Orang kata ikan talang bukanlah sedap untuk dijadikan juadah. Lebih sesuai dibuat ikan masin sahaja. Orang yang cakap macam tu sebenarnya tak pernah try pun makan ikan talang. Kalau dia try kari talang sekali mesti terus terdiam punya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan talang saiz sederhana
1 bungkus kecil rempah kari ikan
15 tangkai cili kering (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 cm halia (dikisar)
1 kotak kecil pati santan
1 sudu kecil air asam jawa
Kacang bendi
Tomato
1 tangkai daun kari
Garam, gula dan serbuk perasa
Ads
Cara Penyediaan:
#1. Bersihkan ikan talang, toskan dan ketepikan dahulu.
Ads
#2. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan rempah campuran, tumis seketika.
#3. Masukkan pula bahan kisar serta daun kari. Tumis sehingga wangi.
Ads
#4. Bancuh rempah kari ikan dengan sedikit air. Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga rempahnya agak garing.
#5. Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
#6. Masukkan bendi dan tomato. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Seorang yang menghidap aterosklerosis umumnya mengeluh sakit kronik di kaki, warna kulit juga berubah menjadi gelap dan biasanya dingin. Kerana rasa sakit, penghidap mungkin kesulitan ketika berjalan dan menunjukkan kelesuan dalam melakukan pekerjaan. Gejala tersebut dapat diturunkan dengan pengambilan secara rutin ikan belida.
Mencegah Gejala Rheumatoid Arthritis
Gejala yang ditimbulkan akibat rheumatoid arthritis dapat menghancurkan jaringan persendian. Kesan dari kondisi ini akan membatasi aktiviti keseharian, seperti sulit untuk berjalan dan menggunakan tangan. Ia boleh dicegah dengan pengambilan ikan belida secara teratur.
Mengubati Rabun Jauh
Kerosakan refraktif pada mata adalah penyebab utama rabun jauh. Kondisi ini terjadi jika cahaya yang masuk ke mata terfokus di depan retina dan bukan tepat pada retina. Inilah yang menyebabkan pandangan menjadi kabur. Apabila anda secara teratur makan ikan belida maka lama-kelamaan ia mampu menyembuhkannya.
Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Jika sistem imun melemah, kemampuannya untuk melindungi tubuh juga berkurang. Maka anda harus makan ikan belida sebagai menu harian supaya dapat meningkatkannya. Serta kebal terhadap pelbagai macam penyakit dan selalu bersemangat.
Mencegah Penyakit Jantung Koroner
Jantung koroner adalah penyakit pembuluh darah. Penyebab paling umumnya yaitu kerana aterosklerosis. Pencegahannya dengan mudah adalah mulailah mengubah gaya hidup, contohnya dalam hal jenis makanan. Rutinlah makan ikan belida.
Sebagai Antioksidan
Untuk mengeluarkan kandungan radikal bebas dalam tubuh, perlu adanya antioksidan yang akan menangkap dan membuangnya, dapat diperoleh pada ikan belida.
Mengandungi Vitamin B1
Vitamin B1 yang terdapat pada ikan belida mempunyai manfaat penting dalam menjaga kesihatan jantung dan saraf, memaksimumkan fungsi otak, serta diperlukan dalam penguraian lemak dan protein. Di samping itu juga, menjaga tonus otot yang ada di sepanjang dinding saluran pencernaan dan menjaga kesihatan saraf.
Mengandungi Zat Besi
Pada Ikan Belida ini terkandung 1,1 mg zat besi yang dapat menambah persediaan zat besi yang bermanfaat baik bagi tubuh untuk menambah darah, meningkatkan daya ingatan, dan menambah stamina agar tidak mudah penat serta lemah.
Mengandungi Kalsium
Kekurangan kalsium secara terus menerus pada tubuh akan menyebabkan kekuatan tulang menurun dan akibatnya seiring dengan bertambahnya usia, tulang menjadi lemah. Dengan memenuhi keperluankalsium untuk tulang setiap hari, kita dapat menurunkan risiko penyakit osteoporosis yang disebabkan oleh pereputan tulang ini.
