Keseronokan sebenar memancing ikan peacock bass adalah melalui teknik casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Maka tidak hairanlah pelbagai jenis gewang terdapat di pasaran bagi kepuasan kaki casting yang semakin besar bilangannya.
Sama seperti tempat lain, peacock bass Air Kuning tidak segan silu menghentam pencil dan popper berukuran 5-7cm lebih-lebih lagi ketika ia begitu galak menghambur anak-anak ikan di permukaan air. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan gewang permukaan kalau bertandan ke ke sini.
Ads
Malah, toman, haruan, sebarau dan jelawat juga banyak diberitakan gemar menghentam gewang permukaan. Gewang-gewang seperti Megabass dog-x, Jackall mudsucker, Ofmer catwalk, Yo-zuri 3D/3DS popper serta Jackson RA Pop sering diperkatakan akan keberkesanan penggunaannya di kalangan pengilat yang berkunjung ke sini.
Ads
Warna lazim adalah skema terang seperti fire tiger, merah dan oren. Warna natural dan transparent juga begitu efektif untuk digunakan di sini semasa matahari telah semakin meninggi.
Waktu ini, penggunaan gewang selaman, suspending dan sinking lebih praktikal terutamanya Storm flutterstick, Lucky Craft wander dan Smith pannish. Penggunaan soft plastic dan clouser spinfly yang diikat pada pemberat juga antara yang popular digunakan bagi memujuk PB yang berlegar jauh di bahagian dasar lombong.
Ads
Satu lagi kaedah yang efektif untuk diaplikasikan di sini adalah teknik tundaan menggunakan gewang selaman dalam. Antara spesies lain yang biasa didaratkan dengan menggunakan teknik ini adalah belida, toman, baung dan juga tapah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ambil pemukul telur dan letak di penghujung joran. Sebaiknya pastikan pemukul telur dapat diikat pada joran di antara dua cincin.
Ia bertujuan bagi menghalang alat pemukul telur ini menggelongsor turun atau naik. Ikat dengan ketat dengan menggunakan cable tie bagi menghalang pemukul telur itu melurut dan tercabut ketika proses melepaskan gewang yang tersangkut.
Penyelamat gewang ini bolehlah digunakan untuk melepaskan gewang yang tersangkut pada reba di dalam atau pada batang pokok yang tidak dapat dicapai dengan tangan.
Penyelamat gewang ini tidak perlu disiapkan terlebih dulu di rumah. Tentu korang malu untuk membawanya pergi ke mana-mana trip.
Sebaiknya bawa saja alatan keperluan tersebut di dalam beg memancing. Apabila berlaku kejadian gewang tersangkut di atas pokok, barulah jadikannya sebagai alat penyelamat gewang.
Joran 2 pieces yang telah rosak juga boleh digunakan sekiranya tiada joran 1 piece. Tapi pastikan anda bawa sellotape bersama bagi menguatkan sambungan joran.
Suatu ketika dahulu saya pernah mendengar tentang kewujudan tali perambut halimunan yang dinamakan `perambut hantu’ tetapi kini sudah tidak kedengaran lagi. Boleh tak admin jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perambut hantu?
JAWAPAN:
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal. Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
Boleh tak admin ceritakan serba sedikit tentang ikan KUKU dan bagaimana cara untuk memancingnya?
JAWAPAN:
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika memerhatikan barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...