Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini. Apa yang selalu difikir ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.
Bagi tidak menghampakan beberapa soalan dari follower Umpan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina. Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.
puyu jantan
Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
puyu betina
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ads
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Dan apabila ikan jantan diurut pada bahagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan cairan berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan
Ads
Bentuk badannya ramping dan panjang
Warna badan agak cerah
Sirip ekornya lebih panjang
Bahagian bawah perut rata
Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu
Ads
Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina
Bentuk badannya gemuk dan lebar
Warna badan agak gelap
Sirip ekornya lebih pendek
Bahagian bawah perut agak melengkung
Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
Alat kelamin berwarna kemerahan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun Lumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang,karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan. Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.
Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya. Selain itu penggunaan ikan selar atau kembung hidup juga mampu membuka selera ikan ini. Ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.
SPESIES 12
Nama Saintifik: Epinephelus retouti
Nama umum: Red-tipped grouper
Nama tempatan: Kerapu bara
Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut. Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.
Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya. Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.
SPESIES 13
Nama Saintifik: Polydactylus macrochir
Nama umum: King Threadfin Salmon
Nama tempatan: Kurau
Ikan kurau memang dikenali dengan isinya yang lazat serta harganya yang tinggi. Harga ikan ini akan melambung sekali ganda apabila di jadikan ikan masin. Kerana itulah ikan ini menjadi buruan kaki pancing. Ikan kurau yang tinggal di kawasan lubang berlumpur amat pandai mencuri umpan ketika pemancing terleka dan jika disentap kuat, pasti kita akan kehilangan umpan. Memancing ikan ini memerlukan teknik dan kesabaran tinggi. Tidak hairanlah terdapat segelintir pemancing yang betul-betul fokus untuk menjejak ikan kurau sahaja.
Umpan: Cabuk ataupun ikan timah merupakan umpan popular untuk menjerat ikan kurau. Selain itu, umpan sotong kurita, ikan belanak hidup dan udang hidup boleh digunakan.
SPESIES 14
Nama Saintifik: Priacanthus tayenus
Nama umum: Purple spotted bigeye,
Nama Tempatan: Lolong bara
The Priacanthidae, the bigeyes, adalah keluarga 18 spesies ikan laut. “Catalufa” adalah nama biasa bagi beberapa ahli keluarga Priacanthidae. Etimologi nama saintifik merujuk kepada skala keluarga yang sangat kasar. Nama umum “bigeye” merujuk kepada spesies anggota ‘mata yang luar biasa besar, sesuai dengan gaya hidup mereka yang karnivor dan malam. Priacanthidae biasanya berwarna merah terang, tetapi ada yang mempunyai corak perak, coklat gelap, atau hitam. Kebanyakan spesies mencapai panjang maksimum kira-kira 30 cm (12 in), walaupun dalam beberapa spesies panjang lebih daripada 50 cm (20 in) diketahui.
Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik. Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka. Banyak spesies yang terdapat di perairan yang agak dalam, di bawah kedalaman yang dapat dicapai dengan menyelam skuba biasa. Sesetengah spesis dipetik untuk makanan.
SPESIES 15
Nama saintifik: Etelis carbunculus
Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
Nama tempatan: Ruby Snapper
Ruby snapper merupakan spesies snapper (seperti merah, jenahak dan kakap) dan merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang. Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter. Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.
Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.
Ikan gerong atau nama umumnya golden trevally memiliki badan kekuningan dan 9 belang hitam di badan bermula dari pangkal mata hingga pangkal ekor. Corak warna badan ikan ini lebih terserlah ketika kecil dan semakin pudar apabila ia meningkat dewasa.
Ekor tirus bercabang dikuatkan lagi dengan pangkalnya yang besar untuk menambah pecutan kuasa turbo ketika mengerjakan kekili pemancing.
Kelemahan utama ikan ini tidak mempunyai senjata tajam pada badan. Gerong belang boleh dikategorikan ikan laut tidak bergigi. Mangsa biasanya disedut masuk dan ditelan terus ke mulut.
Seperti mana ikan keluarga trevally lain, gerong belang berbadan leper tetapi tegap melebar. Bentuknya lebih slim sedikit dari gerepoh dan melebar dari jemuduk. Pangkal ekor seperti jemuduk di mana sisik tulang adalah lembut dan tidak tajam seperti gerepoh atau cupak.
Ia mudah dipegang tanpa menyebabkan tangan kita luka. Gerong belang boleh membesar sehingga 15 kg pada panjang maksimum 120cm. Jika ada tangkapan melebih skala 10 kg sudah cukup memuaskan kerana ia boleh dianggap ikan game fish kelas pertengahan.
