Terdapat pelbagai jenis produk antimabuk di pasaran dan digunakan untuk pelbagai indikasi. Mabuk, muntah, pening-pening, meloya, selesema dan banyak lagi.

Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadangkala memudaratkan kesihatan.

 

Apapun nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diguna oleh pengguna.

Bagi ahli farmasi, mereka lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat di pasaran.

Ambil contoh macam ubat gigi (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan di pasaran seperti Colgate, Darlie dan lain-lain.

 

Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk.

Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama atau jenis ubat ini.

 

Penjelasan Jenis Ubat Mabuk Laut!!

 

Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya, ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

 

Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing 1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut.

Tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing. Ia agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidakseimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga.

Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.

IKLAN

 

Adalah dinasihat jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti di laut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja.

 

Disyorkan juga mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan.

Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali ke laut.

 

Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dan sebagainya.

Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan.

 

Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja.

 

Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.

IKLAN

 

Dinasihatkan juga dapatkan sumber ubat-ubat dari farmasi atau klinik sahaja. Mereka hanya menjual ubat-ubat berdaftar dengan KKM, asli dan dijamin berkualiti dan selamat.

Kita boleh mendapat nasihat dan panduan penggunaannya dengan betul, itu tanggungjawab mereka.

 

Jika nak membeli tablet meclozine, ada banyak nama dagangan di pasaran. Tak perlu beli yang mahal-mahal.

Sebaiknya pilih dalam bentuk blister packed yang dapat tahan lama sehingga tarikh luput.

 

 

 

Selain dari Meclozine, disyorkan juga mengambil Hyoscine yang terbukti berkesan. Ia juga boleh dibeli dalam bentuk patch atau mini plaster walaupun harga agak mahal sikit.

Ia perlu dipakai (biasanya ditampal pada bahagian belakang cuping telinga yang tiada rambut) 5-6 jam sebelum trip ke laut dan dapat bertahan sehingga 3 hari.

 

IKLAN

Jika trip ke laut kurang dari 3 hari, memadai dengan ambil 1 biji tablet Hyoscine 30minit sebelum turun ke laut.

Perlu ingat, ubat ini perlu diambil 3 hingga 4 kali sehari bagi mengelakkan mabuk berulang dan jangan melebihi dos yang disyorkan.

 

Tablet Cinnarizine juga berkesan, tetapi perlu diambil 2 jam sebelum trip ke laut. Disyorkan ambil ubat ini kerana ia tidak memberikan kesan mengantuk yang ketara.

 

Walau pun banyak lagi ubat mabuk di pasaran, hanya 2 atau 3 jenis sahaja yang berfaedah dan sesuai.

Hyoscine atau meclozine / Vitamin B6 (mabuk sederhana)

Cinnarizine atau Dimenhydrinate (mabuk yang mudarat).

 

 

 

(Rujukan: Internet)

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI