
SOALAN:
Saya kerap memancing di kelong, rumah rakit dan juga sangkar tapi tak pernah cuba teknik casting. Ada potensi tak kalau casting di kawasan macam ni? Kalau boleh, apa jenis gewang paling sesuai untuk digunakan? Untuk pengetahuan admin terdapat ikan pemangsa seperti siakap, barracuda dan senangin.
JAWAPAN:
Tentu saja boleh. Tiada masalah untuk anda cuba casting menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas ngkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Korang Tanya Umpan Jawab -(S7S6)- Pemilihan Set Pancing??

Saya memahami dengan jelas kekeliruan yang anda alami kerana saya sendiri pernah mengalami perkara yang sama suatu ketika dahulu.
Untuk menyelesaikan kekeliruan ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Pertama sekali kita perlu memahami peranan dan kegunaan dua jenis perambut ini.
Secara mudahnya bolehlah dirumuskan penggunaan perambut ini bergantung kepada ikan sasaran dan lubuk.
Sekiranya lubuk itu didiami oleh ikan hidup secara berkumpulan (seperti ikan merah atau ibu kerisi), maka penggunaan perambut apollo 2 atau 3 mata kail adalah lebih sesuai.
Ini adalah kerana secara logiknya ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini memiliki tabiat makan secara berebut.
Oleh yang demikian, peluang untuk mendaratkan ikan lebih dari satu ekor pada satu-satu masa adalah lebih tinggi jika menggunakan perambut apollo 2 mata kail.
Sementara perambut panjang ini lebih sesuai untuk memikat ikan yang meronda atau mendiami lubuk secara bersendirian atau dalam kumpulan yang kecil.
Sementara panjang pendek perambut bergantung kepada arus dan juga jarak antara pemancing di atas bot.
Boleh dikatakan perambut panjang ini lebih efektif penggunaannya berbanding perambut apollo.
Akan tetapi, sekiranya anda atau ahli trip yang lain berjaya mendaratkan ikan yang hidup dalam kumpulan besar ini dengan menggunakan perambut panjang, maka segeralah menukar kepada perambut apollo.
Kehebatan Pemancing Wanita Sedunia

Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing wanita atau lady anglers seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Pada 20 Mei 1961, seorang lagi lady angler bertarung sehingga 50 minit untuk menewaskan goliath grouper atau kertang gergasi. Lynn Joyner berjaya mendaratkan kerapu monster seberat 680lb itu di Fernandina Beach, Florida, AS.
Lady angler, Mrs. Jane Haywood berjaya menaikkan Pasific snook seberat 52.6lb. Beliau mengambil masa selama 30 minit menggunakan kekili Pen Spinfisher, joran Wright & McGill No, B95H dan juga tali Wright & McGill.
Sementara Jeanne Woods pula, juga seorang lady angler berjaya menewaskan great barracuda (alu-alu gergasi) seberat 44.1lb pada 30 November 1986. Pertarungan yang memakan masa selama 55 minit itu berlangsung di perairan Groote Eylandt, N.T, Australia.
Selepas bertarung selama 20 minit, seorang lady angler bernama Bernadette Nicolson berjaya menewaskan Atlantic sailfish di perairan Luanda, Angola. Rekod peribadi yang beliau cipta itu berlaku pada 20 Februari 1994 dengan menggunakan gewang Moldcraft 8-inch hooker.
Pada 29 Februari 1992, seorang lagi lady angler, Cheryl Adams berjaya menewaskan seekor mako shark (jerung mako) seberat 634lb 140z di perairan Port Stephens, Australia.
Bertempat di perairan Seymore River Estuary, Queensland, Australia pada 12 Jun 1996, seorang lady angler bernama Esme Henderson berjaya menewaskan seekor giant trevally (gerepoh) seberat 77.2lb.
Sophi Grover berjaya menumbangkan striped marlin seberat 194lb di perairan Port Stephens, New South Wales, Australia pada 10 January 2010.
Pacific blue marlin seberat 296lb 14oz berjaya ditangkap di perairan Bateman’s Bay, Australia, oleh lady angler Melanie Kisbee dengan memakan masa selama 90 minit.
Sementara itu pada 18 December 2007, seorang lady angler Stacey G. Parkerson pula berjaya menewaskan mersuji yang lebih berat iaitu 187pound 4 ounce. Pacific blue marlin itu dipancingnya di perairan yang sama iaitu Playa Carillo, Costa Rica.
Lady angler berusia 15 tahun, Sara Hayward berjaya menewaskan cobia (aruan tasik) seberat 184lb di perairan Cabo San Lucas, Mexico pada 29 July 2005.
Seorang lady angler, Stacey G. Parkerson berjaya menewaskan Pasific sailfish seberat 56pound 15 ounce di perairan Playa Carillo, Costa Rica pada 30 January 2008.
Sementara seorang lagi lady angler, Eryn Jacobsen berjaya mendaratkan Pacific blue marlin seberat 400pound 12ounce pada 20 February 2011, bertempat di perairan North Cape, New Zealand.
Pada 28 September 2011, lady angler Eryn Jacobsen berjaya menewaskan bluefin tuna seberat 911 pound di perairan Cape George, Nova Scotia, Canada.
Pada 25 June 1987, lady angler Kelly Everete berjaya menundukkan 1,103.5pound Pacific blue marlin di perairan Kona, Hawaii.
Wahoo terbesar yang pernah ditangkap adalah dari Cabo San Lucas, Mexico dan rekod dunia ini dipegang oleh seorang wanita, Sara Hayward. Pada tahun 2005, Sara bertarung dengan wahoo seberat 183lb melalui teknik trolling dan rekod ini masih belum ditewaskan.
Lady Anglers di Bung Pla buk, Ayyuthaya @

