Boleh dikatakan ikan haruan merupakan ikan yang paling banyak dipancing oleh para pemancing.
Ironinya, tidak ramai pula pemancing yang menjadikan ikan haruan sebagai salah satu diet utama.
Malah ramai yang tidak makan ikan haruan sedangkan banyak khasiat yang terdapat pada ikan haruan.
Sumber protein
Ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60-70 peratus protein kepada manusia.
Ads
Rendah lemak
Ikan haruan mengandungi lemak yang rendah berbanding dengan ikan air tawar lain iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan beratnya.
Anti oksidan
Ads
Ikan haruan turut mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
Masalah gastrik
Ikan haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka dan juga baik untuk penyakit gastrik.
Selain itu ikan haruan juga mengandungi glisin yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.
Sel baru
Ikan haruan turut mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing gelama pisang tidaklah semudah memancing ikan gelama biasa. Saya sendiri memakan masa beberapa bulan untuk berjaya memancingnya di perairan Pelabuhan Klang ini.
Ia mengambil masa untuk mengetahui selok belok lubuk kegemaran gelama pisang di kawasan delta berpasir dan berlumpur ini.
Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama memanjang ini.
Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh di pancing hampir di serata kawasan, gelama pisang hanya tertumpu di lubuk dalam teruama laluan arus keluar masuk.
Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.
Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.
Tapi saya mengakui masih belum mahir sepenuhnya dengan selok belok tabiat gelama pisang di sini.
Kalau setakat memancing sebagai hobi tidak mendatangkan masalah. Namun tumpuan saya agak terbatas berikutan kesibukan bot dan tongkang keluar masuk di muara sungai berhadapan lubuk tumpuan.
Maka faktor keselamatan menjadi asas utama mmancing di kawasan ini, bimbang dilanggar bot kayu atau tongkang.
Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya.
Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar.
Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.
Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak di imbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.
Peralatan dan Teknik
Memancing gelama pisang bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya.
Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai didalam perutnya.
Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.
Aksi hujung adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.
Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai mengunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan kedasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.
Kalau yang kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8, 9, atau 10 (kecil,halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.
Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama pisang di bawah 20 paun.
Perambut 20 hingga 40 paun amat memadai kerana ia mampu bertahan walupun di gigit sang gelama.
Tidak sporting kalau mengunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.
Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas.
Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!
Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar.
Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman itu memerlukan permit khas dari Johor National Park Corporation.
Pastikan tidur dan rehat yang cukup jika anda mengikuti trip perjalanan yang jauh. Terutamanya jika anda mudah mabuk laut. Tambah pula perairan terengganu yang lazimnya menjadi port mencandat sotong juga popular dengan alun ombaknya.
Sebaiknya cari tekong yang memiliki kemudahan dan fasiliti bot yang baik. Lengkap dengan gps dan sonar bagi mengesan kumpulan atau kandang sotong. Penting bagi korang yang pertama kali nak menyandat, pastikan bot tersebut selesa dan memiliki tandas.
Gunakan peralatan yang sesuai untuk mencandat. Jika menggunakan joran dan kekili, sebaiknya guna set sederhana dan jika menggunakan koyan, sebaiknya tali koyan berdiameter tebal agar tidak bersimpul dan memedihkan tangan.
Cara mencandat sotong adalah mengunjun candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung atau candat twist yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjut dengan cara mengendur dan menegangkannya. Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali secara sederhana.
Jika menggunakan candat mayat atau candat apollo, sebaiknya cubalah candat pelbagai warna dan perhatikan candat yang mana lebih disukai oleh sotong. Jika candat mayat atau candat udang kurang disukai oleh sotong, cuba pula candat umpan yang menggunakan umpan ikan.
Apabila candat mengena sotong, jangan karau atau gulung tali dengan laju dan kasar. Jangan juga terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri. Tarik secara bertenang dan apabila sotong muncul di permukaan air, biarkan ia memuntahkan dakwat sebelum mendaratkannya ke dalam bot.
Biarkan sotong yang berjaya dinaikkan mati sebelum memasukkannya ke dalam tong ais. Sekiranya ada tangkapan selain sotong, sebaiknya asingkan sotong dan ikan kerana kualiti dan rasa ikan akan terjejas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...