Sekiranya berhasrat untuk merasai pertarungan dengan layaran dengan kepuasan optimum, maka gunalah peralatan kelas pertengahan. Disaran menggunakan kekili kelas siri 5000 ke atas yang mampu memuatkan tali sulam 30-50 lb sepanjang 300 meter. Harus diingat sekali layaran memecut boleh muntah 50 hingga 100 meter tali dari spool. Manakala perambut berkuatan 50-90lb sudah memadai.

 

Peralatan Pancing Terbaik Menewaskan Layaran

 

Adalah sangat tidak berhemah jika menggunakan peralatan set ringan. Walaupun set ringan boleh juga menewaskan layaran namun ia meninggalkan kesan negatif terhadap kelestarian ikan ini.

 

Tekanan melampau akibat tempoh bertarungan yang lama boleh menyebabkan ikan ini mati walaupun masih bernyawa apabila dilepaskan kembali. Seperkara lain, pemangsa yang dilepaskan dalam keadaan lemah ini mendedahkan ia kepada pemangsa lain seperti jerung atau alu-alu monster.

 

Peralatan Pancing Terbaik Menewaskan Layaran

 

Walaupun layaran berupaya melakukan pecutan deras dan mampu menghela tali dari kekili sehingga 100 meter dalam sekelip mata, namun ia bukanlah spesies yang mampu mengheret tempoh pertarungan yang panjang. Pertarungan yang berlarutan akan meningkatkan tekanan dan memendekkan jangka hayatnya.

 

Penggunaan mata kail lingkar yang mudah reput di dalam air masin amatlah digalakkan. Biarpun mata kail J lebih efisien dari segi peratusan hook up, namun mata kail lingkar lebih bersifat mesra kepada ikan kerana ia menyebabkan ikan tertelan mata kail.

 

Peralatan Pancing Terbaik Menewaskan Layaran

 

Mata kail saiz 3/0 hingga 7/0 adalah disarankan. Walau bagaimana pun pemilihan saiz mata kail bergantung juga pada saiz umpan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI