Merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan menutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil.
Ia berkait rapat dengan pokok kangkung dan kembang pagi. Daun selebar 8-10cm.
Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasi tepi jalan dan juga kawasan taman.
Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Tempat asal :
Banyak terdapat di tepi pantai.
Ads
Fungsi Landskap :
Mengawal hakisan tanah serta estetik dan pengindahan.
Lokasi Kesesuaian Tanaman :
Taman dan tepi-tepi jalan.
Ads
Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok menjalar yang terdapat di tepi pantai. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang. Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.
Pokok yang mempunyai daun 8-10 cm lebar ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupai tapak kaki kuda. Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasi tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Ads
Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?
Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari. Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.
Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu. Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini. Apa yang selalu difikir ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.
Bagi tidak menghampakan beberapa soalan dari follower Umpan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina. Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.
Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Dan apabila ikan jantan diurut pada bahagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan cairan berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan
Bentuk badannya ramping dan panjang
Warna badan agak cerah
Sirip ekornya lebih panjang
Bahagian bawah perut rata
Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu
Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina
Bentuk badannya gemuk dan lebar
Warna badan agak gelap
Sirip ekornya lebih pendek
Bahagian bawah perut agak melengkung
Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya!
Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut.
Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.
Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa.
Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.
Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari.
Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.
Merupakan spesies kedua terbesar bagi keluarga jerung dan boleh didapati di serata dunia, ianya berkeberatan lebih 19 tan dengan ukuran panjang 40 kaki.
Basking shark sebenarnya menyeramkan kerana rupa luarannya sahaja dan sebenarnya tidak merbahaya.
Basking shark merupakan salah satu daripada 3 spesies jerung ‘pemakan-tapis’ atau filterfeeding. Ikan besar ini hidup dengan memakan invertebrata, ikan kecil dan zooplankton.
Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.
Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.
Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!
Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang.
Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.
Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.
Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!
Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae.
Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain.
Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.
Angler fish atau ikan pemancing ini dinamakan kerana cara mereka memburu mangsa hampir sama dengan pemancing iaitu menggunakan escanya yang bercahaya.
Kedua-dua rahangnya juga mempunyai gigi yang tajam dan panjang, melengkung ke dalam yang mana membenarkan mangsa masuk ke perut namun menghalang mangsa untuk keluar dari mulut.
Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan.
Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!
Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.
Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Orca, atau paus pembunuh, adalah spesies terbesar dari ikan lumba-lumba (dolphin) dan salah satu pemangsa yang paling kuat di dunia.
Mereka mudah dikenali memiliki warna hitam-putih tersendiri. Orca pintar dan sosial membuat pelbagai bunyi komunikatif, dan setiap pod mempunyai bunyi tersendiri yang ahli-ahlinya akan mengenali walaupun di jauh.
Mereka menggunakan echolocation untuk berkomunikasi dan memburu, membuat bunyi yang bergerak di bawah air sehingga mereka menemui objek, kemudian melantun kembali, mendedahkan lokasi, saiz, dan bentuknya.
Walaupun mereka lebih menggemari dan kerap ditemui di perairan sejuk, persisir pantai, orcas boleh didapati dari kawasan kutub ke Khatulistiwa.
Mereka berada di bahagian atas rantaian makanan dan mempunyai diet yang sangat pelbagai.
Memakan ikan, penguin, dan mamalia laut seperti anjing laut, singa laut, dan juga paus dengan menggunakan gigi yang boleh tumbuh sepanjang empat inci.
Mereka juga makan hampir semua jenis ikan, sotong dan burung laut.
Orcas adalah pelindung anak-anak kecil mereka, dan juvenile betina lain sering membantu ibu dalam menjaga mereka.
Ibu melahirkan setiap tiga hingga sepuluh tahun, selepas bunting selama 17 bulan.
Mereka melahirkan satu anak pada satu-satu masa, yang akan mengasuh anaknya sehingga dua tahun.
Dalam kebanyakan kes, ikatan antara juvenil dan ibu akhirnya akan menjadi lemah, dan orca muda akan pergi sendiri, tetapi dalam beberapa insiden, juvenil boleh tinggal bersama dengan pod ia dilahirkan untuk tempoh hidupnya.
Orca sangat pintar, mamalia sosial yang telah lama menjadi sebahagian daripada hiburan taman marin, menunjukkan persembahan untuk penonton.
Walau bagaimanapun, ia menjadi semakin jelas bahawa orcas tidak berkembang dalam kurungan.
Mereka telah berkembang untuk berenang hingga 40 batu sehari, mencari makanan dan bersenam. Mereka menyelam 100 hingga 500 kaki, beberapa kali sehari, setiap hari.
Sama ada mereka dilahirkan di alam liar atau di kurungan, semua orca yang dilahirkan mempunyai pemanduan yang sama untuk berenang jauh dan menyelam jauh.
Di alam liar, orca hidup dalam kumpulan keluarga yang ketat yang berkongsi kebudayaan yang canggih, unik yang diturunkan melalui generasi berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan.
Dalam kurungan, orca disimpan dalam kumpulan sosial buatan. Orca kelahiran kurungan sering dipindahkan antara kemudahan, memecahkan hubungan sosial.
Tekanan gangguan sosial dikompaunkan oleh fakta bahawa orca dalam kurungan tidak mempunyai keupayaan untuk melepaskan konflik dengan orca lain, atau melibatkan diri dalam tingkah laku semulajadi di kolam renang.
Taksonomi & profil
COMMON NAME: Orca (killer whale)
TYPE: Mamalia
DIEt: Carnivore
GROUP NAME: Pod
AVERAGE LIFE SPAN IN THE WILD: 50 to 80 years
SIZE: 23 to 32 feet
WEIGHT: Up to 6 tons
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...