Jika dibandingkan dengan kebanyakan umpun, umpun-sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing. Ada juga yang memanggilnya umpun sarang. Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan. Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2 kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarung.

 

Antara kelebihan lain pumpun sarung ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari. Umpun sarung juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.

 

Mengenal Umpun Sarung & Cara Mencari!!

 

IKLAN

Untuk mencari dan dapatkan umpun sarung juga tidaklah susah sangat. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai. Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar.

 

Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis. Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarung umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarung sering bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarungnya tertonjol ke atas permukaan.

 

Mengenal Umpun Sarung & Cara Mencari!!

IKLAN

 

Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarung adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarung amat sensitif pada persekitaran. Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarungnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut. Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarungnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarungnya.

 

Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarung juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpan ia keluar dari sarung. Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nanas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh). Basahkan dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarung umpun-umpun tersebut.

IKLAN

 

Mengenal Umpun Sarung & Cara Mencari!!

 

Sekiranya ia ada di dalam sarung, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar. Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarung, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan elektrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan. Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.

 

Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarung hendaklah diambil bersama sarungnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI