Nama penuh: Wan Rodduan
Nama FB: Wan Rodduan
Usia: 46

 

UMPAN: Ceritakan sejak bila anda mula memancing?

WAN: Pakwan mula memancing sejak umur 10 tahun. Masa itu orang tua selalu bawa Pakwan pergi ke sungai… ke lombong… dan ke laut. Bermula dari situ timbul minat memancing.

 

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

UMPAN: Sejak bila terlibat dengan memancing udang galah?

WAN: Pada tahun 1999, Pakwan berkahwin dengan orang Batu 8, Teluk Intan, Perak. Kebetulan bapak saudara orang rumah memang seorang melayan kampung yang mata pencariannya memancing udang galah.

Dari situ bermulanya timbul minat memancing udang galah. First time memancing udang galah timbul rasa cabarannya bila menaikan udang-udang liar ni.

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

 

IKLAN

UMPAN: Apa yang membuatkan anda seronok memancing udang berbanding ikan?

WAN: Walaupun Pakwan dikenali sebagai seorang pemancing yang agak hebat di persada dunia laut dalam, hingga ke luar negara namun memancing udang galah menjadi pilihan utama.

Sebab daya seni udang galah amat kreatif dan perlu ada skill yang tersendiri. Cuba kita bayangkan jika udang makan menggunakan sepit yang perlu disuap ke mulut, jadi kita nak memujuk untuk menaikkan udang perlu skill yang tinggi berbanding ikan.

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

 

UMPAN: Apa rintangan yang perlu dihadapi & apa pula harapan anda dalam meneruskan hobi ini?

WAN: Apa yang menjadi rintangan sekarang ini dalam bidang memancing udang adalah pencemaran air sungai akibat dari kesan kemodenan.

Dengan sisa-sisa sampah, atau sisa-sisa air dilepaskan ke sungai, ini membuatkan udang galah semakin kurang berbanding 20 tahun lepas.

IKLAN

Harapan pakwan agar kerajaan atau badan-badan NGO dapat menyedarkan masyarakat agar menjaga sungai dari dicemari oleh sisa-sisa buangan untuk menjaga keaslian air

sungai agar generasi akan datang dapat merasa bagaimana keseronokan memancing udang galah.

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman paling manis & paling pahit pernah dihadapi ketika memancing udang?

WAN: Pengalaman yang paling manis apabila beberapa kali memenangi pertandingan udang galah di dalam club yang ada di negara ini.

Kenangan yang amat pahit apabila sahabat sehobi meninggal dunia apabila bot karam semasa memancing udang galah.

IKLAN

UMPAN: Apa pencapaian tertinggi yang pernah anda peroleh dalam memancing udang?

WAN: Pencapaian selama 20 tahun dalam pemancingan udang galah apabila beberapa kali memenangi pertandingan udang galah anjuran club yang terdapat di dalam negara. Antara club yang pernah Pakwan memenangi JCM & TCL.

 

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

 

UMPAN: Nyatakan lokasi utama memancing udang galah, umpan dan setting peralatan yang anda biasa gunakan?

WAN: Lokasi utama Pakwan memancing udang galah biasanya di Teluk Intan, Kuala Selangor, Temerloh, dan Muar.

Umpan yang biasa Pakwan guna apabila memancing udang galah adalah pumpun, anak udang beras dan cacing itu adalah umpan yang biasa diguna mana-mana pemancing udang.

Kebiasaannya Pakwan guna set UL untuk memancing udang (PE06-PE1) berserta mesin bersaiz 500-1000. Tali perambut 8lb-10lb dan mata kail bersize 2-3.

 

Pakwan, Masta Jenggo Batu 8

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI