Nama penuh: Mohd Suhaimi
Nama FB: Amy Anglers
Usia: 35

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

AMY: Saya memancing sejak dari kecil lagi, selalu ikut atok pergi memancing dekat sungai-sungai.  Biasalah… budak-budak kampung, apa lagi nak buat?

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

AMY: Saya mula jadi tekong ni… masih baru lagi sebenarnya. Dalam 3-4 tahun begitulah. Hanya setelah saya berani bawa customer.

Sebelum bawa customer, saya perlu mahir dengan spot-spot ikan area Penyabong ni. Biasanya saya selalu keluar sendiri, atau bawa kawan-kawan sajalah.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

AMY: Kriteria yang perlu ada pada tekong mesti minat yang betul-betul padu. Kalau sekadar jadi tekong untuk cari makan, tentu susah untuk bertahan lebih lama dalam industri memancing ni.

Selain itu kenalah pandai cari spot dan yang penting mesti pandai jaga hati costumer. Kalau servis yang diberi bagus, jika kumpau pun customer takkan komplen.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

AMY: Mana-mana tekong berhadapan dengan rintangan yang sama. Cuaca dan stok ikan. Memang tidak dapat lari dari dua perkara utama ini.

Dan harapan pun membabitkan dua perkara ini jugak. Saya sentiasa berharap cuaca baik setiap kali keluar bawa customer dan ikan sasaran sentiasa ada untuk kepuasan semua pemancing.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

AMY: Pengalaman manis saya mestilah dapat ikan banyak waktu bawa customer… yang pahit pulak mestilah kumpaw teruk. Kalau saya nak kekalkan pengalaman ini sentiasa dan dijauhkan dari pengalaman pahit ini.

 

Pakej pancing:

 

Nama bot: OCEAN JIGGER

Saiz: 36kaki

Enjin: Suzuki 140hp twin

Harga sewa: RM1200

Jumlah pemancing: 7

Waktu memancing: 8am – 6pm

Lokasi memancing: Perairan Tioman

Jeti: Penyabong, Endau