Pertama sekali buatkan lingkaran 8 figure knot (anda boleh carian tutorial 8 figure knot dalam website ini jika tidak tahu menghasilkannya). Jangan ketatkan lingkaran yang dihasilkan terlebih dahulu.
Langkah 2
Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran yang dihasilkan. Sebaiknya masukkan tali kira-kira sejengkal panjang atau lebih. Kemudian barulah tarik dan ketatkan lingkaran 8 figure knot dengan kuat.
Langkah 3
Lilitkan hujung tali pada shock leader kira-kira 5 lilitan atau lebih.
Langkah 4
Kemudian bawa hujung tali ke arah simpulan tadi hingga terbentuk satu lingkaran bulat sebagaimana di dalam gambar.
Langkah 5
Seterus lilit pula hujung tali pada tindanan tali di dalam lingkaran sebanyak 5 kali juga.
Langkah 6
Setelah itu tarik perlahan-lahan hujung tali sehingga satu simpulan ikatan terbentuk pada shock leader seperti mana di dalam gambar.
Langkah 7
Seterusnya tarik kedua-dua bahagian utama tali sehingga kedua-dua simpulan merapati antara satu sama lain. Tarik sekuat mungkin.
Langkah 8
Kemudian potong lebihan hujung kedua-dua jenis tali. Boleh juga bakar bahagian hujung tali terutamanya shock leader kerana ia dapat membantu kelancaran keluar masuk tali pada joran.
Wajib ada set bangla (joran dan kekili elektrik) yang dua tiga lebih mahal harganya dari kos trip. Anggaran set bangla yang paling murah pun tidak kurang dari RM2,000. Set pancing manual tidak sesuai untuk digunakan dalam trip memancing yang memakan masa 4-5 hari.
Set lain perlu ada ialah set untuk jigging. Set jigging yang berkualiti tinggi amat penting kerana kawasan pelantar minyak merupakan lubuk ikan-ikan monster. Sekurang-kurang pun anda akan hangus RM1500-RM2000.
Untuk dua set pancing bottom dan jigging memerlukan dua jenis tali sulam yang berlainan kuasa. Untuk memasukkan tali ke dalam kedua-dua spool ini anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 lagi.
Selain itu perambut 60-100lb perlu disediakan dalam kuota yang mencukupi. Jig, popper, split ring, mata kail, batu ladung, fighting belt. Lain-lain perbelanjaan seperti kos perjalanan, ais, makan minum, semuanya memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai dan ala kadar, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.
Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam sakit sebelum bertolak. Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.
Biasanya, ramai yang tidak mementing soal ini sehinggalah merasai dan menyaksikan kekuatan tarikan ganas ikan-ikan mega di pelantar minyak. Ramai yang mengakui lain kali perlu lebih persediaan peralatan yang lebih baik termasuklah teknik ikatan pada popper dan shock leader yang lebih kemas. Lain kali sebelum datang, masuk gym dulu!
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut.
Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati.
Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya.
Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
2 Jenis Siakap
Dikatakan terdapat dua jenis siakap yang menghuni kebanyakan muara sungai. Yang pertama adalah dari jenis siakap putih keperakan.
Siakap jenis ini berbadan lebih panjang dan agak gempal. Ekornya pendek sedikit dan tidak begitu lebar.
Ia dikatakan sering ditemui di kawasan muara ketika musim siakap mudik ke muara.
Spesies ini apabila terdesak, khususnya sewaktu mahu melepaskan mata kail dari mulutnya, akan melompat dan bergerak dengan agresif ke atas permukaan air. Jenis yang kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan.
Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama.
Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.
Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar.
Ia lebih suka bertahan di dasar muara mengasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba.
Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.
Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri.
Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mansa melepaskan diri.
Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan siaz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.
Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing.
Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.
Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian.
Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...