Wright & McGill Co. melakar sejarah besar sejak 90 tahun yang lalu dan dimulai dengan dua pemancing muda di Denver, Colorado. Pada akhir 1920-an Drew McGill dan Stan Wright membentuk Wright & McGill Co.
Perusahaan mata kail inovatif yang sekarang Eagle Claw dimulai ketika McGill menghabiskan waktu melakukan apa yang paling disukainya, pancingan layang di Sungai Colorado. Pancingan pagi itu tidak sebagus yang seharusnya, meskipun rainbow trout frenzy, mereka sulit untuk dipancing.
Kisahnya…
Ads
Ketika beristirehat, Drew memerhati dua ekor helang besar berlegar di ruang udara. Salah satu helang perlahan-lahan berputar ke bawah dan mendarat di puncak pohon kapas yang sudah mati, cakar runcingnya yang tajam menembus dengan mudah kayu yang lapuk.
McGill kagum dengan kemampuan helang yang luar biasa menangkap ikan di atas air dan pikirannya beralih ke kekuatan penetrasi cakar mematikan itu, dibandingkan dengan kekuatan penetrasi mata pancing yang beliau gunakan.
Ads
McGill tertarik dengan ilham barunya dan merasa terdorong untuk menguji mata kailnya sendiri dengan menyeretnya ke atas tali beg kulit. Goresan mata kait meninggalkan tanda pada tali beg kulitnya tetapi tidak menembusnya. McGill kemudian menggunakan playar untuk membentuk mata kail agar menyerupai bentuk khusus cakar helang dan menguji pada tali kulit.
Ads
Kali ini kait itu menusuk kulit tebal. McGill terus mengubah suai mata kailnya hari itu dan dengan penuh harapan untuk memancing keesokan harinya. Hasilnya McGill berjaya mendaratkan banyak ikan!
McGill tidak tertangguh mereka cipta mata kailnya yang baru dan lebih baik dengan menggabungkan hujung yang tajam dan design melengkung yang terinspirasi oleh cakar helang. Ketika Wright dan McGill duduk untuk memberi nama produk baru mereka, apa lagi nama yang lebih baik selain Eagle Claw?
Mata kail itu pantas menguasai pasaran berikutan inovasi hebatnya dalam industri memancing selepas ratusan tahun. Itulah kisah luar biasa burung yang membangunkan industri memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin jelaskan sikit perbezaan antara gewang replika ikan selaman cetek dan selaman dalam? Dan perbezaan kegunaannya juga.
JAWAPAN:
Paling mudah untuk mengetahui spesifikasi sesuatu jenis gewang adalah dengan cara melihat corak bip atau lidahnya.
Tahap atau status selaman sesuatu gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang.
Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Semakin besar atau panjang lidah gewang bermakna semakin dalam renangannya.
Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk `L’ kecil.
Lazimnya spesifikasi gewang ini tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam dan shallow runner pula membawa maksud selaman cetek.
Sementara bagi fungsi kegunaan ini pula merujuk kepada kedalaman air. Bagi gewang selaman cetek, ia boleh digunakan digunakan di kedua-dua paras kedalaman air.
Ia berfungsi untuk memikat pemangsa yang mencari makan di pertengahan air atau di bawah permukaan air.
Manakala gewang selaman dalam hanya sesuai digunaikan di kawasan air yang dalam. Sekiranya ia digunakan di perairan yang cetek maka ia menyodok dasar atau tersekat.
Jika menyasarkan pemangsa yang mencari makan di dasar air maka gewang selaman adalah pilihan yang tepat.
Namun, kebanyakan dasar perairan negara kita dipenuhi dengan struktur atau objek yang akan menjadi halangan kepada selaman gewang. Atau dalam erti kata lain gewang tersebut akan mudah tersangkut.
Saya masih baru lagi dalam dunia memancing terutamanya pancingan laut dalam. Jadi saya ingin tahu serba sedikit berkaitan assist hook. Apakah assist hook dan apa pula kegunaannya?
JAWAPAN:
Pada asasnya, assist hook sebenarnya tidak lebih daripada sebentuk mata kail yang dipadankan dengan tali sulaman pendek yang kuat atau kevlar. Atau dalam erti kata lainnya assist hook merupakan satu atau dua mata kail yang telah disambungkan melalui sesuatu ikatan dengan kevlar. Konsepnya sama sahaja dengan mata kail yang telah diikat dengan perambut tangsi atau tali sulam.
Namun assist hook lebih sinonim dengan teknik pancingan mengunjun kepingan besi (jig) atau jigging. Lazimnya juga assist hook ini dipasangkan pula pada split ring. Secara mudahnya, assist hook ialah mata kail khusus yang dipasang jig.
Penggunaan assist hook dalam teknik jigging adalah penting untuk meningkatkan peratusan ikan tercangkuk pada mata kail ketika anda strike ikan. Sambungan terus mata kail pada jig juga boleh digunakan dan ia bukanlah kesalahan. Namun peratusan hook up menggunakan assist hook adalah lebih tinggi.
Selain itu pengunaan assist hook ini turut dapat mengelakkan ikan terlucut atau pun terlepas kerana cangkukkan mata kail lebih solid. Malah dengan menggunakan assist hook dua mata kail membolehkan mata kail yang bebas bergerak (yang tidak tercangkuk pada ikan) tercangkuk pada bahagian ikan lainnya pula. Sekaligus ia menambahkan lagi hook up atau umpama tambahan insuran.
Assist hook biasanya dijual secara berpasangan namun seeloknya buatlah sendiri kerana anda akan lebih berpuas hati dan ia perkara mudah untuk membuatnya dan yang paling penting ia menjimatkan wang anda.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...