Barracuda adalah nama umum untuk ahli keluarga Sphyraenidae dan spesies tunggal dalam genus Sphyraena.

Di negara kita spesies barracuda ini lebih dikenali dengan nama atau panggilan tempatan alu-alu, kacang-kacang, tenuk dan lain-lain.

Ia merupakan ikan yang agak popular atas sebab yang tersendiri.

 

Walaupun genus tunggal namun ia terdapat 29 spesies di serata dunia dan 7 spesies di temui di perairan negara kita. Taburan barracuda amat meluas.

Mereka boleh ditemui di bahagian tropika dan sub-tropika, di lautan Atlantik, India dan Pasifik.

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

 

Kebanyakan spesies dari genus Sphyraena ini mendiami perairan pantai cetek seperti teluk, estuari, atau sekitar terumbu karang, dan juga di permukaan lautan terbuka atau perairan kedalaman sehingga 100 meter atau lebih.

 

Barracuda dikenali dengan saiznya yang besar (sehingga kira-kira 2 meter panjang) dan penampilan menakutkan dan gigi besar yang tajam.

Barracuda boleh dikenali memiliki badan mereka yang panjang seperti torpedo, kepala panjang dan runcing, dua sirip dorsal pendek yang luas dan gigi besar, tajam, rata atau kerucut yang tidak sama rata pada rahang dan palatin.

Ad 😭

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

 

 

Barracudas adalah ikan karnivor yang biasanya makan pada ikan lain. Mereka mungkin menyerang manusia apabila diprovokasi. Spesies juvenil lazimnya hidup dalam kumpulan kecil atau besar, tetapi apabila dewasa ada yang bersendirian.

 

Ikan barracuda adalah salah satu predator yang paling sengit di perairan tropika. Mereka akan melingkari ikan-ikan kecil hingga ikan-ikan kecil tersebut membentuk sebuah

kelompok dan membuat ikan-ikan kecil tersebut ketakutan, pada saat yang bersamaan ikan barakuda akan menyelam ke dalam gerombolan ikan-ikan kecil lalu akan memangsa ikan-ikan kecil tersebut yang sedang berada dalam ketakutan.

Ad 😭

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

 

Dari aspek morfologi, badan ikan alu-alu ini dilitupi sisik-sisik yang halus (sisik ctenoid). Mulut berbentuk superior dan kebanyakan memiliki ekor berbentuk pendayung.

Barracuda juga tidak memiliki sirip adipose iaitu sirip kecil antara bahagian sirip dorsal dan ekor.

 

Ikan barakuda biasa ditemukan di permukaan atau dekat permukaan air. Namun turut turun hingga dasar untuk memburu makanan.

Barracuda termasuk jenis ikan pelagik yang menjadikan ikan-ikan kecil, udang, sotong sebagai diet utama.

Ad 😭

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

 

Taksonomi

 

  • Kingdom : Animalia
  • Phylum : Chordata
  • Class : Actinopterygii
  • Order : Scombriformes
  • Family : Sphyraenidae
  • Genus : Sphyraena

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

 

Species:

  • Sphyraena arabiansis E. M. Abdussamad, Ratheesh, Thangaraja, Bineesh & D. Prakashan, 2015 (Arabian barracuda)
  • Sphyraena acutipinnis F. Day, 1876 (Sharpfin barracuda)
  • Sphyraena afra W. K. H. Peters, 1844 (Guinean barracuda)
  • Sphyraena argentea Girard, 1854 (Pacific barracuda)
  • Sphyraena barracuda (G. Edwards, 1771) (Great barracuda)
  • Sphyraena borealis DeKay, 1842 (Northern sennet)
  • Sphyraena chrysotaenia Klunzinger, 1884 (Yellowstripe barracuda)
  • Sphyraena ensis D. S. Jordan & C. H. Gilbert, 1882 (Mexican barracuda)
  • Sphyraena flavicauda Rüppell, 1838 (Yellowtail barracuda)
  • Sphyraena forsteri G. Cuvier, 1829 (Bigeye barracuda)
  • Sphyraena guachancho G. Cuvier, 1829 (Guachanche barracuda)
  • Sphyraena helleri O. T. Jenkins, 1901 (Heller’s barracuda)
  • Sphyraena iburiensis Doiuchi & Nakabo, 2005
  • Sphyraena idiastes Heller & Snodgrass, 1903 (Pelican barracuda)

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda
Sphyraena Obtusata
  • Sphyraena intermedia Pastore, 2009
  • Sphyraena japonica Bloch & J. G. Schneider, 1801 (Japanese barracuda)
  • Sphyraena jello G. Cuvier, 1829 (Pickhandle barracuda)
  • Sphyraena lucasana T. N. Gill, 1863 (Lucas barracuda)
  • Sphyraena novaehollandiae Günther, 1860 (Australian barracuda)
  • Sphyraena obtusata G. Cuvier, 1829 (Obtuse barracuda)
  • Sphyraena picudilla Poey, 1860 (Southern sennet)
  • Sphyraena pinguis Günther, 1874 (Red barracuda)
  • Sphyraena putnamae D. S. Jordan & Seale, 1905 (Sawtooth barracuda)
  • Sphyraena qenie Klunzinger, 1870 (Blackfin barracuda)
  • Sphyraena sphyraena (Linnaeus, 1758) (European barracuda)
  • Sphyraena tome Fowler, 1903
  • Sphyraena viridensis G. Cuvier, 1829 (Yellowmouth barracuda)
  • Sphyraena waitii W. Ogilby, 1908

 

Info Spesies – Kenali Spesies-Spesies Barracuda

(sumber spesies: Wikipedia)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI