Nak Casting Di Air Ganda? Ini Yang Perlu Korang Buat

Share

 

Orang kata, lain padang lain belalang… begitu jugalah perihalnya dengan toman. Lain padang pancing, lain karenah si toman ni. Sekiranya korang berhajat untuk menjinakkan toman di Air Ganda, panduan yang disediakan ini perlu korang hadam.

 

Pakej Memancing

Khidmat memancing di Air Ganda berkonsepkan pakej casting harian. Jika kaki pancing mahu memancing lebih dari sehari, perlulah menginap di hotel di pekan Gerik sebelum keesokan harinya datang semula ke Air Ganda. Tak dapat dipastikan di perkampungan ini ini sudah menyediakan chalet atau homestay.

 

 

Metod Pancingan

Selain casting atau mengilat menggunakan umpan tiruan atau gewang, Air Ganda juga menjadi kegemaran kaki fly fishing untuk bergasak dengan toman. Malah jika korang berhasrat untuk memancing toman dengan menggunakan umpan keli pun bukanlah satu kesalahan. Yang penting adalah memancing, bukan metod pancingan.

 

 

Fishing guide

Korang juga boleh membawa bot sendiri ke sini, tetapi tidak ramai yang berani membawanya, lantaran landskap Air Ganda yang berliku-liku yang mampu menyesatkan. Jadi, gunakan saja khidmat fishing guide yang ditawarkan.

 

Sampai Awal

Pada awal pagi gunakanlah gewang jenis permukaan atau top water kerana toman lebih tertarik dengannya. Selain itu pada ketika inilah korang berpeluang melihat sambaran-sambaran rakus gewang di depan mata. Jadi, pastikan anda tiba awal ke jeti.

 

 

Peratus strike

Peluang untuk mendapatkan strike toman amat tinggi sekiranya gewang dilontar sehampir mungkin di hadapan atau sisinya. Lontaran di bahagian belakang (bahagian ekor) agak sukar mendapat sambaran.

 

 

Penyelamat gewang

Alat penyelamat gewang atau lure retriever jangan sesekali terlupa bawa jika ke sini. Lebih-lebih lagi jika menggunakan gewang selaman dalam. Landskap Air Ganda dipenuhi dengan pokok-pokok tenggelam yang berceranggah.

 

 

Tiada saingan

Populasi toman Air Ganda sentiasa membiak ekoran faktor makanan (terutamanya ikan loma dan bilis air tawar) yang banyak selain faktor dipenuhi bangkar-bangkar kayu dan tiada musuh. Dalam erti kata lainnya, peluang untuk korang kumpau di sini sebenarnya agak rendah.

 

 

Keperluan

Makanan tengah hari perlu dibeli siap-siap dari luar atau bagi yang rajin memasak bolehlah membawa kelengkapan ringkas. Bekalan air terutama air mineral juga perlu cukup kerana casting seharian memerlukan tenaga dan air yang banyak. Dan tentu saja jangan dilupakan jaket keselamatan!

 

IKLAN