
‘Shock leader’ ataupun bahasa mudahnya perambut kejutan atau perambut serap tekanan merupakan penyambung tali sulam dengan tali perambut yang biasa diperbuat daripada bahan fluorocarbon. Penggunaan ‘shock leader’ ini semakin meluas digunakan bagi kaki pancing yang menggemari teknik casting, jigging atau trolling.
Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Kelebihan inilah menjadikan ‘shock leader’ ini sering digunakan kaki pancing masa kini, terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.
Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101
Korang Tanya Umpan Jawab -S10S11- Penjelasan tentang teknik trolling??

SOALAN:
Saya sangat jarang atau boleh dikatakan belum pernah memancing dengan menggunakan teknik trolling. Boleh tak admin terangkan serba sedikit berkaitan teknik trolling?
JAWAPAN:
Trolling atau dalam bahasa Melayu, menunda ialah satu teknik memancing secara tundaan menggunakan gewang selaman pada ketika bot bergerak.
Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular diapliksan di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran.
Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Soal Jawab Mancing – Boleh Ke Guna Mata Tunggal Untuk Gewang Permukaan?

SOALAN:
Saya nak minta pencerahan berkenaan single hook pada gewang top water / minnow dan depth. Untuk jenis snakehead (toman) adakah pengunaan single hook sesuai untuk kita guna pada gewang untuk memburu toman?
JAWAPAN:
Pada asasnya, kegunaan mata tunggal bagi menggantikan treble hook atau mata tiga pada gewang (termasuklah gewang permukaan, minnow, depth dan sebagainya) bagi mengatasi masalah sangkut. Ini kerana kebanyakan perairan air tawar di negara kita banyak memiliki struktur atau objek sama ada di permukaan atau di bawah air. Dengan menggunakan single hook maka ia dapat mengurangkan risiko sangkut berbanding mata tiga.
Bagi peratusan hook up pula tentu saja single hook lebih rendah berbanding mata tiga kerana ia hanya mempunyai satu mata cangkuk. Tetapi, dari segi faktor kejayaan pula, ikan yang tercangkuk pada mata tunggal amat tinggi peratusan untuk didaratkan berbanding mata tiga kerana lazimnya mata tunggal tahap cangkukannya lebih solid. Berdasarkan pada kenyataan ini anda bolehlah menilai sendiri mata kail jenis apa yang sesuai untuk digunakan pada gewang.
Saya secara peribadi menggunakan kedua-dua jenis mata kail ini untuk memancing toman. Untuk gewang crank atau selaman dalam, saya lebih gemar memilih mata tunggal. Sementara gewang permukaan dan selaman cetek pula saya gunakan mata tiga.
Selain menyambar gewang (dengan mulut), toman turut bertindak memukul gewang dengan bahagian kepalanya (tindakan menjaga kewilayahan), dengan menggunakan mata tiga maka peluang untuk ia tercangkuk pada anggota badan toman juga tinggi berbanding mata tunggal.
Korang Tanya Umpan Jawab -S8S18- Berapa banyak jenis joran yang ada?

SOALAN:
Boleh tak admin jelaskan berapa banyak jenis joran yang ada dan kalau boleh terangkan juga perbezaan dan fungsinya?
JAWAPAN:
Pada asasnya joran atau fishing rods terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu pole rod, batcasting rod dan spinning rod.
➡ Pole rod (joran beradu)
Pole rod adalah merujuk kepada joran yang paling asas iaitu joran yang tidak memiliki cincin (guide) dan tidak menggunakan kekili.
Hanya pada hujung joran atau tip sahaja terdapat seutas tali yang digunakan untuk menyambungkannya dengan tali utama.
Pole rod ini digunakan secara meluas dalam teknik pole fishing atau course fishing. Di Malaysia, lazimnya pole rod ini digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti sepat, puyu serta udang galah di kolam-kolam komersial.
Namun kini kegunaan joran beradu ini telah dipertingkatkan untuk bertarung dengan ikan-ikan monster.
➡ Baitcasting rod (joran kekili menegak)
Baitcasting rod atau joran yang dipadankan dengan kekili menegak ini boleh dianggap sebagai joran yang berlawanan dengan joran untuk kekili mendatar.
Selain itu baitcasting rod ini lazimnya memiliki trigger atau pemetik bagi mengukuh lagi pegangan tangan pada joran dan kekili.
Ini adalah kerana kekili pada joran ini akan diletakkan menegak di atas joran. Selain itu terdapat beberapa ciri lain yang membezanya.
Spinning Rod (joran kekili mendatar)
Secara asasnya spinning rod ini adalah sama sahaja dengan baitcasting rod. Perbezaan paling ketara joran ini tidak memiliki trigger sebagaimana joran kekili menegak.
Disebabkan joran ini digunakan bersama kekili mendatar maka cincin pertama joran lebih besar berbanding joran kekili menegak.
Begitu juga dengan jumlah cincin lazimnya ia lebih sedikit berbanding baitcasting rod.
Berasaskan spinning rod juga ia dikembangkan untuk kegunaan pancingan lain seperti fly fishing, surfcasting, ice fishing, telescopic rod dan sebagainya lagi.