Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Sains 10 Jenis Ikan Yang Menakutkan!!

10 Jenis Ikan Yang Menakutkan!!

 

Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya!

Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut.

Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.

 

Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa.

Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.

Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari.

Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.

10 Jenis Ikan Yang Menakutkan!!

Merupakan spesies kedua terbesar bagi keluarga jerung dan boleh didapati di serata dunia, ianya berkeberatan lebih 19 tan dengan ukuran panjang 40 kaki.

Basking shark sebenarnya menyeramkan kerana rupa luarannya sahaja dan sebenarnya tidak merbahaya.

Basking shark merupakan salah satu daripada 3 spesies jerung ‘pemakan-tapis’ atau filterfeeding. Ikan besar ini hidup dengan memakan invertebrata, ikan kecil dan zooplankton.

 

IKLAN

 

Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.

Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.

Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!

 

Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang.

Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.

 

Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.

Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!

IKLAN

 

Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae.

Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain.

Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.

10 Jenis Ikan Yang Menakutkan!!

Angler fish atau ikan pemancing ini dinamakan kerana cara mereka memburu mangsa hampir sama dengan pemancing iaitu menggunakan escanya yang bercahaya.

Kedua-dua rahangnya juga mempunyai gigi yang tajam dan panjang, melengkung ke dalam yang mana membenarkan mangsa masuk ke perut namun menghalang mangsa untuk keluar dari mulut.

 

IKLAN

Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan.

Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!

10 Jenis Ikan Yang Menakutkan!!
candiru

Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.

Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.

Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.

 

Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.

Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI