedikit ia akan mempengaruhi pemikiran setiap pemancing terutamanya pemancing yang masih baru dalam hobi ini.
Apa yang perlu anda faham adalah fungsi utama kegunaan tanduk tersebut. Tanduk atau spreader bertujuan untuk mengelakkan tali perambut berbelit dengan tali utama apabila ia diturunkan ke dasar laut.
Saya sama sekali tidak boleh terima hakikat bahawa warna tanduk tersebut boleh mempengaruhi tangkapan ikan anda. Malah sifat berkilat tanduk besi yang dinyatakan itu agak bercanggah.
Sedangkan gewang, spoon atau jig direka khas bagi menghasilkan kilatan untuk menarik perhatian ikan, bukan untuk menjauhkannya.
Seperkara lain yang perlu anda fikir, pada asasnya umpan yang dicangkukkan pada mata kail tidak diikat terus pada tanduk.
Ada ke orang ikat mata kail pada tanduk? Jika ada mungkin logik juga ikan tak ambil umpan sebab pengaruh dari tanduk tersebut.
Saya telah lama menggunakan tanduk dari beberapa jenis dan warna dan saya tidak pernah mempunyai masalah ini. Saya rasa perambut saudara mungkin tak cukup panjang. Saya syorkan saudara ikat perambut sepanjang sekurang kurangnya 1.5 meter.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...