Ikan lomah di sesetengah tempat digelar tongsan loma atau loma. Lomah adalah sejenis ikan air tawar yang hidup antara perimeter pertengahan dan permukaan air. Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ads
Ikan lomah merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus pada bahagian kepala ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Ads
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus. Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya. Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis. Ia dikenali pasti sebagai ikan asal negara kita yang boleh ditemui di sungai dan tasik utama.
Belida bintik
Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.
Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback. Ia dipercayai bukanlah ikan asal negara kita sebaliknya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur.
Belida selat (selat)
Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.
Spesies belida terkecil dalam famil Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Dalam kajian terbaru (Walton et al 2015) common mahseer of Malaysia iaitu kelah merah yang selama ini dikelasifikasikan sebagai Tor tambroides telah diganti dengan Tom tambra. Kajian ini sekaligus merubah nama saintifik kelah merah (semenanjung) dan empurau (Sarawak) yang sekian lama telah digunapakai. Walaubagaimana pun spesies Tom tambroides tidak dapat dipastikan bagaimana rupanya.
Tor tambra atau kelah merah telah menjadi ikon raja air tawar dan sering diburu oleh kebanyakan pemancing. Gelaran raja air tawar ini disebabkan oleh kesukaran mendapatkannya selain mempunyai nilai yang tinggi sebagai hidangan dan juga perhiasan akuarium. Ramai juga yang memburu spesies ini pulang hampa dek tamparan kumpau atau ikan tak buka mulut. Jom kita selidik lebih lanjut tentang sang raja air tawar ini.
Ikan kelah atau mahseer merupakan antara spesies bernilai tinggi dan sering menjadi buruan kaki pancing khususnya di negara kita. Selain mempunyai nilai tinggi dibuat hidangan makan, spesies daripada keluarga kap (cyprinnidae) ini juga menjadi ikan sukan yang sangat popular sehingga digelar ‘Raja Air Tawar’ di kalangan pemancing.
Dalam pengelasan taksonomi, perincian spesies agak sukar dibezakan kerana mempunyai sifat luaran yang hampir sama. Secara amnya, kelah dikelaskan dalam tiga genus iaitu Tor, Neolissochilus dan Naziritor. Gelaran mahseer biasanya merujuk kepada spesies dalam genus Tor. Di negara kita, spesies kelah merah telah dikenal pasti sebagai Tor tambra atau Malayan mahseer.
Mengimbau kembali ke belakang, spesies kelah pertama telah dihuraikan secara saintifik oleh Francis Buchanan- Hamilton sekitar 1822 iaitu Tor tor (Short-gilled mahseer). Hamilton juga merupakan penemu kepada spesies T. putitora (Golden mahseer, Himalayan mahseer). Pada 1833, majalah Oriental Sporting telah menyebut secara khusus bahawa mahseer sebagai ikan cabaran hebat dalam ikan sukan. Sejak itu, mahseer menjadi kegilaan bagi pemancing British di India.
TABURAN SPESIES
Taburan spesies ikan kelah boleh dijumpai di kawasan sungai yang berarus deras dan berjeram. Kawasan sebegini merangkumi Burma, Thailand, Malaysia, Kemboja, Laos dan Sumatera di Asia. Taburan ikan kelah juga merentasi Asia Tenggara sehingga ke beberapa bahagian di India.
Begitu pun, kebanyakan sistem sungai berjeram termasuk di negara kita semakin rosak lantas mengundang risiko yang semakin tinggi kepada habitat ikan kelah. Risiko kehilangan habitat secara langsung mengancam kemandirian spesies ikan kelah sehingga dikelaskan sebagai spesies terancam.
Antara penyebab utama terhadap kemungkinan kepupusan spesies ini termasuklah pencemaran sungai, pancingan tanpa kawalan dan juga aktiviti pembinaan yang sering dikaitkan dengan pembinaan empangan.
BIOLOGI DAN PEMBIAKAN
Ikan kelah secara tipikalnya mendiami dan berlegar di kawasan dasar yang berbatu dan berkayu sebagai tempat berlindung di kawasan hilir sungai. Terdapat juga yang memilih untuk berlindung di kawasan yang lebih luas dan dalam. Ketika musim mengawan, ikan kelah akan bermigrasi atau berhijrah dan berenang melawan arus ke hulu sungai. Di hulu sungai, ikan kelah akan memilih kawasan sungai-sungai yang lebih kecil untuk melepaskan telurnya.
Musim mengawan ikan kelah berlaku sekali secara puncak dalam setahun. Telur akan dilepaskan dalam kawasan air secara terbuka dan induk kelah tidak akan menjaga anak kelah atau juvenil yang menetas. Menurut kajian di Thailand, puncak musim mengawan ikan kelah berlaku sekitar bulan Julai setiap tahun.
Ketika musim mengawan, pada bahagian pipi di bawah mata ikan kelah akan kelihatan bintik-bintik halus atau turbecles. Bintik-bintik ini menandakan ikan sedang dalam proses mengawan.
MORFOLOGI
Badan ikan kelah mempunyai bentuk yang agak tirus dimana memberi kelebihan kepadanya ketika berenang melawan arus dan memanjat jeram. Warna badannya pula bervariasi daripada kuning keemasan sehingga ke warna kemerahan. Sisik di badannya mempunyai warna berkilau dan cantik. Kelah matang biasanya mempunyai sisik sehingga sebesar duit syiling 50 sen.
Sirip dorsal ikan kelah biasanya agak besar. Pada bahagian mulutnya, ikan kelah atau mahseer dari genus Tor mempunyai bibir median bawah yang lebih tebal. Bibir ini membezakannya daripada spesies tengas atau kejor (copper mahseer) dari genus Neolissochilus. Kelah jantan yang matang pula biasanya lebih kecil berbanding kelah betina yang matang.
DIET PEMAKANAN
Ikan kelah bersifat omnivor dan memburu ikan kecil serta serangga hutan sebagai diet makanannya. Selain itu, ikan kelah juga menjadikan buah-buahan hutan sebagai diet lainnya. Antara buah hutan yang popular menjadi diet kelah termasuklah buah neram, buah ara, buah kepala sawit, serangga kecil dan sebagainya.
JENIS KELAH DI MALAYSIA
Menurut kajian, terdapat beberapa spesies kelah daripada genus Tor di Malaysia iaitu Tor tambroides, T. tambra dan T. douronensis. Sementara itu, tengas dan kejor juga merupakan spesies daripada keluarga yang sama namun spesies tersebut datang daripada genus Neolissochilus.
Spesies T. tambra yang biasa dijumpai di semenanjung Malaysia juga digelar sebagai kelah merah manakala T. douronensis pula merupakan kelah biru. Gelaran tempatan kepada kelah merah dan kelah biru berdasarkan warna sisik pada badannya.
Di Sabah, ikan kelah juga digelar sebagai pelian (Tor douronensis) sementara empurau (Tor tambra) merupakan gelaran ikan kelah merah di Sarawak. Sementara semah di Sarawak adalah spesies Tor duoronensis.
Bagi pemancing sebarau di Malaysia, kita hanya terbiasa dengan dua spesies sebarau iaitu sebarau belang tunggal (Hampala macrolepidota) dan sebarau dua belang (Hampala bimaculata) yang terdapat di Borneo.
Disebalik ramai yang menyangka hanya terdapat dua jenis sebarau sahaja, ternyata tanggapan itu tidak benar.
Ia mungkin tidak terdapat di negara kita tetapi di negara jiran seperti Thailand dan Laos, terdapat satu lagi spesies sebarau terkecil iaitu spotted hampala barb (Hampala dispar) yang kita namakan sebarau bertompok.
Etimologi
Perkataan hampala yang merujuk kepada genus ikan ini diambil dari bahasa Jawa sementara perkataan dispar dari bahasa Latin yang membawa maksud ‘tidak seperti, berbeza’, merujuk pada perbezaan pola warna dan morfologi yang memisahkannya dari H. macrolepidota, salah satu spesies dari genus ini.
Taburan
Sebarau bertompok dianggap spesies endemik ke bahagian Lembah Sungai Mekong yang mengalir melalui Laos utara sebelum membentuk perbatasan dengan Thailand dan akhirnya memasuki Kemboja tepat di bawah air terjun Khone Pha Pheng. Dengan demikian taburan ini bertindan dengan congenernya yang luas, H. macrolepidota.
Jenis lokaliti adalah ‘Monam Mun di Udon, Thailand’, yang kelihatannya sesuai dengan bahagian bawah Sungai Mun, anak sungai yang bergabung dengan Mekong di Ubon Ratchathani, Thailand timur.
Habitat
Spotted hampala barb menyukai terutama sungai air jernih, teroksigenasi baik, dengan substrat pasir, kerikil, batu atau lumpur meskipun mudah beradaptasi dan dapat ditemukan di dataran tinggi dan dataran rendah, perairan statik atau mengalir.
Ciri pengenalan utamanya memiliki tompok midlateral bulat pada badan di bawah sirip dorsal pada spesies dewasa dan juvenil, sirip ekor kekelabuan polos tidak memiliki tanda berbentuk titisan air mata hitam di pipi dan barbel selalunya lebih pendek dari lebar mata.
Sebarau bertompok ini menjadikan udang, ketam, bersama dengan beberapa larva serangga dan beberapa ikan kecil sebagai sumber makanannya. Spesies terkecil dari keluarga sebarau ini mampu membesar panjang sekitar 30-35cm sahaja.
Ketika musim hujan, ia diketahui bermigrasi ke daerah hutan yang tergenang untuk mencari makan dan bertelur. Walaupun banyak menghuni sungai pergunungan berarus deras, sekarang ia dapat ditemui di banyak badan air yang diusahakan dari aktiviti manusia seperti pertanian dan pembendungan saluran sungai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...