Habitat Dan Sifat
Asasnya ikan gerong belang mendiami kawasan dasar berkarang kerana ia dikelaskan sebagai hidupan marin.
Namun begitu ia banyak menghabiskan masa di pertengahan air. Ikan ini mendiami kawasan persisiran pantai, tepian pulau berkarang serta lagun dan kuala sungai.
Jarang berada di kawasan laut dalam dan lokasi yang jauh dari daratan. Lokasi yang digemari pula mempunyai kedalaman sederhana dari 5 hingga 20meter.
Kebanyakan kawasan ini terletak di persisiran pantai di mana ia berkemampuan meronda di permukaan hingga dasar.
Gerong belang juvenil membesar dalam satu kumpulan besar dan mudah ditemui bersama kumpulan obor-obor di permukaan sebagai perisai dan pemangsa.
Juvenil juga banyak mendiami kawasan unjam. Kumpulan ini mencari krustesia dan invertebrates di dalam pepasir dasar sebagai sumber makanan utama.
Ikan dewasa pula kadang kala dilihat mengekori yu paus, jerung besar mahupun pari paus sebagai pelindung semula jadi serta menunggu sisa makanan aktiviti pemakanan haiwan laut besar tersebut.
Selain itu anak ikan merupakan diet utama gerong belang dewasa. Juga mengekori penyelam jika kumpulannya berada di kawasan berhampiran.
Gerong belang banyak tertumpu di kawasan persisiran pantai timur semenanjung terutama gugusan karang air cetek bermula dari Kuala Pahang hingga Kuala Rompin di Pahang. Tepian pulau-pulau di Johor, pantai Kijal hingga ke persisiran Pulau Perhentian di Terengganu.
Sarawak juga didiami gerong belang dan menjadi pilihan sesetengah pemancing di Bumi Kenyalang. Sabah pula mendominasi populasi di utara negeri, manakala di pantai barat semenjung pula populasinya amat kecil. Kini gerong belang juga mendiami di Pulau Ketam (asalnya ternakan ikan sangkar).
Sebut sahaja udang galah (Macrobrachium rosenbergii), pasti terbayang bermacam-macam perkara tentangnya. Dari keseronokan dan cabaran memancingnya, tentang habitatnya yang dikatakan berkongsi dengan sang buaya & kesedapan rasa isinya . Sehinggalah tentang harganya yang mahal.
Bercakap soal harga, tidak dinafikan udang galah merupakan hidupan air tawar yang mahal harganya. Harga pasaran bagi sekilogram udang galah liar kini boleh mencecah harga hingga RM80 sekilogram bergantung pada gred saiznya.
Udang galah kini antara hidupan yang bukan mudah diperoleh di pasar-pasar basah. Jika adapun udang galah yang dijual di pasar adalah udang galah ternak atau yang dijala dan bubu oleh nelayan sungai. Dan biasanya ia bersaiz kecil.
Bagi udang galah liar dan bersaiz kasar, permintaannya amat tinggi. Kebiasaannya, ia telah pun ditempah oleh kedai-kedai makan atau restoran serta ditempah awal oleh mereka yang mengidamnya.
HABITAT UDANG GALAH
Selain sungai berdekatan dengan muara, udang galah sebenarnya turut mendiami sungai di kawasan tengah dan hulu, tasik dan juga lombong. Jadi jangan hairan sekiranya jika anda memperolehi udang galah di lokasi-lokasi ini. Disebabkan faktor inilah juga, udang galah kini sudah mula diternak dan dikomersialkan di kolam-kolam berbayar.
LUBUK UDANG GALAH
Udang galah merupakan jenis perayap di dasar, gemar mengikut arus dan pusaran air untuk mencari makanan. Jadi sebab itulah paling mudah untuk menduganya, carilah lokasi seperti di bawah timbunan sampah, kayu, lubuk airnya yang berpusar perlahan, celahan akar-akar pokok, batang pokok nipah, di kawasan rumah rakit dan sebagainya.
MUSIM UDANG
Memancing udang galah tiada musim tertentu. Begitu pun waktu terbaik untuk memancingnya ialah pada musim kering (bukan musim hujan). Bagi sungai di kawasan muara, waktu puncak adalah bila berakhirnya hari hujan lebat di kawasan hulu.
Udang galah dikatakan turun dibawa air ke bahagian hilir dan akan mudik semula ke hulu apabila muara sungai kembali payau dan masin.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...