Pada 11 Mei 1979, Billy Pate berusaha keras untuk menewaskan seekor tarpon (bulan) seberat 182 lb. Kejadian itu berlaku di perairan Homosassa, Florida.
gambar hiasan
George Hogan berjaya menewaskan tarpon gergasi seberat 106lb di perairan Marathon, Florida pada tarikh 10 Jun 1992.
James Holland berjaya mendaratkan tarpon seberat 202.5 pound di Chassahowitz, Florida pada 11 May 2001.
Billy Pate berjaya menewaskan tarpon seberat 188 pound di perairan Homasassa, Florida pada tahun 1982.
Ads
Mario Salazar berjaya mengalahkan tarpon seberat 283 pound pada tanggal 19 March 1956, di perairan Venezuela.
gambar hiasan
Pada tanggal 10 May 2010, Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan 194.5 pound tarpon di perairan Pine Island, Florida.
Sailfish
Ads
Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan Pacific sailfish (layaran Pasifik) terbesar yang pernah tercatat. Seekor sailfish raksasa seberat 220 lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.
Bertempat di perairan Santa Cruz Island, Ecuador pada 12 Februari 1947, Carl Stewart berjaya menewaskan seekor Pacific sailfish (layaran Pasifik) seberat 221 lb.
Ads
Bertempat di perairan Pinas Bay, Panama bertarikh 18 Januari 1962, Dr. Webster Robinson berjaya menewaskan ikan layaran Pasifik seberat 74 lb 8oz.
Pada 7 September 1974 di perairan Salinas, Ecuador, Santiago Maspons berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 168lb.
Pada 5 Julai 1993, selepas mengarau kekili hanya selama 6 minit, Jerry Dunaway berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 111lb. Pertarungan hebat itu itu berlangsung di perairan Flamingo Bay, Costa Rica.
Raleigh Wertking berjaya menewaskan 141.5 pound Pacific sailfish di perairan Pinas Bay, Panama pada 27 December 27 1989 hanya selepas bertarung selama 8 minit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Nama globalnya ada pelbagai dari mahi-mahi, dorado atau dolphin. Namun di negara kita, ia lebih dikenali sebagai ikan belitong atau belitung. Ikan dengan nama saintifik Coryphaena hippurus merupakan ikan air masin daripada keluarga Coryphaenidae. Ikan ini boleh ditemui di perairan luar pantai atau laut terbuka di kawasan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana di serata dunia.
Ikan belitong mempunyai badan yang nipis namun padat, panjang dan lebar terutama pada bahagian kepalanya. Ia mempunyai sirip dorsal yang memanjang daripada bahagian kepalanya sehingga mencecah hampir ke ekornya.
Sementara ikan belitong jantan mempunyai bonggolan yang ketara pada bahagian kepalanya. Lazimya saiz kepalanya juga besar sementara ikan belitong betina pula mempunyai bentuk kepala yang lebih membulat.
Ikan ini sangat senang untuk dikenal pasti meski dari jauh kerana warna badannya yang sangat menonjol dan lain daripada yang lain. Ia mempunyai warna badan yang terang berwarna neon kebiruan, hijau dan kuning. Ia selalunya akan berlegar berhampiran permukaan dalam kelompok yang besar atau kecil, terutama berhampiran dengan objek-objek terapung seperti kayu-kayan, rumpai dan lain-lain.
Ikan belitong dikatakan sebagai ikan yang paling cepat membesar di dunia. Ia boleh membesar sehingga lebih 20 kg dalam masa beberapa sahaja. Walau bagaimanapun saiz ini sangat jarang ditemui, dengan berat kebiasaannya adalah 10kg ke bawah. Tumbesarannya yang sangat cepat ini dikaitkan dengan jangka hayatnya yang pendek, iaitu sekadar kira-kira lima tahun.
Meskipun begitu mengikut rekod dunia yang dicatatkan oleh persatuan IGFA, ikan belitong seberat 39.5kg atau 87lb telah berjaya ditangkap di Lautan Pasifik berdekatan Costa Rica pada tahun 1976.
Sesuai dengan nama lainnya iaitu mahi-mahi, yang bermaksud ‘sangat kuat’ dalam Bahasa Hawaii, ikan belitong merupakan ikan pelagik yang sangat agresif terutama ketika menyambar mangsanya. Tidak kiralah belitong yang bersaiz besar atau kecil, ikan ini akan terus melompat-lompat apabila terkena pancing yang dihulur dalam usahanya untuk melepaskan diri, memberikan pertarungan yang hebat kepada pemancing.
Selain itu ikan belitong mempunyai daya renangan pantas yang sangat tinggi. Kepantasan pecutannya boleh mencecah sehingga kelajuan 50 knot yang bersamaan dengan 92.6 kmsj atau 57.5 bsj. Oleh yang demikian, tidak hairanlah ikan belitong dianggap sebagai game fish ideal yang menjadi buruan ramai kaki pancing rekreasi dan ditempatkan pada tangga ke-6 di antara 100 jenis game fish teratas di dunia.
Bagi pemancing yang baru menceburi acara memancing laut dalam, mereka menganggap jika berjaya menjinakkan ikan spesies berparuh ini sebagai lesen besar laut dalam! Ia sebenarnya bukan satu tanggapan berlebihan kerana ikan ini dikelaskan sebagai salah satu game fish utama dunia.
Sesetengah penyelidik berpendapat ikan layaran ini adalah spesies tunggal dengan nama umumnya Indo-Pasific sailfish. Namun ada juga penyelidik yang mendakwa terdapat dua jenis sahaja ikan layaran yang wujud iaitu Indo-Pasific sailfish dan Atlantic sailfish. Namun dalam pengkelasan taksonomi, hanya spesies Istiophorus platypterus yang dicatatkan.
Ikan layaran dikategorikan sebagai keluarga ikan billfish iaitu ikan yang bermuncung panjang atau berparuh, satu keluarga dengan ikan mersuji dan ikan pedang (marlin dan swordfish).
Berbanding mersuji, ikan layaran memiliki sirip dorsal umpama layar kapal yang kembang menawan dengan warna hitam kebiruan. Lawi pada bawah bahagian tengkuk (sirik pektoral) memanjang hampir ke setengah badan. Sirip layar, paruh dan lawi adalah ciri-ciri utama bagi seekor ikan layaran ini.
Layaran mampu membesar panjang sehingga 11 kaki panjang dan maksimum menurut rekod IGFA ialah 100.24 kg yang ditangkap di perairan Equador. Ia boleh dikatakan membiak sepanjang tahun di kawasan perairan tropika dan sub-tropika. Tiada musim tertentu waktu pembiakannya.
Ikan pelagik ini biasanya ditemui di atas garisan suhu termocline (memisahkan suhu air sejuk di bawah dan air panas pada paras atas). Sesuai dengan ikan beriklim tropika, ia banyak ditemui di lokasi laut bersuhu sederhana dan kebanyakan waktunya berlegar di permukaan air.
Ia boleh berada di kawasan lautan sedalam 1000 meter dan juga persisiran pantai di mana paras air kurang 20 meter. Walaupun berada di lautan dalam, spesies ini tidak akan berada lebih dari 100 meter kedalaman air.
Jika diperhatikan, lokasi yang lumrah ikan ini ditemui di Semenjanjung ialah di sekitar unjam (pantai Timur), Pulau Jarak, Pulau Bidan, sekitar uas dan Tukun Perak di Pantai Barat.
Amnya, lokasi permainan layaran ialah di kawasan yang diketahui banyak terdapat kumpulan ikan kecil yang merupakan sumber diet utamanya.
Di pantai barat, ikan ini lebih tertumpu di sekitar pulau berbatu kecuali di tuas manakala lokasi di pantai timur semenanjung pula ia lebih gemar pada gugusan unjam darat mahupun laut.
Sabah juga tidak boleh dinafikan sebagai syurga bagi layaran terutama di lokasi terumbu dan jurang laut di pinggir pulau.
Yang menarik tentang layaran ialah tabiat semulajadinya yang gemar melakukan aksi akrobatik ke udara pada awal pagi dan menjelang senja. Waktu itu anda hanya mampu melihat kerana ia tidak berminat dengan umpan.
Jika kumpulannya banyak, anda boleh lihat sehingga melebihi 5 ekor melonjak ke udara serentak dan di sudut lain kumpulan layaran melakukan senaman unik.
Bagi spesies ikan yang banyak berlegar di sub permukaan air, makanan utamanya pula pastilah dari jenis pelagik seperti kembung, pelaling, anak tongkol, selar, selayang, tamban, lolong, selar kuning serta bilis. Anak tongkol, kembung dan pelaling boleh disifatkan sebagai kegemaran manakala tamban, selar dan sotong cumit sebagai alternatif.
Tempat kumpulan ikan pelagik berkumpul dan bermain juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi layaran.
Nama binomial: Istiophorus platypterus
Famili : Istiophoridae (billfish)
Ciri fizikal : Ikan berparuh yang mana bahagian atas lebih panjang, sirip dorsal pertama dan kedua bersambung dan ia cantik apabila dikembangkan seperti layar, ekor bercabang
dan lawi memanjang keluar dari bahagian bawah badan. Badan berbelang tetapi tidak berapa terang apabila dikeluarkan dari air.
Habitat : Mendiami lautan tropika bersuhu panas dan sederhana. Sejenis ikan pelagik yang banyak menghabiskan masa di sub permukaan air.
Taburan : Dari lingkung utara India hingga Selatan Pasifik Australia, Laut Mediterranean, Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulu.
Secara etimologi, Hampala adalah merujuk dari nama bahasa Jawa bagi menjelaskan ikan untuk genus ini. Hampala ialah genus bagi 6 spesies ikan dalam keluarga besar Cyprinidae (ikan kap) dan 3 Spesies utama daripada genus ini ditemui Asia Tenggara.
3 Daripada spesies ini boleh ditemui hanya di Kepulauan Borneo dan perairan Indonesia itu Hampala macrolepidota, Hampala bimaculata dan Hampala ampalong.
Sebagaimana yang ramai ketahui, H. macrolepidota yang dikenali sebagai jungle barb atau sebarau merupakan spesies yang boleh ditemui Semenanjung Malaysia dan Borneo.
Namun bagi spesies H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Sebarau dua belang ini dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia.
Lantaran ia tidak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia maka ia menjadi ikan sukan sasaran para pengilat yang berkunjung ke kepulauan Borneo terutamanya di Sarawak. Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan). Selain ditangkap sebagai sumber protien, ikan sebarau dua belang juga amat popular dalam aktiviti sukan memancing.
Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Menurut pemancing yang pernah memancing sebarau biasa dan sebarau dua belang ini, dari segi penampilan fizikalnya juga memang berbeza dengan kepala yang lebih besar dan nampak garang.
Badan yang lebih aerodinamik melawan arus dan panjang serta dua belang hitam melintang di tengah badan dan pangkal ekor menampakkan lagi kelainan sebarau Borneo ini.
Dalam pada itu sesetengah pemancing mendakwa sebarau dua belang ini sebenarnya turut ditemui di Semenanjung Malaysia namun taburannya amat kecil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...