Biasanya apollo sangat efektif untuk memancing ikan umpan seperti: selar, tamban, selayang, kembung dan banyak lagi ikan pelagik termasuk jugalah ikan-ikan dasar. Selain digunakan untuk mencari umpan hidup, ia juga digunakan secara meluas untuk memancing ikan pelagik bersaiz lebih kasar.
Umumnya, apollo digunakan bersama pemberat atau batu ladung sahaja. Sekiranya berada di kawasan unjam atau kelong, apollo hanya perlu dilepaskan ke bawah namun tidak perlu sampai ke dasar sekiranya bertujuan untuk mencari umpan pelagik seperti tamban atau selar.
Ads
Ikan-ikan ini biasanya berada di bahagian permukaan atau pertengahan air sahaja. Sementara di bahagian dasar lazimnya akan diambil oleh anak-anak ikan demersal seperti kunyit, kerisi atau kerapu.
Sekiranya tiada sentapan maka karau tali beberapa kali serta berhenti dan angkat beberapa kali. Ini diulangi sehingga mendapat ikan. Cara ini adalah untuk mengenal pasti pada kedalaman apa ikan yang diburu berada.
Ads
Sekiranya di kawasan boya atau kapal parkir, sebaiknya memburu di bahagian kepala arus (bahagian hadapan kapal atau boya yang didatangi arus). Lontarkan apollo ke bahagian ini dan biarkan ia tenggelam seketika kemudian karau dalam tempoh sederhana laju.
Ads
Penggunaan pemberat pula bergantung kepada kelajuan arus dan saiz ikan yang dicari. Sebaik-baiknya guna ladung yang agar berat kerana ia lebih cepat dan tepat memasuki kawasan kawanan ikan serta dapat mengelak daripada apolo berbelit apabila terkena ikan bersaiz kasar yang berupaya mengapungkan pemberat.
Salah satu lagi caranya ialah dengan meletakkan sedikit umpan hirisan isi sotong, ikan atau udang pada 3 mata kail di hujung dan membiarkan batu pemberat sampai ke dasar dan angkat beberapa kali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Joran merupakan alatan pancing paling penting yang perlu dijaga dengan rapi demi mengekalkan prestasinya ketika beraksi. Sebenarnya, dari hujung hingga pangkal joran perlulah dijaga dengan baik. Walaubagaimana pun terdapat beberapa bahagian joran yang perlukan penjagaan rapi. Bahagian-bahagian ini biasanya akan terlebih dulu berhadapan dengan masalah jika tidak dijaga dengan elok.
Cincin (guide)
Terutamanya bahagian dalam cincin yang diperbuat daripada seramik kerana jika terdapat sedikit tekanan yang dikenakan ke atasnya ia mudah pecah. Ini kerana sifat seramik itu sendiri yang keras tetapi rapuh. Sementara bahagian cincin yang perlu diberikan perhatian ialah cincin hujung kerana ia merupakan tumpuan utama tali dikenakan ke atasnya.
Hujung joran (tip)
Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran. Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.
Gam epoksi
Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air. Jika epoxy terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus. Rajin-rajinlah periksa bahagian ini.
Penyambung joran
Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca. Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.
Pemegang joran (handle)
Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.
Pemegang kekili (reel seat)
Bahagian pemegang joran ini paling cerewet jika berlaku kerosakan. Tidak ramai pembuat joran custum sedia menerima tugas untuk menukar pemegang joran yang rosak. Bagi memastikan bahagian ini tidak cepat rosak, pastikan anda memasukkan tapak kekili dengan betul dan tidak mengetatkannya secara berlebihan.
Sekarang ini saya dapat ada pemancing membezakan reel dengan jumlah ball bearing yang ada. Saya agak keliru kenapa ia menjadi persoalan. Sekaligus buat saya jadi pening pulak nak pilih reel. Reel mana yang lebih baik, yang tak banyak ball bearing atau yang banyak?
JAWAPAN:
Sebelum ini, boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengambil soal sangat jumlah ball bearing atau galas bebola yang digunakan dalam sistem kekili. Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja.
Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni. Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.
Ball bearing yang dimaksudkan ialah jumlah galas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili. Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
Ball bearing tu untuk apa? Ia bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.
Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit.
Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Begitu pun, ball bearing boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.
Salam admin… boleh tak admin jelaskan fungsi titik hitam bulat pada sesetengah gewang?
JAWAPAN:
Setiap pancingan yang menggunakan umpan tiruan atau gewang, faktor warna dan kedalaman air sangat perlu diambil kira. Oleh kerana warna gewang yang kita gunakan akan memberi impak pada penglihatan ikan di dalam air seperti warna yang terang seperti oren; merah; kuning dan hijau akan hilang dalam satu tahap kedalaman air.
Warna air dan keadaan cuaca juga memberi kesan kepada penggunaan gewang. Air keruh, jernih, hijau dan air hitam, semua memberi effect pada gewang yang kita gunakan. Kalau bintik pada badan gewang… mungkin untuk menyerupai anak-anak ikan buruan seperti sepat atau apa lagi ikan yang ada bintik.
Sebenarnya admin tidak pasti jawapan yang sebenar. Namun pada pendapat saya, fungsi bintik hitam seakan tahi ini akan jadi titik penarik perhatian pada ikan. Pada gewang lure yang aksinya lebih pada wobling… bintik hitam ini akan kelihatan seperti satu garis `hidup’ pada badan gewang. Sama juga dengan gewang yang aksinya berenang selari. Bintik hitam ini akan jadi titik penarik perhatian ikan bila digayakan.
Untuk lebih jelas cuba buat video action lure bergerak lepas tu fast forwardkan video tu. Nak lagi senang, pergi dekat table fan buat satu bintik hitam kat salah satu bilah kipas, lepas tu pusing dengan tangan nanti bintik hitam tadi akan membentuk satu garisa. Macam itu jugalah keadaan bintik hitam atau tahi lalat pada gewang akan kelihatan bila bergerak. Ini pendapat admin la.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...