Ikan siakap bersaiz sederhana atau table size, memang sedap dijadikan hidangan. Masak apa sahaja, jika kena dengan masakan, pasti sedap, walaupun ada sesetengah kaki pancing tidak menyukainya untuk hidangan (hanya seronok memancingnya sahaja).
Bahan Keperluan:
Ads
1 ekor ikan siakap
3 sudu makan stok sup
BAHAN 1:
Ads
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
10 gm daun ketumbar dicincang halus
BAHAN 2:
Ads
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus limau nipis
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA MEMBUATNYA
Kukus ikan selama 10 minit. Ketepikan.
Untuk sosnya, sediakan periuk dan masak stok sup.
Masukkan semua bahan (1) dan biarkan mendidih seketika.
Masukkan bahan (2) dan perasakan hingga cukup rasanya.
Biarkan seketika dan tuangkan ke atas ikan yang siap dikukus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi sesetengah orang, malah pemancing sendiri pun masih ada yang belum jelas dengan istilah EGING.
Dari segi istilah, eging ialah satu perbuatan melontar dan menggayakan squid jig atau candat bagi memancing sotong.
Lazimnya sotong dikaitkan dengan eging ini ialah sotong mengabang atau bigfin squid.
Secara mudahnya eging ini bolehlah ditakrifkan sebagai mencandat sotong atau lebih senang disebut, casting sotong.
Eging, walaupun sudah lama bertapak di negara kita namun ia masih kurang sambutannya berbanding segmen memancing yang lain.
Ia boleh diterima akal lantaran tidak semua tempat amalan eging ini boleh dipratikkan.
Biarpun negara kita dikelilingi laut namun tidak semua pantai menjadi habitat sotong mengabang bagi membolehkan eging diaplikasikan.
Namun bagi pemancing yang sudah menceburi segmen ini pasti ada sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk terus memburu sotong mengabang sama ada melalui casting di pantai atau menggunakan bot.
Apa kata netizen:
“Feel dia tak sama macam ikan. Ini adalah delicate game, yang ada keunikan sendiri. Kita bukan nak rasa perlawanan semata-mata, tetapi juga menguji teknik memujuk sang mabang dan mendaratkannya. Kalau sekadar nak rasa fight, baik pergi main belanak.”
“Lokasi berpotensi tak banyak nak main sotong ni. Di tempat saya, lokasi yang sesuai hanyalah di belakang muzium, kat hujung batu kawasan port orang park sampan, area jeti batu Tanjung Balau.”
“Orang Terengganu kata kuat jenggi… hahaha. Memang berhantu main sotong ni. Kalau tak percaya bolehlah cuba. Try dulu baru tau dia punya jenggi macam mana.”
“Masa duduk Labuan dulu pernah tengok orang bawak naik 1 kilo lebih punya saiz. Time kita pergi hampeh tak dapat. Lokasinya dekat Pulau Enoe hujung dekat Petronas. Situ ada lampu-lampu tepi tebing. Sekarang tak tau la boleh masuk lagi ke tak.”
“Tak tau nak cerita macam mana. Biar gambar di bawah ni je la yang berbicara. Ini merupakan candat yang agak killer di sini baru-baru ini.”
“Memang susah nak jelaskan dengan perkataan. Nak tau best ke tak best kena try dulu sekurang-kurangnya sekali. Kalau dah strike baru boleh tau kesannya macam mana. Lepas tu baru boleh cerita.”
“Kena yang kasar memang syok layan lebih-lebih lagi kalau guna set ultra light. Nak main sotong tak boleh guna set light apatah lagi heavy. Memang tak rasa langsung la jawabnya.”
“Eging daratan ni ada keunikan dan kepuasan tersendiri yang sukar untuk dibanding dengan memancing ikan. Kalau nak rasa strike macam strike ikan tu memang takdelah. Dia punya feel lain sikit.”
“Kalau ikutkan hati rasa macam nak letak dalam frame je sotong ni sebab colorful. Memang cantik gila. Sampaikan nak makan pun macam tak sampai hati. Hahahaha… tapi bila dah makan punya la sedapppp!”
“Dia punya tarik je dah macam candat lekat kat tali unjam. Ingatkan dah tersangkut unjam… rupanya dia yang tersangkut pada candat. Tu yang seronok buat berdebar-debar tu. Semakin nak sampai ke permukaan semakin berdebar-debar. Selagi tak dinaikkan selagi itu jantung berdegup semacam.”
Topik – Apakah set pancing kesayangan anda, yang serasi dan sering dipakai ataupun telah disimpan sebagai khazanah kesayangan?
Rata-rata kaki pancing mesti mempunyai set pancing kesayangan tak kira apa jenis pancingan sekalipun. Tak semestinya mahal, namun cukup selesa waktu apabila dalam genggaman baik ketika balingan atau pertarungan. Memang akan dijaga rapi, kalau nak pinjam tu sorry, apa lagi nak dilepaskan pergi.
Nd Amey
Antara set yg plg selesa utk heavy cover… Daiwa Tatula JDM + Daiwa Bass X. Berdesup perginye sgt sesuai utk landbase.
Penjejak Azmie
Lebih seronok jika set tu hasil buatan tangan sendiri. Ambe sngat sygkn seni ukir warisan Melayu. Sbgai meneruskn legasi tinggalan arwah atuk, ambe abadikn pada rod versi nusantara ambe…. Huhuhuhu..
Razuan Efendi
Daiwa Tatula Type R 8.1. Storm Discovery 6’ 1piece 8-17lb. My Precious.
Qayyum Aizad
Joran masa juvenil, pelepah bemban atau sawit untuk kail puyu, sepat siam atau haruan. Dia punya melendut kalau dah strike memang tak boleh lupa. Sayang nak lupa memori pakai joran tradisional.
Jashaniesyam Salleh
Joran+tali+mata kail+umpan dh cukup utk dptkan ikan.. x payah yg mahal2.
Shamsul Adha
Nk mncing guna rod dgn mesin yg biasa2 je… tp yg pnting smua alat tip top… hehe.
Az Wan GP
Set pncing kegemaran sya Daiwa set kombo sbb dia ringan sedap melayan tarikkn ikn lg2 saiz besar memng trbaik.
Irsyad Alt
Yg ekonomi je dah cukup untuk menaikkan ikan ++++kg.
Awi Sham
Rod Eupro + reel Daiwa Crest 4k. Ni la set ekonomi yg kawe pakai sekarang. Janji ade STRIKE boh..
Mohd Akbar
Rod Sure Catch reel Ryobi Zauber mmg trbaik, nk pnjam mmg sorry.
Aqmal Zenetic
Setiap kaki pancing memang ada set pancingan sendiri malah melebihi daripada 1 set takut-takut rosak.. tapi ingat juga set pancing tu jangan lupa servis.. set pancing saya murah je tapi berkesan menumpaskan ikan yang lagi besar darinya.
Tukun Gewang Karat
Semangnya memang akan ada satu senjata kesayangan antara yang bersusun2 kat umah.. Bagi saya setting terbaik saya adalah CQDC 101 dan rod custom 4-10lb dari sahabat Wan Kobra. Merangkumi kepuasan dan kemantapan persembahannya.. sedikit tuah juga banyak mempengaruhi set saya ini.
Kisah ni terjadi sekitar tahun 2016, aku dan kekawan dengar ada dengar citer banyak lombong tinggal kat area Tanjung Tualang. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.
Suatu petang aku dan kekawan bergerak ke lokasi sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sampai tempat tu lebih kurang jam 6.10, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang. Sampai jer terus semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik seekor rohu lebih kurang 4 kilo. Wow! sangat lumayan!
Hari beransur gelap… dua orang kawan aku tengah pasang unggun api. Aku plak duduk kat pancing sambil bersembang dengan kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yang mencurigakan.
“Uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……”
Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yang tak makan umpan. Aku cuba mengamati bunyi tu betul-betul, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu.
Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. Aduh… ini dah lebih… dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. Bunyi tu masih lagi berlanjutan.
Tiba-tiba kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tengok balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii… uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti punya…!
Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik… 2 orang kawan aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul… aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik.
Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh… baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. Adeh… siot betul.
Tapi apa nak buat, kenalah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ lagi. Kita orang pun berjalan pergi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam. Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau… bulu roma ni dah meremang sakan dah oi!
Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai…. apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start kereta, Alhamdulillah… boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan… tak tengok belakang dah… takut siot!
Tapi…. ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari kawasan tu ada dua kejadian aneh. Pertama, masa turun dari bukit tu memang dah gelap. Semuanya hanya berpandukan lampu kereta. Tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. Yang paling best motor tu tak pasang pun lampu.
Kedua, masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh! Jangan tegur… biarkan je dia. Adui… masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling tengok apa yang ada dalam teksi tu, hijau beb Hijau…! Orang yang bawak teksi tu warna hijau!
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah Cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta. Adoyai… mengikut balik la pulak. Kami semua masuk dalam rumah. Semua mandi dan solat. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam… Alhamdulillah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...