Kekili menegak model bulat (round bc) seperti Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition.
Oleh kerana itu amat penting untuk kita menyelenggaranya dengan baik. DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
Keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Spool pin removal
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Grease oil
Bearing oil
Cotton bud
Ads
Berus lukisan
Bekas kosong
Bekas tertutup (untuk cuci bearing).
Cara Servis:
Tutorial 1
Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Ads
Tutorial 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Tutorial 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Tutorial 4
Ads
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Tutorial 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Tutorial 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Tutorial 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bandaraya Alor Setar yang berkedudukan di pinggir Selat Melaka dan dikelilingi sistem sungai seperti Sungai Kedah, Sungai Langgar, Sungai Tajar, dan Sungai Anak Bukit menjelaskan lagi pancingan air masin menjadi pilihan utama.
Apabila laut tidak mesra pemancing, kolam air masin akan menjadi galang ganti sebagai pengubat rindu. Maka tidak hairanlah banyak kolam pancing komersial air masin beroperasi di Alor Setar umpama `koq’ di dalam kolam. Dan salah satu daripada kolam-kolam tersebut adalah kolam Kuala Kedah Sport Fishing.
Kolam Kuala Kedah Sport Fishing yang terletak di Kampung Keluncur, Mukim Kubang Rotan, Alor Star ini mula beroperasi pada Mac 2013 yang lalu oleh anak tempatan yang juga seorang kaki pancing tegar air masin.
Ir. Zainal Alam Hj Bakar, 58 tahun, memanfaatkan kawasan bakau bersebelahan dengan kuala Sungai Kedah ini dengan mengusahakan sebuah kolam memancing air masin bagi memenuhi minat penduduk setempat. Kolam berukuran 100 kaki X 50 kaki mendapat bekalan air masin secara terus dari kuala sungai bersebelahan kolam.
Seminggu sekali, penggantian air kolam akan dilakukan dengan mengepam keluar air kolam ke sungai ketika air sungai surut dan menyedut kembali air sungai ke kolam ketika air pasang.
Kolam berkedalaman 11 kaki dan menampung air sehingga 8 kaki dalam ini menempatkan ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar khususnya dari Sungai Merbok dan ikan-ikan laut lepas.
Jika tiada permasalahan stok dengan pembekal, pemancing akan berpeluang memancing siakap, siakap merah, bawal angsa, kerapu, jenahak, merah, aruan tasik serta gerepoh pada satu masa. Dengan kebanyakan ikan diperolehi daripada pembekal sangkar ternakan dan laut lepas, ia menjanjikan ikan-ikan di kolam Kuala Kedah Sport Fishing bukan saja seronok ditentang malah turut lazat untuk dijadikan juadah.
Beroperasi dari 9 pagi hingga 1 pagi setiap hari, dengan yuran memancing RM 50 bagi tempoh 4 jam pertama, RM 10 per jam untuk tempoh berikutnya, pemancing boleh membawa balik ikan yang berjaya dipancing dan dibenarkan untuk menyambung waktu memancing bila-bila masa saja jika gagal menghabiskan tempoh memancing untuk 4 jam pertama.
Ia merupakan satu keistimewaan berbanding kolam-kolam pancing air masin lainnya yang tidak membenarkan pemancing menyambung pancingan pada waktu-waktu lain sekiranya gagal menghabiskan tempoh memancing 4 jam pertama.
Selain dari kelebihan itu, kolam Kuala Kedah Sport Fishing turut mengadakan sistem ranking dan sistem pecah jackpot tanpa mengutip wang daripada pemancing. Dalam erti kata lainnya, sistem pertandingan yang disediakan adalah bebas dari unsur-unsur perjudian. Bahkan pihak kolam turut memberi bonus berupa 4 jam memancing percuma bagi pemancing yang telah 10 kali memancing.
Ikan-ikan yang dilepaskan lazimnya bersaiz yang hampir sama. Purata siakap bersaiz hingga 4 kg seekor, jenahak dari 1.5kg hingga 3kg. Siakap merah 1.5 hingga 2kg. Merah juga sekitar saiz 1.5 kg hingga 2 kg. Sementara kerapu pula, jika dibekalkan saiz-saiz kasar sehingga 10 kg, ia akan dijadikan ikan target pertandingan pecah jackpot.
Dan semua ikan-ikan ini boleh dipancing dengan menggunakan umpan udang hidup yang dibekalkan dengan harga serendah 70 sen seekor atau umpan ikan mati. Umpan anak ikan hidup sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya di kolam ini.
Kolam Kuala Kedah Sport Fishing ini juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas sebagaimana kolam lainnya. Dan sejurus team Majalah Umpan mengunjungi kolam ini, ia akan ditutup bagi tempoh 2 minggu bagi proses penyelenggaraan.
Khususnya bagi penyusunan semula ‘koq’ atau kolong di dasar kolam bagi kejadian ikan berkumpul pada sesuatu tempat sahaja dan menguntungkan beberapa pihak pemancing sahaja.
SOALAN: Boleh admin jelaskan jenis-jenis joran yang ada dan fungsinya?
JAWAPAN:
Pada asasnya, joran atau fishing rods terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu pole rod, batcasting rod dan spinning rod.
Pole Rod
Pole rod adalah merujuk kepada joran yang paling asas iaitu joran yang tidak memiliki cincin (guide) dan tidak menggunakan kekili. Hanya pada hujung joran atau tip sahaja terdapat seutas tali yang digunakan untuk menyambungkannya dengan tali utama. Pole rod ini digunakan secara meluas dalam teknik pole fishing atau course fishing. Di Malaysia, lazimnya pole rod ini digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti sepat, puyu serta udang galah di kolam-kolam komersial.
Baitcasting Rod
Baitcasting rod atau joran yang dipadankan dengan kekili menegak ini boleh dianggap sebagai joran yang berlawanan dengan joran untuk kekili mendatar. Selain itu baitcasting rod ini lazimnya memiliki trigger atau pemetik bagi mengukuh lagi pegangan tangan pada joran dan kekili. Ini adalah kerana kekili pada joran ini akan diletakkan menegak di atas joran. Selain itu terdapat beberapa ciri lain yang membezanya.
Spinning Rod
Secara asasnya spinning rod ini adalah sama sahaja dengan baitcasting rod. Perbezaan paling ketara joran ini tidak memiliki trigger sebagaimana joran kekili menegak. Disebabkan joran ini digunakan bersama kekili mendatar maka cincin pertama joran lebih besar berbanding joran kekili menegak. Begitu juga dengan jumlah cincin lazimnya ia lebih sedikit berbanding baitcasting rod.
Memang sedih, menyayat hati, pilu, marah dan pelbagai lagi perasaan negatif saat kita seronok mendapat habuan pancingan, tiba-tiba rakan yang kita suruh mengambil gambar kita bersama ikan tu shoot tidak cantik, angle tak menarik (muka kita tak senyum / gambar tidak centre / ternampak gigi kita yang tak tersusun). Paling teruk bila gambar tu kabur.
Itu gambaran semua kaki pancing bila mana tiada gambar langsung boleh dipakai untuk buat kenang-kenangan. Apa tidaknya, langsung tak menepati kehendak hati kita.
Ada yang kabur, ada yang tidak nampak muka, ada yang terlalu terang, dan macam-macam lagi. Harapkan gambar dari handphone pula, ‘memori card penuhlah’, ‘lambat snap lah’, ‘handphone rosaklah’… macam-macam.
Banyak faktor yang menyebabkan ‘kejadian’ sebegini berlaku hingga kita jadi hampa sebab tidak dapat tunjuk kepada rakan-rakan Facebook yang kita berjaya dapat tangkapan sekian dan sekian.
Diharapkan selepas ini anda lebih berwaspada setiap kali ambil gambar supaya kenangan tersebut terpahat di ingatan sampai bila-bila.
Tidak Fokus
Kesalahan yang paling kerap berlaku bila foto yang dihasilkan menjadi kabur. Punah rasa hati. Ia mungkin disebabkan oleh kurang fokus pada bahagian yang salah pada objek, objek bergerak terlalu laju dan anda menetapkan setting manual yang tidak betul. Oleh itu, sebelum kawan dapat habuan, anda dah boleh setting pada pergerakan laju supaya ia freeze gambar tersebut.
Seharusnya anda menggunakan ISO 100 dan boleh set pada shutter speed lebih dari 200 untuk mendapatkan gambar yang pegun.
Objek Bergerak
Ini adalah kerana anda menetapkan setting manual dengan shutter speed yang lambat. Seharusnya anda menggunakan ISO 100 dan boleh set pada shutter speed lebih dari 200.
Gambar blur. Memang tiada makna bagi orang yang minta diambilkan gambar.
Imej Bergoyang
Ia terjadi disebabkan oleh tangan jurufoto tersebut bergoyang kerana penarikan nafas, banyak bergerak, tidak bersedia dan sebagainya. Seharusnya jurufoto harus sentiasa bersedia ataupun anda boleh guna tripod.
Cuci permukaan lensa bagi mengelakkan dari berhabuk.
Noise Tinggi
Hindari penggunaan noise terlalu tinggi sewaktu merakam waktu malam seperti menggunakan ISO 1600. Bimbang gambar jadi pecah dan seolah-olah berpasir. Tompok titik-titik lebih ‘mencacatkan ‘gambar kenangan terindah anda.
Perhatikan noise yang tinggi kelihatan pada imej gambar jika ada menaikkan setting ISO.
Kekerapan Penggunaan Auto Focus
Jangan kerap menggunakan auto focus kerana bimbang objek tidak ‘tajam’ (sharp). Adalah lebih elok anda menggunakan manual kerana ia mudah dikawal dan senang mendapatkan gambar terbaik.
Bersihkan Peralatan Kamera
Kamera anda berhabuk teruk. Pastikan sebelum guna, anda sudah mengelapnya hingga bersih. Perkara ini selalu diambil enteng oleh semua kerana pemancing lebih menumpukan perhatian terhadap persediaan umpan, mesin dan joran.
Jangan begitu, jika anda dapat habuan seperti kerapu gergasi ke, kamera pakai kamera telefon, memang tak cantik. Lagi-lagi sekarang menggunakan touch screen, susah nak kawal bila tersalah tekan. Penat member posing lama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...