Mengandungi Vitamin A
Vitamin A menjadi salah satu jenis vitamin larut lemak, vitamin A memiliki manfaat yang di antaranya dapat menghaluskan kulit dan menjaga kesehatan pada organ penglihatan. Bentuk vitamin A dapat berupa retinoid dan juga betakaroten, keduanya dapat kita temukan dalam daging ikan belida.
Mengandungi Omega 3
Ikan belida juga memiliki kandungan omega-3 yang cukup tinggi, kandungan omega-3 ini bertanggung jawab untuk menjaga kesihatan pembuluh darah dan jantung kita. Kandungan omega-3 juga dapat menurunkan kadar kolesterol di dalam darah yang menjadi salah satu penyebab terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah.
Terdapat pelbagai jenis produk antimabuk di pasaran dan digunakan untuk pelbagai indikasi. Mabuk, muntah, pening-pening, meloya, selesema dan banyak lagi.
Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadangkala memudaratkan kesihatan.
Apapun nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diguna oleh pengguna.
Bagi ahli farmasi, mereka lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat di pasaran.
Ambil contoh macam ubat gigi (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan di pasaran seperti Colgate, Darlie dan lain-lain.
Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk.
Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama atau jenis ubat ini.
Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya, ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.
Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing 1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut.
Tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing. Ia agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidakseimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga.
Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.
Adalah dinasihat jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti di laut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja.
Disyorkan juga mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan.
Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali ke laut.
Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dan sebagainya.
Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan.
Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja.
Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.
Dinasihatkan juga dapatkan sumber ubat-ubat dari farmasi atau klinik sahaja. Mereka hanya menjual ubat-ubat berdaftar dengan KKM, asli dan dijamin berkualiti dan selamat.
Kita boleh mendapat nasihat dan panduan penggunaannya dengan betul, itu tanggungjawab mereka.
Jika nak membeli tablet meclozine, ada banyak nama dagangan di pasaran. Tak perlu beli yang mahal-mahal.
Sebaiknya pilih dalam bentuk blister packed yang dapat tahan lama sehingga tarikh luput.
Selain dari Meclozine, disyorkan juga mengambil Hyoscine yang terbukti berkesan. Ia juga boleh dibeli dalam bentuk patch atau mini plaster walaupun harga agak mahal sikit.
Ia perlu dipakai (biasanya ditampal pada bahagian belakang cuping telinga yang tiada rambut) 5-6 jam sebelum trip ke laut dan dapat bertahan sehingga 3 hari.
Jika trip ke laut kurang dari 3 hari, memadai dengan ambil 1 biji tablet Hyoscine 30minit sebelum turun ke laut.
Perlu ingat, ubat ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari bagi mengelakkan mabuk berulang dan jangan melebihi dos yang disyorkan.
Tablet Cinnarizine juga berkesan, tetapi perlu diambil 2 jam sebelum trip ke laut. Disyorkan ambil ubat ini kerana ia tidak memberikan kesan mengantuk yang ketara.
Walau pun banyak lagi ubat mabuk di pasaran, hanya 2 atau 3 jenis sahaja yang berfaedah dan sesuai.
Hyoscine atau meclozine / Vitamin B6 (mabuk sederhana)
Cinnarizine atau Dimenhydrinate (mabuk yang mudarat).
(Rujukan: Internet)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tiba di lokasi, jig segera diturunkan sehingga mencecah dasar. Lantas henjutan demi henjutan dilakukan untuk menarik minat aji-aji di bawah laut sana. Pelbagai jenis, warna dan saiz jig dihenjut namun sambutan adalah suram sekali. Mungkin masih awal petang lagi kami membuat andaian.
Yang memancing dasar juga kurang hasil tidak seperti kebiasaan. Aji-aji pertama tangkapan Pok Mud’s anggaran 3 kg memulihkan kembali kekuatan yang kian pudar untuk ramai kaki jig kembali beraksi. Serangan aji-aji tidak lama mungkin ia menyambar ketika laluan aji-aji tepat dengan unjun jig.
Omar menjadi orang kedua tersenyum apabila joran Jigging Master PE3-PE6 yang dipadankan dengan Shimano Stella 10000 menerima sambaran aji-aji kedua. Itupun setelah beberapa jenis dan warna jig ditukar ganti. Kegelisahan akhirnya terpadam tatkala saat matahari mula hampir terbenam apabila beberapa ekor aji-aji mula tumpas di tangan kaki jigging yang rajin mengunjun jig.
Labuk, Sham dan Ajeem adalah kaki jigging yang paling rajin menghenjut jig dan setiap usaha mereka ada imbuhannya.
Menjelang awal pagi geng Sabah ini pulih kembali tenaga untuk kembali jigging. Syam membuka tirai awal pagi kedua apabila jig baru dilabuhkan menerima sambaran padu sebaik sahaja jig dihenjut dari dasar. Menyedari dan kami dapat teka apa spesies yang membaham jig tersebut, joran jigging yang tersadai semalaman dicapai kembali. Sah aji-aji dikesan berlegar di bawah bot kami pada kedalaman 120 meter.
Tatkala Syam masih lagi melayan kerenah aji-aji, Plabuk dan Zul turut mengena sasaran. Ketiga-tiga beradik kaki pancing tegar dari Ranau ini bagai enggan mahu mengalah antara satu sama lain. Seolah-olah diatur pula apabila Syam selaku abang sulung mendapat sambaran dan kemudian diikuti kedua beradiknya.
Saiz aji-aji kali ini lebih besar daripada petang hari pertama. Ini sudah baik, masing-masing mula memasang angau nak cari yang lebih dari yang lain. Cuma saya yang dah berusia dengan jigging memberi ruang buat yang muda. Puas dan teruja melihat anak muda ini happy dengan hasil pancing mereka.
Bot berpindah spot apabila aji-aji kembali sunyi sebaik sahaja matahari meninggi. Yang berjaga malam masuk beradu dan yang masuk shift siang membuat persiapan memulakan sesi hari kedua. Penulis memilih untuk merehatkan badan di kabin berhawa dingin dan merancang untuk memancing pada sebelah petang. Ketiadaan arus masuk hari kedua juga menjadi penyebab utama pancing dasar tidak begitu mengujakan.
Masing-masing bersetuju untuk menunggu lewat petang dan malam hari untuk mencari peluang memadam rekod aji-aji peribadi sebelumnya. Bila waktu petang tiba, masing-masing mula mengambil tempat. Joran dasar rata-ratanya sudah disimpan kerana sambutan yang diterima hanyalah anak-anak ikan sahaja.
Seperti kebiasaan tiga beradik Sabah ini terlebih dahulu strike. Kerajinan mereka menjadi titik tolak yang lain untuk turut sama berjigging. Bunyi kekili berteriak kasar memeriahkan lagi suasana untuk merasai kepuasan dengan membuat masalah dengan aji-aji. Semua ini tidak berpanjangan kerana serangan aji-aji hanya seketika dan sepi bila perubahan pasang surut terjadi.
Kemudian malam menjelma, kami sekali lagi menyasarkan kepada tenggiri. Malam kedua tenggiri lambat ‘panas’ apabila gerombolannya mula menyambar umpan melewati tengah malam. Ramai ketika itu sudah dibuai mimpi, kecuali Midie, Ann, Ajeen serta Zaba yang tahan bersengkang mata menunggu kehadiran tenggiri. Untungnya penggunaan umpan dan jig kedua-duanya berkesan ketika itu.
Tapi masalah timbul waktu ini kerana sewaktu semuanya strike serentak, tiada siapa yang membantu menggancu ikan. Disebabkan kedudukan bot yang tinggi, banyak tenggiri lucut dan putus sewaktu ingin dinaikkan. Ikan semakin galak dan ramai yang turut menyertai sesi pancing menjelang masuk Subuh.
RO yang dah masuk hari ketiga masih belum menemui sentuhan turut mencuba nasib di hari terakhir. Lazimnya Syam akan membuka tirai diikuti oleh Zul dan Labuk. Masing-masing tahu waktu aji-aji bakal hentam jig. Akhirnya strike kedua diterima RO barulah aji-aji idamannya tewas kerana sebelumnya ikan lain yang menyambar unjunan jig beliau. Bila semua merasai ikan buruan, kami memberi isyarat pada tekong untuk menamatkan misi trip Sabah kali ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...