Bung Pla Buk merupakan kolam pancing air tawar komersial bersaiz sederhana kira-kira tiga jam perjalanan atau 230km dari Pattaya. Ia terletak kira-kira 20 km ke barat ibu kota wilayah bersejarah Ayutthaya dan lebih kurang satu jam perjalanan dari Bangkok.
Bung pla buk atau bung senna mengikut sebutan masyarakat tempatan ini mempunyai banyak ikan patin terutamanya patin Mekong. Kami diberitahu oleh pihak kolam bahawa kolam ini mempunyai lebih daripada 200 ekor ikan patin Mekong bersaiz 80 kg atas. Ikan di sini kebanyakannya memakan sekam padi atau hong, dicampurkan dengan roti hancur.
Pada akhir Julai lalu kami bersama team Weebass Malaysia dan Thailand dan juga team Burn International meluangkan masa selama dua hari di sini. Kumpulan kami seramai 18 orang dari seluruh Malaysia ke sini untuk mencuba peralatan baru dari Weebass dan Burn International. Selain itu, misi kami untuk dua hari ini adalah untuk memberi peluang kepada lady anglers dalam kumpulan kami menarik ikan patin Mekong mega.
Pada hari pertama, cuaca pada waktu pagi agak mendung. Ini menyebabkan ikan tidak begitu aktif. Walau bagaimanapun, kami dapat juga menaikkan lebih daripada 10 ekor ikan sebelum tengah hari. Haiza turut menaikkan seekor patin Mekong bersaiz 30 kg. Sebelah petang sekitar jam tiga, hujan turun pula turun lebih kurang 30 minit.

Selepas hujan cuaca bertukar panas dan kembali aftif. Kami menaikkan banyak ikan berlainan saiz. Sebelum senja, beberapa ekor ikan bersaiz mega berjaya dinaikkan. Salah satu daripadanya dinaikkan oleh tester Weebass Thailand dengan anggaran berat sekitar 80kg.
Pada hari kedua, cuaca juga agak mendung dan tiupan angin agak kuat berbanding kelmarin. Ini menyebabkan kami tidak dapat memancing dengan teknik apungan. Kami dipaksa memancing teknik dasar menggunakan umpan roti sahaja.
Walau bagaimanapun selepas beberapa jam, hasrat kami tercapai juga apabila kesemua lady anglers berjaya bertarung dan menaikkan patin Mekong masing-masing.
Hujan lebat yang melanda pada sebelah petang menyebabkan kami terpaksa menamatkan sesi memancing lebih awal. Selepas meluangkan dua hari di kolam, kami amat gembira kerana misi kami tercapai. Haiza selaku ketua lady anglers turut gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu yang begitu menyeronokkan.
Meskipun sesi memancing di sini agak mencabar, kami akan membuat perancangan untuk kembali lagi pada musim panas nanti. Kami percaya cabaran yang bakal kami tempohi nanti lebih mencabar dan penuh keseronokan!
GALERI LADY ANGLERS