Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Pada 14 Disember 2002, bertempat di perairan Ilha do Mel, Paranagua, Brazi, Renato Fiedler berjaya menewaskan seekor permit (bawal pinang) sebesar 60lb dengan menggunakan gewang plastik shrimp twin tail.
Selepas bertarung selama 45 minit, David Deuel berjaya menewaskan ikan red drum seberat 94.2lb di perairan Avon, North Carolina. Catatan ini dilakukan pada 7 November 1984.
Seekor aruan tasik gergasi (cobia) seberat 73lb 10oz berjaya ditewaskan oleh seorang pemancing bernama Robert Cunningham Jr. Kejayaan ini berlangsung pada 23 April 1999 di perairan Gulf of Mexico, Alabama.
Ads
Juga tanpa catatan waktu kejadian, George Hogan Jr berjaya menumbangkan seekor Atlantic snook gergasi seberat 41.8lb di perairan Jupiter, Florida. Beliau hanya mengambil masa selama 16 minit saja untuk menewaskannya.
Dengan menggunakan fly buatan sendiri dan bertarung selama 25 minit, Fouad Sahiaoui akhirnya berjaya menewaskan swordfish (ikan pedang) seberat 89lb 15oz di perairan Watamu, Kenya.
Ads
Pada 12 November 1989, James Orthwein berjaya mendaratkan seekor bonefish seberat 12lb di perairan Bimini, Bahamas, AS.
Pada 4 Ogos 2011, Gregory Myerson berjaya menewaskan seekor striped bass seberat 81lb 14oz di Westbrook, Connecticut.
Ads
Pada 18 Ogos 1988, selepas bertarung selepas 65 minit, Genes Grimes berjaya menewaskan spesimen gergasi Pacific halibut seberat 244lb.
Pada 4 January 2007, Gary Carter berjaya mengalahkan dolphin seberat 58pound, 3 ounce di perairan Panama.
Pada 13 Mac 1986, selepas bertarung lebih dari satu jam Del Brown akhirnya berjaya mendaratkan permit (pompano atau bawal pinang) seberat 41.5 pound. Pertarungan mendebarkan itu berlangsung di perairan Key West, Florida.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Orang Asli Jahai, adalah masyarakat pribumi yang mendiami kawasan persekitaran Royal Belum dan daerah Hulu Perak yang lain. Bahkan suku Jahai juga terdapat di sekitar daerah Jeli, Kelantan.
Suku Jahai adalah salah satu daripada 19 kumpulan Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Mereka diklasifikasikan di bawah susur galur puak Negrito (atau Semang). Mereka turut menggelarkan diri mereka sebagai Jah Jehai atau Orang Semang. Satu model perkampungan Orang Asli Jahai yang dinamakan Kampung Aman Damai telah dibina di sini.
Ia terletak tidak jauh dari Kem Pelancongan Sungai Tiang dan tujuan ia dibina bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi kehidupan Orang Asli Jahai kepada pengunjung dan para pelancong.
Perkampungan ini telah ditenggelami banjir besar pada musim tengkujuh lalu dan dibina semula oleh pihak Koridor Utara Malaysia (NCIA).
Kem Pelancongan Sungai Tiang Sungai Tiang, antara kem pelancongan yang sering menjadi pilihan bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana dan pemandangan panorama hutan hujan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun.
Di sini terdapat pelbagai kemudahan disediakan antaranya chalet, tapak perkhemahan, surau, bilik air yang lengkap dan generator pada waktu malam.
Sebuah pejabat renjer PTNP turut ditempatkan di sini. Bagi kaki pancing, campsite Sungai Tiang antara yang sering menjadi pilihan sekiranya mengambil pakej boating memancing di sekitar Sungai Tiang.
Sira Sungai Papan
Selain Kem Sungai Tiang, di Sungai Papan juga terdapat sebuah kem yang kini telah dinaik taraf. Tiada lagi nama Teratak Kijang merujuk kepada teratak lama yang pernah penulis kunjungi dahulu.
Di sini, terdapat dua buah jambatan gantung dibina bagi menghubungkan dengan daratan berhadapan Kem Sungai Papan.
Bagi yang belum mengetahui, tidak jauh dari jambatan gantung ini di sini terdapat sira atau batu mineral yang kerap dikunjungi oleh binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan haiwan lain.
Batuan yang mengandung mineral berkhasiat akan dijilat oleh binatang-binatang ini bertujuan untuk kesihatan. Tidak dibenarkan berkunjung ke sini tanpa pengawasan pihak renjer bagi tujuan keselamatan.
Air Terjun Kooi
Tidak jauh dari Kem Pelancongan Sungai Tiang, terdapat air terjun yang tidak kurang hebatnya. Untuk sampai ke sini, perlu berjalan kaki merentas denai sekitar 15 minit.
Sebelum sampai, pengunjung bakal mengenal nama pokok-pokok yang melatari sisi kiri dan kanan denai. Air Terjun Kooi, tingginya sekitar 40 meter, yang mana pengunjung akan dihujani tempias air dan deruan angin yang terbentuk dari ketinggiannya.
Untuk merasai kesejukan air ini, jangan lepaskan peluang untuk mandi di bawahnya. Bagi yang teruja untuk melihat bunga rafflesia atau pakma Royal Belum, tidak jauh dari air terjun ini, adalah lokasinya.
Anda perlu mendaki sekitar 10-15 minit lagi dan jika bernasib baik ketika kunjungan anda, pasti boleh melihat sendiri bunga terbesar di dunia ini ketika sedang kembang.
Di Royal Belum, terdapat tiga spesies bunga rafflesia iaitu, Rafflesia kerrii, Rafflesia cantleyi dan Rafflesia azlanii yang dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Fakta menarik Royal Belum
Kompleks Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua dari Hutan Amazon dan Hutan Congo, Afrika dan ia merupakan hutan tertua di dunia.
Terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum. Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temenggor empat kali ganda saiz negara Singapura.
Dari keluasan Kompleks Hutan Belum Temenggor ini, hanya Taman Negeri Diraja Belum berkeluasan 117,500 hektar yang diberikan status sebagai Taman Diraja pada 31 Julai 2003 oleh Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan digazet sebagai Taman Negeri Diraja Belum pada 3 Mei 2007.
10 spesies burung enggang, 3 jenis spesies rafflesia, 36 spesies akuatik & semi aquatik, 3000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 spesies ikan air tawar direkodkan wujud di sini.
Pakaian memancing merupakan kelengkapan yang cukup penting ketika anda keluar untuk memancing. Ramai pemancing yang tidak ambil kisah tentang pakaian ketika memancing.
Begitu juga dengan aksesori atau kelengkapan tambahan memancing. Faktor berikut perlu diberi perhatian dalam berpakaian disebabkan ianya melibatkan bahaya terhadap diri anda sendiri.
Pakailah pakaian yang dapat menutupi seluruh kulit anda. Penutup muka adalah optional. Pakaian yang baik dapat membantu mengurangkan risiko sunburn di siang hari dan kesejukan pada malam hari. Ia juga dapat menghindari gigitan serangga berbisa.
Pakailah pakaian yang tidak terlalu menyerlahkan penampilan anda. Atau dalam erti kata lain dapat menyembunyikan diri anda dari penglihatan ikan. Ini penting sekiranya anda memancing berdekatan dengan gigi air atau perairan cetek dan jernih.
Warna putih adalah amat baik pada siang hari sekiranya anda di tengah lautan ataupun di pesisiran pantai. Selain melindungi kulit dari pancaran terus cahaya matahari, warna putih juga membantu sekiranya jatuh ke dalam air dan hanyut.
Jika memancing di kawasan berlatar-belakangkan hutan dan pokok-pokok yang kehijauan, warna hijau ataupun celoreng adalah yang terbaik. Pakaian corak camouflage sekarang ini begitu mudah diperolehi walaupun tidak memaparkan hutan sebenar tempat kita.
Jika memancing di kawasan yang berbatu-batu besar, warna hitam adalah yang terbaik kerana ia akan membantu sebati dengan alam semulajadi.
Pada waktu malam warna yang terbaik adalah hitam atau biru. Asalkan bukan warna putih sebenarnya dah ok.
Pakailah pakaian yang longgar dan mudah untuk bergerak, tidak mudah koyak dan sebaiknya kalis cuaca. Dan paling baik lagi ialah pakaian yang menutup aurat.
Topi atau pelindung kepala juga amat perlu bagi melindungi kepala anda dari panas matahari, hujan dan embun. Faktor melindungi kepala ini amat penting disebabkan ianya boleh menjadikan kesihatan terjejas.
Pakailah kasut yang dapat menutupi keseluruhan kaki anda. Kasut hendaklah dapat mencengkam dgn baik di kawasan berbatu licin. Kasut yang baik dapat mengelakan anda dari kecederaan dan mengelakkan anda dari sengatan binatang berbisa.
Sarung tangan adalah optional akan tetapi jika anda memancing spesies yang besar dan menggunakan braided line, sarung tangan dapat memudahkan anda malah dapat memelihara tangan anda dari kecederaan.
Biasakan memakai tali pinggang, kerana tali pinggang boleh dijadikan tali penyelamat ketika keadaan kecemasan. Sebaiknya juga pakailah tali pinggang aktiviti luar dari bahan plastik yang boleh terapung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...