Shakespeare Company merupakan salah satu nama besar dalam industri memancing secara global.

Syarikat penghasilan barangan pancing terkenal ini mula membina empayarnya sendiri di bandar Kalamazoo di Michigan, Amerika Syarikat.

Shakespeare dianggap salah satu jenama pancing paling berjaya di dunia dan figura di sebalik kejayaan empayar besar ini ialah William Shakepeare, Jr.

 

William Shakespeare, Jr. yang lahir pada 21 September 1869 merupakan anak kepada General William Shakespeare di mana keluarganya antara yang terkenal di Bandar Kalamazoo.

baca juga sejarah joran fenwick

 

Shakespeare pada awalnya melibatkan diri dalam pembuatan dan penghasilan shutter kamera, satu industri yang  mempunyai haluan berbeza jika dibandingkan dengan industri pancing.

 

Sejarah & Originality Shakepeare

 

KEKILI LEVEL-WIND

Begitu pun, sejak kecil aktiviti memancing memang menjadi hobi beliau pada masa lapang. Beliau membesar dengan menjadikan aktiviti memancing sebagai salah satu aktiviti wajib.

Dengan keghairahan dan pengalaman memancing sejak kecil, tidak hairanlah Shakespeare mampu memahat namanya sebagai salah satu nama besar dalam industri memancing hingga terkenal ke serata pelosok dunia.

 

Sumbangan terbesar beliau yang menjadi sejarah yang diingati dalam industri memancing ialah inovasi ciptaannya ialah rekaan kekili ‘level-wind’ yang dianggap sebagai anjakan paradigma dalam inovasi barangan pancing.

IKLAN

 

Sejarah & Originality Shakepeare

 

Ketika itu, Shakespeare memikirkan bagaimana untuk menjadikan aktiviti memancing sebagai satu sukan yang lebih baik kerana waktu itu ketika karauan dibuat, pemancing terpaksa menggunakan ibu jari bagi menyusun tali yang memasuki gelendong atau spool.

 

Akhirnya, rekaan mekanikal yang dipanggil ‘level-wind’ berjaya dihasilkannya dan membantu kekili menyusun tali di dalam spool dengan sekata ketika karauan dibuat. Rekaan inovasi ini dipatenkan pada tahun 1896.

 baca juga sejarah Abu Garcia

 

THE SHAKESPEARE COMPANY

Selain daripada menghasilkan barangan pancing dan shutter kamera, Shakespeare juga melibatkan diri dalam industri perubatan dengan menghasilkan ubat-ubatan ketika itu.

IKLAN

Pada tahun 1897, dengan pengalaman dalam bidang yang pernah dicubanya, beliau mewujudkan syarikat The William Shakespeare, Jr. Company apabila didorong oleh minat yang mendalam dalam aktiviti memancing.

 

Sejarah & Originality Shakepeare

 

Pada awal penubuhan syarikatnya, Shakespeare telah melakukan kerja yang sangat bagus terutama dalam mempromosikan produk daripada syarikatnya.

Antara yang diingati ialah beliau menawarkan jaminan 100% terhadap produk keluaran syarikatnya serta memperkenalkan slogan seperti “built like a watch” dan “baits that catch fish” untuk menjenamakan produknya.

 

Pada tahun 1915 sebelum perang dunia pertama meletus, beliau menukar nama syarikatnya kepada The Shakespeare Company dan seterusnya menjadi antara produk pancing pilihan utama di seluruh dunia.

 

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan global, Shakespeare terus menghasilkan pelbagai produk dan inovasi pancing seiring dengan lipatan sejarah sehingga ke hari ini.

IKLAN

 

Sejarah & Originality Shakepeare

 

Antara pencapaian yang signifikan dalam dunia pancing ialah inovasi sistem. Backlash. Brake pada kekili Wondereel® (1939), penghasilan kekili Circa (1953), Wonderod, Ugly Stik Rod dan Ugly Stik Fiber serta membeli syarikat Plueger®.

 

Dalam meraikan sempena 50 tahun beroperasi, beliau akhirnya melepaskan legasinya kepada anak beliau iaitu Henry Shakespeare pada tahun 1947.

Tiga tahun selepas itu, Shakespeare akhirnya meninggal dunia pada 25 Jun 1950.

 

Begitu pun, sumbangan dan daya kreativitinya terus diingati. Shakespeare telah membuktikan bahawa keaslian idea dan kemahuan yang tinggi mampu menyumbang sesuatu yang lebih besar kepada komuniti khasnya komuniti pemancing hari ini.

 

Sejarah & Originality Shakepeare

baca juga sejarah & mitos kg beng

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI