Siakap merupakan spesies idaman ramai pemancing kerana kesukaran mendapatkannya dan keseronokan melayannya. Justeru itulah ada yang berusaha pelbagai cara untuk memperolehinya walaupun dengan kaedah meragukan.
Sebelum turun memancing, jangan sesekali mengerjakan pancing seperti memasang mata kail dan batu ladung pada waktu malam. Jika dilanggar pantang larang ini, esoknya pancing kamu tidak akan disentuh ikan.
Sebagai usaha kita disamping ketentuan nasib, sebaiknya koyan dan tali pancing baru, sebelum digunakan, ditangas (diasapi) dahulu dengan membakar bola sepak yang tidak digunakan lagi. Makrifat di hati kita sebagaimana bola dikejar pemain ke sana ke mari di atas padang, begitulah juga pancing kita akan dikerumuni ikan.
Ads
Sebaiknya ikan pertama yang mematuk umpan pancing baru kita, biarlah dari jenis ikan yang bersisik. Lagi besar ikan-ikan dari jenis ini lagi baik. Pancing kita akan berezeki dan selalu dipatuk ikan-ikan besar.
Tapi kalau ikan pertama yang mematuk pancing baru kita dari jenis ikan tidak bersisik seperti duri, sembilang atau belukang, baik buang saja pancing itu. Pancing itu tidak akan berezeki.
Ads
Seperkara lagi, sewaktu hendak mengikat mata kail, sebaiknya mata kail dimasukkan ke mulut kita dan digigit dahulu. Niatkan bagaimana mata kail ini masuk ke mulut kita begitulah juga ia akan masuk ke mulut ikan. Ikatlah mata kail itu dengan 7 lilitan.
Bilangan ganjil lilitan akan membuatkan ikan sentiasa mematuk pancing kita bagi menggenapkan bilangan ganjil tersebut.
Ads
Layanlah dengan baik semua makhluk Allah yang bernyawa. Udang yang kita buatkan umpan ini juga bernyawa dan seharusnya dilayan dengan baik dan penuh simpati. Memang dia telah ditakdirkan untuk berkhidmat kepada manusia dan menjadi habuan kepada makhluk-makhluk lain. Jika mahu berasa aman dan dihormati, kita juga mestilah membuat makhluk lain merasa aman dari perbuatan kita.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Berikut merupakan luahan pendapat para pemancing berkaitan isu ini yang telah dipaparkan di FB Majalah Umpan.
Weslley Melina
“Teringat waktu perkenalan pertama dengan tekong Asrul Iman dan trip fully light jigging/casting pertama bersama beliau. Sebelum tu beliau hanya mempraktikkan teknik bottom dan micro jigging.
Cuaca yang kurang mengizinkan di spot utama memaksa kami berlabuh di spot apollo kembung. Sesekali ikan parang sudi menyambar pensel yang dipersembahkan.
Berbaki 3 jam sebelum pulang, tekong nekad menuju ke spot utama walaupun kelihatan mendung dan beralun dengan alasan tidak mahu kami pulang tanpa hasil. Tiba di spot utama kelihatan cuaca mula reda dan laut mula tenang.
Berbaki 2 jam lagi sebelum pulang namun rezeki menyebelahi dengan hanya 1 jam 30 minit kami berjaya menaikkan 5 ekor tenggiri, 7 ekor talang dan seekor jenahak. Semua bersaiz kasar.
Salute dengan tekong turut sama mencuba berjigging bagi menambah hasil kami. Trip kedua dengan beliau, beliau pula yg bertungkus lumus mendaratkan hasil apabila melihat kami kecundang mabuk dibuai alun. Tabik tekong!”
“Zulnizam Muhamad merupakan tekong rajin cari port untuk pastikan customer ada strike supaya customer x membangau. Hasil strike beliau sendiri pun dia bagi dengan customer. Tabik ini olang.”
Pak Sudir
“Semoga Pak Sudir mengambil iktibar dari setiap coretan dan kenangan para pemancing dalam ruangan ini untuk menjadi skipper atau tekong terbaik buat para pemancing yang menggunakan khidmat Pak Sudir.
Rezeki itu milik Allah, aku hanya mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Kumpau itu indah… strike itu satu anugerah.”
Mohd Amin Ali
“Tekong bot Kuala Dungun lagi best. Masa pergi mencandat sotong dulu. Sampai port dia turunkan pukat dia dulu. Dah kaut satu tong besar baru bagi mencandat. Dah kaut dengan pukat mana nak ada lagi sotong… hampeh!
Nasib baik abang saya pau dia sotong satu coleman penuh. Kalau tak rugi bayar sewa.”
Shawal Hasim
“Tekong Leman, Tekong Pakya, Tekong Pakdin, Tekong Paed… ni antara tekong terbaik tuas Tanjung Dawai dan Sungai Petani.
Tekong Rofi zal Abd Rahman, Tekong Bidi Angler’s, Tekong Mat Senyum, Tekong Mad Krie… antara tekong terbaik di tuas Payar.
Apa pun tekong dah try yang terbaik. Cuma rezeki dari Allah yang menentukan.”
Mohd Kamal Ali
“Aku sewa bot RM1,200 untuk 3 orang konon-konon nak selesa. Lepas tu dia (tekong) bawak awak-awak seorang dan kawan dia seorang.
Aku memancing kat belakang, dia memancing kat depan, tali dia berkali-kali berbelit dengan tali aku tapi dia buat bodoh.
Bot aku dan kawan-kawan sewa RM 1,200, dia dan awak-awak sama-sama memancing hasil yang dia dapat semua dia ambik. Dia jual hasil dapat dekat RM 1,000. Aku bayar sewa RM1200, makhluk yang menumpang foc dapat hasil hampir RM1000.
Tekong asalnya ok tapi bila dah banyak kali sewa macam hampeh. Harap-harap ada tekong yang baca.”
Tekong Leman
“Kalau pergi mengail harap tekong saja dok mengail casting sampai petang, esok tekong nak turun pulak.
Kalau hari-hari turun mau tercabut tangan. Kita sebagai pemancing kena la usaha. Jangan dok main bottom tapi nak tarik tenggiri. Balik darat kata tekong tak bagus la… tak cari ikan la.”
Boleh dikatakan kebanyakan kolam pancing terutamanya kolam memancing air tawar ada menyediakan hadiah KHAS yang dinamakan jackpot. Ada yang menetapkan ikan melebihi berat tertentu, ikan bertanda atau sebagainya.
Namun, apabila dinamakan jackpot maka ramai yang beranggapan ia adalah haram, hanya kerana ia dinamakan jackpot. Tapi bagaimana pula ia dinamakan hadiah khas atau tangkapan istimewa?
Mari kita teliti artikel yang dipetik dari sebuah majalah keagamaan ini.
Jika bertepatan dengan kefahaman saya tentang hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, maka hukumnya haram kerana ia adalah suatu bentu perjudian.
Hal ini kerana hadiah jackpot adalah hasil daripada wang terkumpul yang dibayar oleh para peserta. Dalam kata lain, ia adalah wang pertaruhan.
Asasnya, kita harus memahami proses judi terjadi. Judi berlaku apabila dua pihak atau lebih saling bertaruh harta masing-masing untuk satu-satu aktiviti.
Sesiapa yang menang dalam aktiviti tersebut, maka dia berhak mendapat harta pertaruhan yang terkumpul.
Manakala pihak yang kalah pula akan kehilangan harta yang dipertaruhkan.
Berbalik kepada hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkannya.
Antaranya; pemancing yang berhasrat menyertainya perlu membayar sekian harga tambahan yang berlainan daripada yuran masuk.
Wang tambahan yang dibayar tersebut menjadi wang pertaruhan yang terkumpul atau jackpot.
Hadiah itulah yang diberikan kepada peserta yang menang mengikut aktiviti yang ditentukan, sama ada berkaitan ikan terkecil, terberat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ia merupakan suatu bentuk judi dan hukumnya haram.
Hukum tidak terikat dengan sebab nama. Haram hadiah jackpot bukan namanya jackpot, namun kerana sifatnya yang berbentuk perjudian.
Manakala haramnya judi bukan kerana namanya judi tetapi sifat asasi iaitu pertaruhan antara dua pihak atau lebih. Yang menang mendapat habuan, yang kalah berputih mata.
