Gambar hiasan semata-mata, tiada kena mengena dengan artikel.

 

Berikut merupakan luahan pendapat para pemancing berkaitan isu ini yang telah dipaparkan di FB Majalah Umpan.

 

Weslley Melina

“Teringat waktu perkenalan pertama dengan tekong Asrul Iman dan trip fully light jigging/casting pertama bersama beliau. Sebelum tu beliau hanya mempraktikkan teknik bottom dan micro jigging.

Cuaca yang kurang mengizinkan di spot utama memaksa kami berlabuh di spot apollo kembung. Sesekali ikan parang sudi menyambar pensel yang dipersembahkan.

Berbaki 3 jam sebelum pulang, tekong nekad menuju ke spot utama walaupun kelihatan mendung dan beralun dengan alasan tidak mahu kami pulang tanpa hasil. Tiba di spot utama kelihatan cuaca mula reda dan laut mula tenang.

Berbaki 2 jam lagi sebelum pulang namun rezeki menyebelahi dengan hanya 1 jam 30 minit kami berjaya menaikkan 5 ekor tenggiri, 7 ekor talang dan seekor jenahak. Semua bersaiz kasar.

Salute dengan tekong turut sama mencuba berjigging bagi menambah hasil kami. Trip kedua dengan beliau, beliau pula yg bertungkus lumus mendaratkan hasil apabila melihat kami kecundang mabuk dibuai alun. Tabik tekong!”

baca juga tekong seastone

 

Wacana – Apa tugas lain tekong sportfishing??
gambar hiasan

 

Jeffreyson Esley

“Zulnizam Muhamad merupakan tekong rajin cari port untuk pastikan customer ada strike supaya customer x membangau. Hasil strike beliau sendiri pun dia bagi dengan customer. Tabik ini olang.”

IKLAN

 

Pak Sudir

“Semoga Pak Sudir mengambil iktibar dari setiap coretan dan kenangan para pemancing dalam ruangan ini untuk menjadi skipper atau tekong terbaik buat para pemancing yang menggunakan khidmat Pak Sudir.

Rezeki itu milik Allah, aku hanya mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Kumpau itu indah… strike itu satu anugerah.”

 

Mohd Amin Ali

“Tekong bot Kuala Dungun lagi best. Masa pergi mencandat sotong dulu. Sampai port dia turunkan pukat dia dulu. Dah kaut satu tong besar baru bagi mencandat. Dah kaut dengan pukat mana nak ada lagi sotong… hampeh!

Nasib baik abang saya pau dia sotong satu coleman penuh. Kalau tak rugi bayar sewa.”

IKLAN

 

Shawal Hasim

“Tekong Leman, Tekong Pakya, Tekong Pakdin, Tekong Paed… ni antara tekong terbaik tuas Tanjung Dawai dan Sungai Petani.

Tekong Rofi zal Abd Rahman, Tekong Bidi Angler’s, Tekong Mat Senyum, Tekong Mad Krie… antara tekong terbaik di tuas Payar.

Apa pun tekong dah try yang terbaik. Cuma rezeki dari Allah yang menentukan.”

 

Mohd Kamal Ali

“Aku sewa bot RM1,200 untuk 3 orang konon-konon nak selesa. Lepas tu dia (tekong) bawak awak-awak seorang dan kawan dia seorang.

IKLAN

Aku memancing kat belakang, dia memancing kat depan, tali dia berkali-kali berbelit dengan tali aku tapi dia buat bodoh.

Bot aku dan kawan-kawan sewa RM 1,200, dia dan awak-awak sama-sama memancing hasil yang dia dapat semua dia ambik. Dia jual hasil dapat dekat RM 1,000. Aku bayar sewa RM1200, makhluk yang menumpang foc dapat hasil hampir RM1000.

Tekong asalnya ok tapi bila dah banyak kali sewa macam hampeh. Harap-harap ada tekong yang baca.”

 

Wacana – Apa tugas lain tekong sportfishing??
Gambar hiasan

 

Tekong Leman

“Kalau pergi mengail harap tekong saja dok mengail casting sampai petang, esok tekong nak turun pulak.

Kalau hari-hari turun mau tercabut tangan. Kita sebagai pemancing kena la usaha. Jangan dok main bottom tapi nak tarik tenggiri. Balik darat kata tekong tak bagus la… tak cari ikan la.”

baca juga tekong jigging endau

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI