Boleh dikatakan semua pemancing memiliki kisah suram (pengalaman yang tak diingini) ketika memancing. Berikut dikumpulkan sedikit kisah yang tidak diingini tetapi berlaku juga kepada para pemancing.

 

Kisah 1

Trip memancing yang paling tidak dapat saya lupakan pastinya ialah trip slow jigging  di perairan zeezone Muar bersama bot Tiger 55 dengan tekong yang bernama Cikgu Tuah.

Kami bergerak keluar dari jeti sekitar jam 7.30 pagi. Apabila sampai di spot pertama, sebuah spot lubang luas dan berpotensi tinggi, saya dan rakan-rakan satu trip yang lain tidak berlengah lagi menurunkan jig.

 

Lebih kurang lima minit kami melakukan aksi jigging perlahan dengan gaya masing-masing memujuk mangsa di lantai lautan,  tiba-tiba jig saya disentap begitu kuat.

Setelah bertarung kira-kira 15 minit, saya berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 4.8 kilogram.

 

Setelah itu tekong beralih bot ke sport yang lain pula. Lebih kurang satu jam selepas itu kami berada di spot  yang mana di dasarnya ada bangkai kapal karam.

Sedang saya seronok memujuk mangsa yg berada di bawah,  tiba-tiba  jig saya seperti tersangkut pada sesuatu kemungkinan pada badan kapal karam itu.

Pada masa yang sama angin dan alun ombak terlalu kuat dan saya tak dapat nak mengawal kedudukan saya lalu berlakulah perkara yang tak diingini.

Set pancing saya anggaran bernilai RM4,000 jatuh ke laut.  Saya dan kawan-kawan cuba nak menyelamatkan set pancing itu tapi kami gagal disebabkan ombak dan angin yang begitu kuat.

 

Koleksi Kisah Suram Pemancing
set pancing yang jatuh ke laut

 

IKLAN

Selepas itu saya berasa amat sedih dengan kehilangan set pancing yang saya sayangi dan saya terus terduduk. Sampai la habis trip pada petang itu saya tidak dapat memancing disebabkan itu sahaja la set pancing yang saya ada.

Azman shah

 

Kisah 2

Buat masa ni kemalangan paling teruk pernah kena masa memancing ketika sembat kuat melantun ke belakang batu ladung saiz 6 singgah ke mata member yang duduk kat belakang. Toleh-toleh dah berteriak sakit. Apalagi start motor hantar klinik la. 3 hari bengkak sebelah mata.

  • Fakhrul Tahir

 

Kisah 3

Aku sampai hari ni mata kanan kabur. Puncanya kail sangkut kat batu, tarik punya tarik batu ladung singgah dalam mata. Nasib tak kena mata hitam, kalau tak doktor cakap confirm buta. Seminggu kat hospital. Kenangan seumur hidup. Cacat kekal… haha.

  • Wan Shafirool

 

Kisah 4

IKLAN

Kisah baru lagi masa pergi memancing kat laut. Kes nak buka mata kail kat mulut anak sembilang. Malang tak berbau kena sengat pulak dengan anak sembilang.

Sakit dia lagi teruk daripada kena sengat ikan keli. Kena pulak sengat anak sembilang tu patah dalam tangan.

Malam tu terus pergi klinik nak buang sengat ikan tu doktor cakap tak jumpa sengat tu. Sudahnya sengat ikan sembilang tu dah sebati dalam tangan sampai la sekarang ni.

  • Azam Yaakub

 

Kisah 5

Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat. Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.

  • Muhammad Taqdir

 

Kisah 6

Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo.

IKLAN
  • Khairul Nizam

 

Kisah 7

Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.

  • Higo Garcia mp

 

Kisah 8

Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah. Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.

  • Araragi Koyomi

 

Kisah 9

Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa. Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.

  • Rizal Jaka

 

Kisah 10

Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam. Dahi rasa macam ada air mengali. Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.

  • Adam Ikwan

 

Kisah 11

Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik. Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member…hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.

  • Cp Otai
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI