SOALAN:

Saya ingin tahu jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang paling kuat untuk digunakan.

Kalau admin, apa jenis ikatan yang admin selalu guna?

 

JAWAPAN:

Tidak dapat dinafikan bahawa tali pancing adalah penghubung utama antara pemancing dengan ikan.

IKLAN

Jika ia putus sama ada pada awal, pertengahan atau lebih perit lagi pada penghujung jalan, tatkala pemancing bertarung, maka kesudahannya pemancing akan kehilangan hasil dan rasa menyesal tanpa kesudahan.

 

Justeru itu seorang pemancing perlu memahirkan diri untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat supaya tidak akan menjadi satu penyebab mendatangkan kegagalan.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikatan mata kail atau sambungan tali yang boleh dipelajari dan setiap satu itu boleh dipraktikan untuk menguji tahap ketahanannya.

IKLAN

 

Selain itu perlu diketahui juga bahawa simpulan dan ikatan adalah titik paling lemah pada tali pancing.

Ada berpendapat mengatakan ikatan mengurangkan sehingga 50% kekuatan sebenar tali.

Bayangkan ini hanya ikatan belum termasuk ikatan yang terluka, calar, genting dan sebagainya. Kekuatan tali turun mendadak dan terlalu mudah putus ketika bertarung.

IKLAN

 

Secara peribadi admin berpendapat tiada satu pun ikatan atau simpulan yang tidak akan terlucut atau putus.

Dan admin sendiri tidak menetapkan hanya satu jenis ikatan saja yang digunakan.

Sebagai contoh, untuk ikatan pada spool biasanya admin guna uni knot, sambungan tali di dalam spool – uni to uni knot, sambungan braid kepada leader – FG knot, ikatan pada snap atau swivel – improved clinch knot dan ikatan mata kail – knotless knot.

 

Dan semua jenis ikatan dan penyambungan anda boleh lihat dan pelajari di laman sensawang Majalah Umpan iaitu www.umpan.com.my di segmen DIY.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI