Saya baru berjinak dengan hobi ini dan terus terang saya banyak perkara yang belum saya ketahui mengenai istilah Rapala dan gewang. Apakah ia dan bagaimanakah rupa bentuknya.
JAWAPAN:
Istilah bagi alatan yang digunakan di dalam sukan memancing amatlah banyak sekali, saya akan cuba kupaskan secara asas supaya saudara dapat memahaminya.
IKLAN
RAPALA – Ia adalah jenama bagi produk bagi pembuat gewang yang berasal dari Sweden dan amat tersohor di seluruh dunia termasuk banyak digunakan oleh ramai pemancing di Malaysia sebagai nama sandaran kepada gewang yang kita panggil plug.
IKLAN
Berikutan kepopularan gewang berjenama Rapala pada ketika itu dan hampir tiada saingan daripada jenama lain, secara tidak langsung dengan sendiri pemancing lebih senang menyebut Rapala itu adalah gewang, bukannya jenama. Situasinya hampir sama dengan Maggi sebagai mee segera.
GEWANG – adalah umpan tiruan yang diperbuat dari kayu, besi,logam, plastik, bulu binatang atau bulu unggas, benang, kain, getah dan lain lain yang bertujuan untuk mensimulasi dan mengalakkan ikan menyambar untuk makan atau pun untuk mempertahankan diri.
IKLAN
Di bawah badan, di bahagian ekor atau yang tersembunyi terdapat mata kail untuk menacapkan ke badan ikan. Ianya dicipta untuk menjadikan ikan tidak mampu menahan godaan atau sekurang-kurangnya secara mental.
Ikan menyambar gewang dengan sebab ia lapar, marah, cemburu, menjaga anak-anaknya atau menjaga wilayahnya. Oleh itu kebanyakan gewang yang dicipta mengambil bentuk ikan atau silauan ikan atau pergerakan sebagai nilai utama penciptaannya. Terdapat berbagai jenis gewang di pasaran yang di pecahkan kepada beberapa kategori seperti plug, spinner, spoon dan pelbagai lagi.
Dah agak lama saya guna tali pancing (braided dan tangsi) dan masih dalam keadaan ok. Sepatutnya berapa lama tempoh kita kena tukar tali-tali ni? 6 bulan sekali atau setahun sekali?
JAWAPAN:
Jangka hayat pada tali sulam atau tali tangsi bergantung kepada beberapa aspek. Pertamanya tentu sahaja cara penggunaan, kawasan padang pancing, cara penyimpanan, tempoh pengunaannya dan jenama tali tersebut turut sama memainkan peranannya.
Menurut pemerhatian saya, tali sulam atau tali tangsi tiada tamat tempoh selagi ia disimpan dengan kaedah yang betul. Contohnya saya masih menggunakan tali-tali tersebut yang sudah melebihi usia 10 tahun (berdasarkan tarikh pengeluaran tali tersebut) dan berfungsi dengan sempurna. Apa yang penting ialah mengetahui cara penjagaan serta cara mengesan masalah pada tali pancing yang perlu ditukar.
Sebaliknya jika kita kerap memancing (setiap minggu contohnya) dan kerap pula menarik ikan, walaupun ia masih kelihatan ok tetapi prestasinya sudah menurun. Terutamanya tali tangsi. Apabila ia kerap meregang ketika menarik ikan, tahap keanjalannya akan berkurang. Anda boleh memeriksa tahap anjalan tali tangsi ini dengan meregangkannya. Jika sudah kurang meregang maka eloklah ia ditukar.
Sementara tali braided pula anda perlu melihat keadaan permukaannya. Sekiranya terdapat kesan calar atau geseran maka eloklah ia dibuang bahagian hadapan dalam beberapa meter. Ia tidak perlu diganti baru terutamanya jika bahagian di dalam spool masih dalam keadaan sempurna.
Saya masih baru lagi dalam pancingan laut terutamanya pancingan dasar laut dalam yang menggunakan perambut panjang. Masalah yang saya selalu hadapi ialah apabila mengarau pancing untuk memeriksa umpan, saya dapati perambut yang digunakan berbelit sesama sendiri dengan tanduk dan tali utama. Kenapa ia berlaku macam tu admin?
JAWAPAN:
Apa yang berlaku kepada saudara ini melibatkan beberapa perkara tetapi perkara utama ialah soal panjang pendek tanduk dan perambut yang digunakan dan keduanya ialah kelajuan melepaskan umpan ke dasar atau kelajuan tali utama yang keluar dari kekili.
Berkaitan dengan jenis tanduk, jika lubuk dalam dan keadaan air itu laju, mungkin tanduk pendek sudah memadai, kerana tak ramai sukakan tanduk yang panjang sedepa.
Tapi jika arus mati dan lubuk pula dalam, maka tanduk yang panjang digalakkan seafdalnya separuh depa.
Ini bertujuan mengelakkan air mati merangsang terjadinya kes-kes umpan panjat pokok terutamanya jika kita melepaskan tali utama dengan kadar yang begitu cepat.
Begitu juga dengan halnya tali perambut panjang pendek. Namun yang lebih penting adalah cara melepaskan umpan.
Sebaiknya kita perhatikan dahulu keadaan perambut di dalam air. Apabila melihat keadaan perambut membuat mengikut arus barulah kita lepaskan tali utama dengan tempo yang sepadan.
Untuk mengurangkan risiko perambut berbelit dengan tali utama atau panjat pokok ini disarankan juga anda menggunakan perambut kejutan atau shock leader yang disambungkan pada tali utama (tali sulam) kira-kira 3-5 meter.
Setelah berjaya melangsungkan pertandingan memancing udang galah berlandaskan silaturahim, pihak urusetia dan Rumah Rakit Temerloh melangsungkan pula Event Silaturahim Edisi Kedua pada awal September lepas.
Kejayaan event pertama juga merangsang peningkatan peserta pada edisi kedua.
Sekurang-kurangnya 20 buah bot para peserta memenuhi lubuk-lubuk berpotensi di Sungai Pahang, berhampiran dengan lokasi Rumah Rakit Temerloh.
Pertandingan yang dilangsung jeti Rumah Rakit Temerloh itu bermula pada jam 8 pagi sehinggalah 5 petang.
Beberapa kategori pertandingan diadakan dan hadiah bagi setiap kategori dibiayai oleh para peserta sendiri bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut.
Menurut pemilik Rumah Rakit Temerloh yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Salleh, tujuan event dilangsungkan adalah bagi membolehkan kesemua pemancing udang galah seluruh negara berkumpul bagi mengeratkan lagi silaturahim.
Keputusan Event RRT Edisi 2
KING OF JENGGO (CUKUP SIFAT) (SEPIT BIRU TERBERAT)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...