Antara cabaran memancing tengalan khususnya di Sungai Perak ialah di mana lubuk dasarnya  berbatu-batu besar dan terdapat sisa-sisa tinggalan pukat lama yang tersangkut padanya.

Pemancing perlu mengetahui kedudukan batu-batu dan lubuk terlebih dahulu sebelum melontarkan umpan.

 

Pemancing juga kena memikirkan juga cara bagaimana untuk menaikkan ikan dengan selamat sekiranya mengena ikan yang besar, biasanya mereka akan berjuang bermati-matian cuba menyelinap masuk ke kawasan batu-batu besar itu.

 

Tip & trik memancing ikan tengalan

 

Peralatan memancing yang digunakan oleh pemancing dasar di sini adalah dari kelas sederhana berat dan berat.

Kekili bersaiz 3000 ke atas berisi tali tangsi berkekuatan sekurang-kurangnya 25 lb. Joran yang panjang dan keras diperlukan untuk melontar umpan dan batu ladung bersaiz 7 atau 8 ke sasaran sejauh lebih kurang 50 ke 60 meter ke tengah sungai.

 

Kebanyakan pemancing di sini menggunakan perambut mata berangkai dengan tiga hingga tujuh bentuk mata pancing. Mata pancing dan batu ladung hidup yang berharga ekonomi dari jenama tempatan akan digunakan bagi mengurangkan risiko kerugian.

 

Apabila mengena ikan, mereka akan terus menyentak dan mengaraunya secepat mungkin bagi mengelakkan ikan memasuki zon sangkut.

Cara perlawanan sebegini langsung tidak memberi ruang kepada ikan untuk melawan. Kalau ikan bersaiz kecil yang mengena memang tiada masalah untuk menariknya.

 

Tip & trik memancing ikan tengalan

 

Cuma yang memberikan sedikit masalah apabila mengena ikan yang bersaiz kasar, selalu sangat berlaku kes rabut dan terlucut.

Dengan joran yang keras serta ditambah dengan khudrat larian padu ikan sering kali mengakibatkan mulut atau bibir ikan terkoyak.

 

Boleh juga menggunakan peralatan yang lebih ringan untuk menduga ikan tengalan. Ia juga dapat mengurangkan kes mulut atau bibir ikan dari terkoyak kerana kesan keanjalan yang terdapat pada joran lembut.

 

UMPAN TENGALAN

 

Umpan yang biasa digunakan untuk memikat ikan tengalan adalah umpan adunan. Ramuannya bermacam-macam ragam mengikut pengalaman dan kreativiti masing-masing.

Bahan asasnya ialah dedak ayam dan tepung gandum, manakala ramuan lain pula, ada yang menambahkan telur itik, tepung ubi, serbuk kelapa sawit hancur, tepung ikan, palet, rempah ratus, jagung hancur, ubi kayu sagat, bahan perasa dan pelbagai lagi.

 

Ramuan yang terbukti paling efektif dan wajib dicampurkan kepada adunan adalah buah kulim.

 

Tip & trik memancing ikan tengalan
buah kulim juga disebut bawang hutan

 

Buah kulim disaluti kulit yang keras, ia perlu dipecahkan terlebih dahulu untuk mendapatkan isinya yang lebih lembut. Ada pemancing yang memotong atau memarutnya halus-halus sebelum dicampurkan kepada adunan.

 

Ada pemancing yang lebih suka memeram isinya yang telah disagat halus bersama air dari Sungai Perak ke dalam botol selama beberapa hari, kemudian saya hanya menggunakan air rendaman itu untuk dicampurkan bersama adunan.

 

Isi buah kulim tadi boleh ditambahkan dengan air lain dan masih boleh digunakan berkali-kali sehingga berbulan-bulan lamanya.

Lebih lama diperam, baunya semakin menyengit bagi membangkitkan selera tengalan. Bukan sahaja tengalan, kebanyakan spesis lain dari keluarga Cyprinidae juga sangat menggemari aromanya.

 

Sesetengah pemancing pula hanya mencampurkan biskut lemak yang telah dikisar dengan air rendaman buah kulim.

Boleh juga mengadunkan palet  dengan air kulim dan telur itik sahaja.  Boleh dikatakan kesemua umpan yang dicampurkan dengan buah kulim dapat menambat selera ikan tengalan.

Sekiranya tiada buah kulim, bawang putih boleh juga digunakan sebagai penganti.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI