Menurut istilah, sauh adalah sejenis benda yang diperbuat daripada besi ataupun logam untuk menambat kapal agar tidak berpindah ke tempat lain kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Sauh merupakan salah satu alat yang tidak kurang pentingnya ketika memancing menggunakan sampan atau bot. Terutama ketika di laut atau pun di lokasi yang kurangnya tempat untuk menambat bot. Penggunaan sauh dapat membantu bot pegun di lubuk yang dikehendaki.
Bahkan logo sauh juga telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim. Namun di sebalik penggunaannya, terdapat teknik mengikat sauh dengan betul bagi kegunaan perahu kecil. Tidak kira ia dibeli yang telah siap dan dijual di kedai-kedai marin ataupun sauh yang dibuat sendiri ia perlu ada sifat-sifat keselamatan.
Ads
Hampir setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh. Kenapa ia direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita.
Ads
Bagaimana sauh berfungsi?
Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku. Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot.
Ads
Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang dikehendaki.
Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya baru mula berjinak-jinak dengan memancing dan sering memancing gelama di sekitar tempat tinggal saya. Soalan saya, apakah umpan yang terbaik untuk memancing ikan gelama?
Jawapan:
Ikan gelama merupakan antara spesies ikan yang seronok dipancing dan memiliki peminatnya tersendiri.
Antara sebabnya adalah kerana ia mudah ditemui. Malahan taburannya memang banyak di pesisir pantai di Malaysia.
Ia juga bukanlah spesies yang sulit untuk dipancing.
Bagi spesies gelama, tidak sukar untuk memilih umpan yang tepat. Perumpun dan udang kopek antara umpan terbaik bagi memancing gelama.
Begitu juga dengan isi ikan atau sotong. Malah saya sendiri cukup suka menggunakan isi ikan belanak yang dihiris, untuk memancing gelama.
Ini kerana ia liat dan tidak mudah habis dikutil oleh ikan kecil.
Sementara teknik pancingan gelama juga tidaklah terlalu rumit. Boleh dikatakan apa saja teknik perambut boleh digunakan asalkan dipancing dengan konsep pancingan dasar.
Terpulanglah sama ada ingin menggunakan perambut dua atau satu mata untuk memancing spesies ini. Malah untuk menggunakan apollo berumpan pun boleh.
Penjelasan umum gear ratio ialah jumlah putaran rotor dalam satu kali putaran pengayuh atau handle. Pengayuh melekap pada drive gear. Ketika pengayuh kekili, drive gear memutar rotor melalui pinion gear. Jadi, bolehlah dikatakan juga bahawa gear ratio adalah perbandingan jumlah gigi antara drive gear dan pinion gear.
Contohnya, jika drive gear berjumlah 84 dan gigi pinion gear berjumlah 16 maka gear rationya adalah 5.2:1. Rotor akan berputar 5.2 kali setiap kali kita memutar pengayuh satu putaran penuh. Ada dua perkara utama yang perlu diketahui sewaktu membeli kekili. Yang pertama, kekili dengan gear ratio rendah memiliki kekuatan menarik beban lebih baik berbanding dengan gear ratio tinggi.
Yang kedua, keterangan gear ratio pada kotak bungkusan bukan menyatakan kecepatan penggulungan tali pancing (line retrieve) melainkan hanya informasi ratio mekanis gear yang ada di dalam kekili tersebut. Kecepatan line retrieve dipengaruhi oleh besar diameter spool dan kapasiti tali dalam spool.
Sebagai contoh, kekili bergear ratio 4.3:1 dengan diameter spool 6cm, dalam satu putaran handle mampu menggulung tali masuk 65cm berbandingkan kekili bergear ratio 6.3:1 dengan diameter spool 4cm mampu menggulung benang masuk 69cm di mana kondisi kedua spool terisi penuh tali. Terdapat perbezaan 4 cm, jika diameter spoolnya sama seharusnya kekili bergear ratio tinggi mampu menggulung benang lebih dari 100cm.
Bagi kebanyakan pemancing, perbezaan dalam ukuran sentimeter ini seperti diabaikan setelah mengetahui bahwa kekili yang bergear ratio rendah lebih kuat dalam menarik beban. Penjelasan gear ratio ini juga berlaku bagi kekili baitcasting dan multiplier untuk trolling.
Boleh tak kalau kita letak minyak (minyak pelincir) pada tali braided? Bukan apa… ada la member yang cakap kalau nak bagi tali braided ni tahan lama dan kuat, elok sapukan minyak. Lebih-lebih lagi kalau memancing laut dalam.
JAWAPAN:
Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulaman kerana beberapa perkara.
Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.
Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut.
Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan.
Ia bertujuan bagi tali digunakan semaksimum yang mungkin.
Seperkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...