Saya sudah beberapa kali mengikuti trip ke kawasan sungai berjeram. Biasanya saya mancing bottom saja tapi akan datang saya nak main casting pulak. Soalan saya, jika menggunakan teknik casting, gewang apakah yang sesuai untuk kawasan jeram?
Ads
JAWAPAN:
Ads
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pegunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Paling mudah ialah penggunaan sesudu untuk menjerat ikan seperti tengas, sebarau dan bujuk. Penggunaan mata tunggal juga amat efektif. Penggunaan sesudu memang terbukti untuk spesies penyerang dan kawasan berjeram.
Selain itu, anda boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek/sederhana (minnow) jika bersesuaian. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Ads
Selain itu anda juga perlu menggunakan reel casting atau spinning yang memiliki gear ratio tinggi atau high speed. Reel high speed amat untuk bagi membolehkan gewang dimainkan dengan sempurna apabila mengikut arus jeram yang laju.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Batu kepit / kapit atau dalam bahasa umumnya split shot adalah sejenis pemberat atau batu ladung, yang banyak penggunaannya dalam aktiviti memancing.
Bagi yang belum mengenali batu kepit ini, ia adalah pemberat yang terdapat lurah pada badannya di mana ia diapitkan pada tali untuk memberi berat pada umpan atau tali.
Oleh sebab saiznya yang kecil dari 0.1 gm ke 10 gm kita dapat mengagak berat yang diperlukan.
Penggunaannya pula amat senang sekali iaiitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.
Batu kepit dijual di dalam paket di mana terdapat beberapa jenis dengan berat yang berbeza. Selalunya terdapat 20-50 biji di dalam plastik.
Dan terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat (round split shot) dan membujur (oval split shot).
Cara Penggunaannya:
➡ Perambut sungai
Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (three way swivel).
Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus.
Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.
➡ Menunda umpan ikan
Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm. Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan mengerakkan ikan naik turun.
➡ Menunda gewang
Cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa batu kepit dikepilkan pada terus pada ikatan perambut.
Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan batu kepit mengikut kehendak individu.
➡ Perambut bagi umpan kecil
Bagi penggunaan umpan cacing atau cengkerik pula batu kepit boleh dikepilkan terus pada tangkal kail.
Sekiranya perlu kita boleh juga mengecatnya dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan.
Kaedah mata kail juga ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.
➡ Variasi Kegunaan
Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi.
Senang cerita, penggunaannya tertakluklah pada daya inovasi seseorang.
Pertama, teknik casting boleh dipadankan dengan joran yang panjangnya 2 hingga 2.5 meter. Ini bergantung kepada lokasi dan jarak yang diperlukan untuk melontar gewang ke sasaran. Selain itu, joran casting mesti ringan dan mempunyai rintangan yang baik.
Kedua, kekili multiplier lazimnya dicirikan sebagai kekili untuk trolling dan bottom fishing. Sementara kekili untuk casting dilabel sebagai baitcasting. Sekiranya anda maksudkan baitcasting untuk digunakan dalam teknik jigging, jawapannya boleh.
Namun ia lebih sesuai untuk light jigging dan pastikan baitcasting tersebut sesuai untuk kegunaan air masin.
Ketiga, bergantug kepada jenis jigging juga kerana terdapat beberapa kategori jigging dari micro jigging hinggalah heavy jigging. Oleh yang demikian kekuatan tali juga berbeza-beza. Oleh yang demikian kekuatan tali yang perlu digunakan dari 10lb hinggalah 100lb.
Keempat, jenis selaman gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang. Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk L kecil.
Terdapat juga gewang yang memiliki spesifikasi biasa tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam, floating pula menunjukkan gewang terbabit adalah aksi permukaan dan manakala shallow pula membawa maksud selaman cetek.
Bila saya video memancing atau majalah memancing yang lama-lama, saya ada perasan kebanyakan rod yang dipakai jenis lama-lama yang ada roller (seperti gambar yang saya berikan).
Soalan saya, masih ada lagi rod macam tu sekarang ini dan dipakai untuk apa?
JAWAPAN:
Sebelum saya pergi terus kepada jawapan, mungkin ada baiknya juga buat sedikit penerangan tentang fungsi guides atau cincin pada joran.
Kita harus faham apa kegunaan cincin atau guide pada joran.
Peranan utama cincin adalah untuk membimbing (guide) tali keluar daripada kekili dengan lurus serta mengurangkan daya geseran pada tali utama.
Semakin besar hasil tangkapan maka semakin kuat tekanan kepada peralatan pancing. Justeru itu untuk pancingan hardcore, ia memerlukan cincin yang kuat dan berkuasa.
Kebiasaannya jenis cincin beroda yang dibina pada joran bertujuan untuk kegunaan menunda (trolling) atau memancing ikan yang memiliki daya renangan pantas yang dikenali sebagai ikan sukan (game fish).
Kebanyakan joran jenis pancing dasar dan menunda diperbuat menggunakan cincin beroda sebelum teknologi pembuatan cincin joran berkembang.
Cincin beroda dibuat supaya dapat menghindarkan geseran ketika tangsi keluar melaluinya dan seterusnya janaan haba terhadap dua objek yang bertemu pada kelajuan tinggi.
Roda yang berputar boleh mengurangkan geseran berbanding cincin statik. Apabila cincin yang diperbuat daripada bahan tahan hakisan seperti silikon karbid (SiC) memasuki pasaran, bahan ini terbukti lebih efisyen dan lebih baik berbanding roda.
Cincin jenis SiC diperbuat daripada seramik paling terbaik daya hakisan dan mampu mengurangkan janaan haba apabila tangsi melalui diatasnya (nyah haba) dengan kelajuan tinggi.
Dan tentu saja teknologi yang mahal menuntut belanja yang tinggi juga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...