Dalam menjawab soalan ini, isunya terkait hukum memakan haiwan Jallalah, yakni haiwan yang halal dimakan tetapi memakan najis, ialah makruh tanzih menurut pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie.
Perkataan ‘Jallalah’ pada asalnya merujuk kepada unta yang memakan tinja haiwan sehingga nyata bau busuk keluar daripada haiwan tersebut. Namun hukumnya juga terpakai kepada haiwan-haiwan lain yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan ayam.
Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai bagaimana cara hendak mengenali haiwan Jallalah. Sebahagian mereka berpendapat jika majoriti makanan haiwan berkenaan najis maka ia diiktibar menjadi haiwan jallalah.
Manakala sebahagian lain termasuklah ulama mazhab Syafie, tidak mensyaratkan banyak atau sedikit, tetapi apabila zahirnya bau dan bau tengik atau busuk najis tersebut, seperti bau tinja yang dimakan itu, daripada haiwan tersebut, atau berubah dagingnya, pada warna, bau dan rasa.
Fuqaha juga berselisih pendapat pada hukum memakannya. Sebahagian mereka menyatakan halal memakannya, sebahagian juga mengatakan haram memakannya. Pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie ialah makruh tanzih. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar r.a., yang bermaksud, “Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan.” – Hadis riwayat Imam Abu Daud.
Meskipun hadis berbentuk larangan, namun larangannya bersifat makruh tanzih kerana kuantiti najis itu tidak cukup banyak untuk mengubah daging itu, justeru ia tidak menjadi haram. Larangan ini juga mencakupi hukum bagi telur, contohnya telur ayam atau burung.
Para ulama juga berpendapat cara untuk menghilangkan hukum makruhnya ialah:
Dengan mengkuarantinkan haiwan Jallalah sehingga bau busuk itu hilang;
Dengan memberi makan makanan yang halal sehingga hilang baunya;
Mengkuarantinkan selama tiga hari atau lebih sehingga hilang baunya. Inilah pendapat dalam mazhab Hambali.
Justeru, melihat kepada keterangan di atas, ikan keli atau patin yang diberi makan daging adalah termasuk dalam kategori Jallalah jika zahir bau dan bau tengik daging babi tersebut.
Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantin ikan tersebut selama 3 hari sehingga hilang bau najis sebelum dimakan atau dijual.
Umpan tiruan atau lebih senang disebut sebagai gewang merupakan terminal tackle yang amat penting dalam aktiviti memancing terutamanya dalam metod sukan memancing. Sekiranya anda ingin menggunakan gewang, sedikit sebanyak tip perlu diketahui.
Gewang berkualiti
Oleh kerana kebanyakan gewang berbadan keras perlu berenang cantik untuk menggoda sambaran, apa yang anda lihat mencakop di rak kedai pancing itu tidak akan membantu jika ia tertonggeng atau meluncur di permukaan air selepas dilontar.
Gewang jenama popular lazimnya diuji dalam kolam mini sebelum dipaket, jadi ia pasti berenang elok sebaik saja keluar dari paketnya.
Kebanyakan gewang berkualiti tinggi diuji setiap unit apabila disiapkan dan kadar penghasilannya lebih perlahan berbanding gewang bajet yang bagaikan peluru dimuntahkan dari mesin acuannya.
Gewang softplastic
Gewang softplastic (SP) yang semakin banyak dan pelbagai memang menakutkan kita melihatnya. Tetapi ia memang berkesan sejak sekian lama. Lazimnya semua jenis dan warnanya adalah bagus dan sesetengahnya lebih berkesan berbanding gewang lain.
Dua perkara perlu diingat jika menggunakan sp iaitu mata kail dan jig head berkualiti dan saiz sp yang digunakan relatif dengan mangsa semulajadi ikan sasaran.
Anda boleh mengelak dari membeli sp murah tetapi anda tak boleh lari dari mata kail tumpul, murah dan lembut padanya atau jid head yang tidak berpadanan atau beratnya tidak seimbang dengan gewang.
Rajin-rajinlah guna tali atau perambut sehalus mungkin agar tidak mencacatkan pergerakan gewang anda.
Membeli perkakasan terminal sama seperti membeli barangan lain. Tanyalah apa sahaja kemusykilan kepada operator kedai pancing.
Saya berminat untuk memiliki bot dan anggaran kos yang mampu saya beli adalah sekitar RM3,000 termasuk sampan dan enjin sangkut. Keperluan ini hanya untuk memenuhi minat memancing di lombong atau tasik dan mudah disimpan dan digunakan.
JAWAPAN:
Terdapat banyak model sampan dan enjin sangkut dari pelbagai pengeluar termasuk model berharga ekonomi dari negara Korea dan China. Dengan kos yang saudara berikan saya akan pecahkan kepada dua pembelian sampan dan juga enjin. Kesesuaian penyimpanan dan mudah dialihkan mengikut kehendak pemancing.
Sampan yang sesuai untuk dibawa di atas bumbung kereta bersaiz 12 atau 13 kaki dengan lebar lebih kurang 4 kaki. Namun bagi bot fiber yang bersaiz 10 kaki dengan kelebaran 3 kaki 10 inci juga sesuai untuk dibawa di atas bumbung kereta dengan menggunakan “roofrack”. Harga bot fiber ini di antara RM750 hingga RM1,200 mengikut model dan pengeluar sampan.
Enjin sangkut yang sesuai perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan kuasanya mampu menggerakkan sampan di kawasan padang pancing. Bagi penggunaan di lombong atau tasik, Kuasa kuda (hp) hanya memainkan peranan untuk bergerak pantas ketika menukar lubuk ketika memancing atau mengejar ‘boiling’ ikan misalnya.
Enjin sangkut 2.5 kuasa kuda juga sudah memadai untuk bergerak di kawasan lombong atau tasik yang tidak luas. Harga bagi enjin sangkut ini lebih kurang RM2,000 mengikut harga pasaran semasa. Dalam keterangan di atas, saudara bolehlah membuat pilihan sekali gus merealisasikan impian memiliki sebuah bot fiber dan enjin sangkut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...