Admin agak terkejut membaca berita yang disiarkan oleh Berita Harian Online ini. Bukan tak percaya, tapi kenapa musim tengkujuh sahaja barulah ada aktiviti memancing (walaupun lebih kepada teknik menyembat) ikan patin.
Dengan harga yang agak lumayan, kenapa ia tidak dijadikan aktiviti pada waktu-waktu lain sebelum tengkujuh.
Admin percaya harga ikan patin yang di jual sama seperti di Lembah Kelang, dalam masa singkat pasti habis ikan patin di Sungai Klang atau Sungai Dengkil di Lembah Kelang ini.
Jom kita tengok berita balik berita yang menggembirakan kaki pancing di Tumpat, Kelantan ini.
Setiap kali musim tengkujuh, kawasan pintu air Kampung Jubakar Pantai di sini, umpama tapak pesta apabila menjadi tumpuan kaki pancing yang teruja memancing ikan patin.
Ads
Menerusi penggunaan teknik sembat tanpa sebarang umpan, ikan patin yang keluar mengikut arus deras menerusi pintu air itu ditunggu lebih 200 kaki pancing yang membanjiri kawasan terbabit tanpa mengira masa.
Mat Yie berkata, pintu air itu memang menjadi lokasi tumpuan tumpuan kaki pancing di negeri ini setiap tahun.
“Biasanya sekitar dua minggu dalam musim tengkujuh, pintu air ini akan melepaskan arus deras dan sepanjang tempoh itu, lokasi ini tidak sunyi kerana pemancing akan datang tidak kira masa.
Ads
“Saya sendiri, sebaik sahaja pulang memandu lori, terus ke sini untuk menyertai aktiviti ini dan tidak menyangka memperoleh hasil lumayan,” katanya yang berasal dari Kampung Dalam Rhu, di sini.
Hasil tinjauan yang dibuat di kawasan itu mendapati kaki pancing bukan sahaja memancing dari tebing, tapi ada juga yang sangat hampir dengan muka pintu.
Ads
Kawasan sekitar juga dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana kaki pancing menyembat batang pancing masing-masing dan akan sama-sama bersorak jika mata kail berjaya menaikkan hasil.
Seorang lagi kaki pancing, Nur Muhammad Rashid, 26, berkata pengalaman menaikkan ikan patin sangat mengujakan pemancing, lebih-lebih lagi jika ikan itu bersaiz besar kerana sudah pasti hasilnya agak lumayan.
“Semua ikan patin yang berjaya disembat pemancing, akan dibeli orang ramai yang sudah sedia menunggu di sekitar kawasan ini pada harga RM10 untuk 1kg.
“Hari ini saya hanya berjaya menyembat patin seberat 3.5kg sahaja dan sudah ada pembeli yang sanggup membayar RM35,” katanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bermulanya kisah perburuan baung 916 dan baung ekor merah dengan menggunakan khidmat guide penghilang kumpau. En. Halim aka Boss Senyum berasal dari utara dan menetap di Kuala Lumpur menghubungi saya setelah membaca artikel dari Majalah Umpan di segmen Produk & Servis – Guide Terbaik Sungai Pahang.
Dua bulan sebelum beliau menunaikan umrah dan menyatakan hasratnya untuk merasai keganasan sentapan baung. Keunikan rasanya dan ingin menikmati pengalaman menyebabkan beliau sanggup turun berjumpa saya bersama-sama tamarnya selepas menunaikan umrah.
Dek kerana kemuliaan En. Halim yang tak lekang dengan senyuman dan sifat rendah diri, saya menyahut cabaran ini.
Faktor Air dan Cuaca
Sebelum memulakan perburuan, segala persiapan telah disediakan. Setelah beberapa hari melihat keadaan air dan perubahan cuaca, saya menyuruh En. Halim menyiapkan segala kelengkapan terbaik beliau.
Setelah mengikuti segala arahan dan ilmu beliau datang dengan reel GS9 Daiwa serta rod Ugly stick 15-40 lb 5.6 kaki.
Teknik dan cara saya mengajar beberapa asas tentang habitat baung dan cara mengenal pasti kedudukannya dan beberapa skil serta ilmu di dalam perjalanan yang bermula seawal pagi jam 7.00 pagi.
Setelah mengenal pasti beberapa kawasan, boatman terlebih dahulu menaikan ikan selang hanya beberapa saat umpan tapa dilabuhkan.
Dan bermulalah dari hasil. Pertama pelbagai perkara dan ilmu terus diturunkan kepada En. Halim. Dan tidak lama kemudian beliau terus berjaya menghilangkan kumpau berdarahnya selama bertahun-tahun. Jelas terpampang kepuasan di wajahnya.
Namun hasilnya tidak terhenti di situ. Beliau terus berjaya menaikan baung 916 dan juga baung ekor merah. Dalam pada itu terpancar riak wajahnya apabila gagal menaikan baung yang begitu rakus menarik rodnya hingga berbentuk U. Istilah siapa bersedia dia berjaya terus dipakai beliau. Keriuhan memecah sunyi sungai.
Selepas merasai tarikan… denyutan… Lepas dan geram sepanjang 3 jam 30 minit masa yang diberikan, hasil keseluruhan sebanyak 13 ekor sudah cukup menceritakan kegembiraan. Saya juga sempat bertanya apa perasan dan ini jawapan jujur En. Halim yang sememangnya jujur.
“Pemurah dan tahan telinga kutukan… gembira sesangat dapat pengalaman pancing baung dan kaedah cari spot. Kaedah yang sangat efektif tak membosankan. Setiap kali bot berhenti hati berdebar. Nak tengok siapa punya giliran pula direntap baung.”
Manakala saya berasa amat puas hati setelah berjaya melaksanakan tugasan dan impian pemancing-pemancing kumpau sedunia menghilangkan kekumpauan berdarah. Semoga sedikit pengalaman dapat memberi kepuasan pada semua.
Sebelum En halim pulang ke Kuala Lumpur, seperti biasa kami hidangkan dulu makanan-makanan ikan sungai terbaik! Rasanya… En. Halim mungkin membelek-belek kalendar mencari hari cuti akan datang.
Ini merupakan rekod tangkapan peribadi terbaik hasil memancing dari pemancing seluruh dunia. Walaupun tidak tercatat dalam rekod dunia namun ia lebih dari cukup untuk memberi inspirasi kepada semua pemancing.
Max Domecq pada tahun 2003 berjaya menangkap tarpon (ikan bulan) terbesar yang tercatat dengan berat 286lb. Tarpon monster ini ditangkap di perairan Rubane. Max menggunakan belanak sebagai umpan dengan teknik pancingan biasa.
Pada 11 Mei 1979, Billy Pate berusaha keras untuk menewaskan seekor tarpon (bulan) seberat 182lb. Kejadian itu berlaku di perairan Homosassa, Florida.
George Hogan berjaya menewaskan tarpon gergasi seberat 106lb di perairan Marathon, Florida pada tarikh 10 Jun 1992.
James Holland berjaya mendaratkan tarpon seberat 202.5 pound di Chassahowitz, Florida pada 11 May 2001.
Billy Pate berjaya menewaskan tarpon seberat 188 pound di perairan Homasassa, Florida pada tahun 1982.
Mario Salazar berjaya mengalahkan tarpon seberat 283pound pada tanggal 19 March 1956, di perairan Venezuela.
Pada tanggal 10 May 2010, Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan 194.5pound tarpon di perairan Pine Island, Florida.
Sailfish
Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan Pasific sailfish (layaran Pasifik) terbesar yang pernah tercatat. Seekor sailfish raksasa seberat 220lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.
Bertempat di perairan Santa Cruz Island, Ecuador pada 12 Februari 1947, Carl Stewart berjaya menewaskan seekor Pacific sailfish (layaran Pasifik) seberat 221lb.
Bertempat di perairan Pinas Bay, Panama bertarikh 18 Januari 1962, Dr. Webster Robinson berjaya menewaskan ikan layaran Pasifik seberat 74lb 8oz.
Pada 7 September 1974 di perairan Salinas, Ecuador, Santiago Maspons berjaya menewaskan Pasific sailfih seberat 168lb.
Pada 5 Julai 1993, selepas mengarau kekili hanya selama 6 minit, Jerry Dunaway berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 111lb. Pertarungan hebat itu itu berlangsung di perairan Flamingo Bay, Costa Rica.
Raleigh Wertking berjaya menewaskan 141.5pound Pacific sailfish di perairan Pinas Bay, Panama pada 27 December 27 1989 hanya selepas bertarung selama 8 minit.
Apabila memburu toman di Air Ganda, saya lebih suka berkunjung ketika air rendah. Kandungan oksigen yang kurang menyebabkan toman lebih kerap timbul mengambil udara.
Struktur seperti tunggul kayu mati, reba, rimbunan ranting serta kayu tumbang mudah ditemui, yang mana di sini kebiasaannya toman bersembunyi.
Namun kunjungan kami kali ini ketika air tinggi. Struktur di bawah air tidak kelihatan. Tekong menyasarkan kawasan ‘highway’ sebagai medan tempur.
Sekitar 45 minit perjalanan dari jeti, tekong memperlahankan enjin sambil memerhati keadaan sekeliling.
Bila sudah hampir dengan kawasan lubuk toman enjin dimatikan dan tekong berdayung secara perlahan-lahan.
Setelah gewang keramat disemat ke hujung leader pemancing perlu bersiap sedia dalam keadaan berdiri.
Dengan set pancing digenggam kemas di tangan, mata serta telinga perlu peka dengan bunyi kocakan air di mana toman meneguk udara.
Pemancing yang mampu menghantar gewang dengan tepat lagi pantas mempunyai kelebihan mendapat lebih sambaran.
Panjang joran tidak menjadi masalah kerana memancing menggunakan bot. Acap kali juga toman timbul hanya beberapa kaki sahaja dari bot.
Kekuatan joran serta kuasa tuilan yang mantap lebih perlu dititik-beratkan agar mampu mengekang larian sang toman sebelum menyusup ke bawah struktur.
Ketika air tinggi struktur di dalam air yang tidak kelihatan boleh menyebabkan bot terlanggar tunggul.
Walaupun ada penduduk kampung yang menyewakan bot dan pemancing boleh pandu sendiri tapi lebih selamat jika menggunakan khidmat tekong yang tahu selok-belok di sini.
Keadaan tasik ini juga tidak kurang berbelit-belit. Waktu pergi nampak macam OK, tapi bila menghala balik akan celaru mana satu simpang yang harus dilalui.
Saya bertanya pada tekong, Pak Usop, antara air tinggi dengan air rendah, mana yang lebih efektif untuk menoman di sini. Ini jawapan beliau…
“Kalau air tinggi… lama-lama toman kurang galak. Air rendah lama-lama pun sama. Dia lepas air naik atau air baru lepas surut, masa tu toman galak”.
GEWANG PILIHAN
Mengilat toman menggunakan gewang permukaan amat mengujakan. Pencil, popper, jump frog serta buzz bait pasti mendapat tempat di dalam kotak gewang.
Namun begitu gewang selaman perlu dibawa bersama, sama ada selaman cetek mahu pun dalam. Bila mana toman kurang berselera dengan gewang permukaan, maka gewang
selaman akan beraksi seperti Megabass Deep-X, Rapala Fat Rap, Zerek Giant Ruby, Ofmer X-Deep serta Rapala Risto Rap dan lain-lain.
Pada kunjungan ini kami mempraktikkan kedua-dua aksi sekali gus. Apabila terdengar riak air, seorang melontar gewang top water mana kala seorang lagi menghantar gewang selaman.
Dua-dua pun mencakup. Megabass X-Pod yang saya lontar diterkam sebaik sahaja mencecah permukaan tasik.
Untuk riak air berikutnya gewang selaman rakan pula disergap laju. Penggunaan sesudu juga efektif.
Bila tekong memasuki suak atau teluk saya menukar gewang kepada sesudu. Sebelum gewang kesayangan lebur dilarikan samseng tasik lebih baik stanby awal-awal.
Memang betul. Balingan entah kali yang ke berapa sesudu Gold 18 gram disergap pemangsa yang kasar.
Muncul dari bawah batang kayu, jelas kelihatan laju menerpa dan terus strike. Pecutan ala torpedo ke celah bangkar mengakibatkan putus tali utama setelah berlaku pergeseran dengan struktur dalam air.
Percubaan saya menggunakan soft frog juga memberangsangkan. Beberapa sambaran berlaku di kawasan yang banyak terdapat batang kayu timbul serta reba.
Katak getah dilontar hingga ke tebing dan menariknya ke arah bot yang berada di tengah suak.
TOMAN CULAS
Toman yang terlucut akan serik. Begitu juga apabila toman berjaya melarikan gewang.
Kesakitan akibat kecederaan di mulut atau rahang serta merasa janggal dengan ‘aksesori tambahan’ di bibir akan membuatkan toman lebih berhati-hati untuk menyergap gewang pada lain masa.
Kerap kali mengena mata kail sama ada mata tunggal atau double hook di belakang jump frog mahu pun mata tiga juga antara penyebab sang toman culas. Ikan lebih berwaspada dan semakin cerdik!
Tempoh pertarungan yang lama akan menyebabkan toman menjadi lemah dan boleh mati.
Penggunaan peralatan yang sepadan perlu diambil perhatian agar tidak terlalu lama ‘fight’ dan ikan dapat didaratkan dalam keadaan masih cergas serta selamat untuk dilepaskan kembali.
Di tasik ini, sudah cukup dengan rawai yang menghiasi di tepi-tepi tebing. Sudah memadai jaring-jaring yang pelampungnya memutih melintang di tengah tasik. Itu kerjaya mereka sebagai nelayan menyara keluarga.
Sebaiknya diabaikan niat untuk membawa balik spesies game fish air tawar yang popular ini. Cukuplah sekadar pelepas gigil dengan sergapan serta pertarungan yang dinikmati.
Bagaimana perasaan apabila gewang harapan dilontar namun tiada pemangsa yang endah. Terubatkah hati dengan terma ‘kumpau itu indah…?’.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...