Maka apa-apa sahaja hadiah adalah haram jika sifatnya adalah judi meskipun diberi nama bonus, sagu hati, cabutan bertuah hatta sumbangan ikhlas sekali pun.
Begitu juga sebaliknya, jika suatu hadiah itu tiada sifat judi, maka halal walaupun mungkin namanya jackpot.
Bagaimana pula jika pihak pengurusan kolam menawarkan hadiah jackpot tetapi tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pemancing? Hanya yuran masuk dikenakan.
Saya tidak dapat memberikan kata putus dalam kes ini. Secara prinsipnya, hukum bagi kes sebegini bergantung kepada sumber hadiah jackpot yang ditawarkan.
Jika hadiah tersebut bersumberkan yuran peserta, maka hukumnya haram kerana ia menggunakan suatu pertaruhan.
Misalnya, yuran masuk secara kebiasaannya adalah RM30 untuk sejam. Bagaimanapun pad minggu atau bulan ditawarkan hadiah jackpot, yuran masuknya dinaikkan kepada RM40 sejam.
Jelas bahawa tambahan RM10 daripada caj kebiasaan tersebut sebenarnya untuk membiayai hadiah jackpot yang ditawarkan.
Sebaliknya jika caj masuknya seperti biasa, di sini wujudnya kesamaran yang saya tidak dapat putuskan hukum dan perinciannya.
Boleh jadi pihak kolam pancing menjalankan operasinya dengan menawarkan hadiah jackpot, lalu segala perbelanjaan untuk menyediakan hadiah tersebut sudah pun dimasukkan dalam yuran masuk sejak awal.
Maka, dibimbangi kes ini termsuk dalam judi yang jelas bahawa hukumnya haram.
Namun dalam beberapa keadaan, boleh jadi juga hadiah jackpot yang ditawarkan sebenarnya ditanya oleh pihak ketiga sebagai satu strategi untuk menarik ramai pemancing dalam satu-satu masa.
Maka, hadiah seperti ini adalah suatu bentuk hibah yang dibenarkan. Kes ini sama seperti peraduan cabutan bertuah dan seumpamanya.
Apa hukum pergi ke kolam pancing yang menawarkan hadiah jackpot tetapi kita tidak sertainya? Kita hanya membayar yuran masuk seperti biasa tanpa yuran tambahan RM3 untuk memenangi hadiah jackpot.
Secara jujurnya, saya tidak mampu memberikan pandangan hukum yang muktamad dalam kes sebegini. Boleh jadi hukumnya harus, boleh jadi sebaliknya.
Jika diqiaskan dengan hukum harus membeli di kedai atau pasaraya yang turut menjual arak, maka harus pergi ke kolam pancing itu.
Meskipun begitu, boleh jadi haram hukumnya jika dianggap turut bersubahat dan menggalakkan kemungkaran.
Bagaimana pun dari sudut kewarakan, saya nasihatkan agar kita tidak pergi ke kolam itu. Saya kira masih ada kolam pancing lain yang bebas judi dan segala perkara yang meragukan. Maka memilih jalan selamat adalah lebih baik.
Jabatan Meteorologi Malaysia memonitor dengan rapinya situasi perubahan cuaca dan mengeluarkan kenyataan, nasihat dan amaran cuaca bila keadaan memerlukan. Kategori-kategori bagi nasihat dan amaran monsun adalah seperti berikut :
Nasihat Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku.
Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.
Persediaan untuk menghadapi monsun lembap
Sebelum Musim Monsun
Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.
Semasa Musim Monsun
Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.
Bagi pemburu ikan air tawar terutamanya sebarau, ketika monsun inilah waktu terbaik untuk berpesta melihat aksi sebarau frenzy. Ekoran daripada itulah terhasilnya kejohanan Monsoon Casting Tournament yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu saban tahun.
Disebalik keseronokan ini para pemancing dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Air umpama api juga, semasa kecil menjadi kawan tetapi semasa besar menjadi lawan.
Kejadian kepala air, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir yang boleh mengundang musibah sering berlaku ketika monsun. Dan sentiasalah memakai jaket keselamatan anda memancing sama ada ketika musim monsun atau sebaliknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...